Kata |
Takrif |
Sumber |
getir | rasa pahit spt rasa kulit limau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
getir II | ®getil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getir I | Jw rasa pahit (spt rasa kulit limau); pahit ~ (hidup) penderitaan atau pengalaman pahit (hidup); kegetiran kepahitan (hidup). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getir | rasa pahit spt rasa kulit limau. | Kamus Pelajar |
pahit getir (maung) | kesusahan atau kesulitan yg berbagai-bagai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pahit getir | kesulitan atau kesusahan yg bermacam-macam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahit getir (hidup) | penderitaan atau pengalaman pahit (hidup); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahit pahang | pahit getir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketar II | rasa pahit bercampur pedas (spt getir). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahang I | (Sunda) ark sj bau yg tidak sedap (spt bau daun pohon buah nona); pahit ~ pahit getir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
bitter | 6. Characterized by intense antagonism or hostility, a. (of enemy) ketat; b. (of struggle, quarrel, etc) pahit, getir: the ~ strugglr for freedom, perjuangan yg getir utkkebebasan; c. (of hatred) penuh dendam; n st bitter, sst yg pahit; take the ~ sweet, menerima pahit manis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bitterly | adv 1. piercingly, sehingga /menggigit, menusuk/ ke tulang: the weather was ~ cold, cuaca sejuk sehingga menusuk ke tulang; 2. with bitterness, dgn perasaan /pahit, getir/: she spoke ~ about the incident, dia bercakap dgn perasaan pahit ttg peristiwa itu; 3. intensely, begitu, terlalu, sangat: she was ~ disappointed in him, wanita itu begitu kecewa dengannya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bitter | adj 1. (rel to taste) pahit: the pill left a ~ taste in the mouth, pil itu meninggalkan rasa pahit dlm mulut; ~ orange peel, kulit oren yg pahit; a ~ pill to swallow, sst yg pahit yg terpaksa /diterima, ditelan/; 2. piercing, stinging, /menggigit, menusuk/ ke tulang: a ~ chill, kedinginan yg menusuk ke tulang; 3. piercingly cold, kedinginannya /menggigit, menusuk/ ke tulang: a ~ night, malam yg kedinginannya menusuk ke tulang; 4. hard to bear or accept, pahit, getir: a ~ experience, pengalaman pahit; a ~ lesson, pengajaran pahit; a ~ disappointment, kekecewaan yg getir; ~ poverty, kemiskinan yg pahit; the ~ truth, kenyataan pahit; 5. full of resentment, pain, a. (of person) berasa marah dan kecewa: she was still ~ about her parents divorce, dia masih lagi berasa marah dan kecewa krn perceraian ibu bapanya; b. (of words etc) pahit; c. (of tears) kesal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
asperity | n (fml) 1. harshness of manner, temper, kekasaran; with ~, dgn kasarnya: he spoke with ~ about their indifference, dia bercakap dgn kasarnya ttg sikap mereka yg acuh tak acuh; 2. roughness, harshness, a. (of surface) kekasapan; b. (of sound) kekasaran; c. (of weather condition) kedahsyatan: the ~ of the Siberian winter, kedahsyatan musim sejuk Siberia; 3. bitter, unkind word, remark, etc, kata-kata yg /kesat, kasar, pedas, menyakitkan hati/; 4. condition difficult to endure, keadaan yg /getir, perit/: the asperities of life in a war-torn country, keadaan hidup yg getir dlm negara yg hancur akibat peperangan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
extinguish | vt 1. put out, (fire, light) memadamkan; (cigarette) mematikan, memadamkan: they tried to ~ the flames by dousing it, mereka mencuba memadamkan api dgn menyimbahkan air; he ~ed his cigarette when the no smoking sign came on, dia memadamkan api rokoknya apabila tanda isyarat jangan merokok dipasang; 2. destroy entirely, (act.) melenyapkan; (pass.) lenyap: the storm ~ed any hope of finding the boat, ribut melenyapkan segala harapan utk menjumpai bot itu; the bitter experience ~ed his burning passion for her, pengalaman yg getir itu melenyapkan rasa berahinya yg membara thdp wanita itu; 3. pay off (debt) membayar, melunaskan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
sentimental drama | drama sentimental | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang memberikan fokus kepada nilai-nilai murni sebagai reaksi kepada komedi pemulihan yang dianggap mengutamakan maksiat. Drama sentimental menampilkan watak kelas menengah yang digambarkan mempunyai segala keunggulan. Biasanya watak dalam drama ini harus menempuh pelbagai ujian getir sebelum mencapai kebahagiaan pada akhir cerita, selain membangkitkan rasa terharu dan hiba kepada khalayak. Drama sentimental yang popular dalam kalangan golongan kelas menengah pada kurun ke-18 dirintis oleh Richard Steele dalam The Funeral (1701). Seterusnya drama ini dikembangkan dalam The Conscious Lovers. Contoh lain ditemui dalam karya berjudul False Delicacy Hugh Kelly. |
social realism | realisme sosial | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penulisan sastera yang memaparkan pergelutan kelas bawahan untuk berkuasa. Fenomena ini dimajukan oleh aliran Marxis dalam usaha memenuhi tuntutan pemerintah. Dalam perkembangan selanjutnya, realisme sosial tidak lagi memaparkan penulisan yang diarahkan oleh pemerintah tetapi tertumpu pada penulisan yang memaparkan realiti kehidupan yang pahit dan getir. |
naturalism | naturalisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan sastera yang melihat manusia sebagai mangsa pasif kuasa alam dan persekitaran sosialnya. Sebagai gerakan sastera, naturalisme bermula di Perancis dan diterajui oleh Emile Zola. Penganut naturalisme berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa sesebuah karya perlu ditulis secara objektif berdasarkan penyelidikan yang rinci tentang kehidupan manusia. Tema yang menjadi tumpuan ialah tema yang kurang diterokai seperti pelacuran, obsesi seksual, kebuluran, persoalan baka dan sebagainya. Contohnya, novel Salina oleh A. Samad Said menggambarkan secara realisitik dan rinci tentang pahir getir kehidupan seorang pelacur selepas perang. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad pula menggambarkan bencana alam dan kesukaran yang melanda kehidupan keluarga petani. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
getir | rasa pait [rasa pait] | Melanau Dalat | |
getir | kegetiran hidup kapahitan hidup. | kedayan | |
getir | kegetiran kapahitan; | kedayan | |
getir | pahit; | kedayan | |
pa'it | getir | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
getir | [ge.tir] | ݢتير |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata getir |
|
|