Pantun |
Sumber |
Tema |
Mabuk bukan sebarang mabuk, Mabuk termakan asam kelubi; Teruk bukan sebarang teruk, Teruk menahan dendam berahi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mabuk bukan sebarang mabuk, Mabuk kerana termakan jering; Teruk bukan sebarang teruk, Teruk melihat adik menjeling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mabuk bukan sebarang mabuk, Mabuk termakan umbi beracun; Teruk bukan sebarang teruk, Teruk menanti bertahun-tahun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh teruk sakit merayap, Merayap siang sampailah malam; Sungguh elok kulit berkurap, Kurap dipandang bagai disulam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kerana teruk makan serakah, Badak hairan pungguk pun bengis; Kerana menengok hutan dirambah, Banyaklah haiwan duduk menangis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sudahlah teruk memotong kayu, Jangan lagi disuruh berpanas; Sudahlah mabuk menanggung rindu, Janganlah kami dikipas-kipas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu siang bermain galah. Kalau teruk dibawa gelak; Baru datang kain tersimbah, Dibawa duduk bertambah koyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apabila kaki sudah pincang, Turun naik pastilah teruk; Apabila hati sudah bercabang, Kerja yang baik menjadi buruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Besarlah biduk dari perahu, Bila belayar sejalan juga; Biarpun teruk menahan rindu, Kubawa sabar sehabis daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun beduk sudah berbunyi, Kerana bimbang berjalan juga; Walaupun teruk dibelasah bini, Kerana sayang ditahankan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| teruk (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tenat: parah, genting, berat, melarat, akut, keras, kuat, kritikal, serius, Berantonim dengan ringan
2. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, sulit, pahit, getir, jerih, pedih, Berantonim dengan senang.
|
|
Puisi |
---|
|
Gok-gok minum di kendi, Dalam kendi dibubuh bunga; Saya teruk kerana budi, Dalam budi saya terkena.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 25 Dogs that bark don't always bite Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya. Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit "I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly. "Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|