Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; ujian ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya bermandi peluh kerana " matahari panas terik " atau " cuaca panas terik " ? terima kasih.Yang betul ialah Saya bermandi peluh kerana cuaca panas terik.Tatabahasa07.06.2010
Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan sampai ke bulan Ogos. Ayat ini mengandungi kesalahan. Apakah kesalahannya? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah: Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan hingga bulan Ogos.Tatabahasa17.02.2012
Selepas berkawat pada tengah hari yang terik itu, kami diarahkan oleh jurulatih kami supaya berlari pula. tuan, berkawat atau berkawad sesuai digunakan? TQPerkataan yang betul ialah berkawad. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berkawad.Tatabahasa01.02.2012
Apakah penjodoh bilangan untuk, 'bidai'? Encik Nazharul menggantungkan _______ bidai di hadapan kedainys bagi menahan pancaran terik matahari. A sehelai B sebidang C sekeping D sekajang

Saudara Shevir,

Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sekeping bidai. Walau bagaimanapun penggunaan penjodoh bilangan bergantung pada bentuk sesuatu benda, iaitu sekiranya bergulung bolehlah menggunakan segulung bidai. 

Tatabahasa03.08.2009
Apa bezanya dari segi penggunaan perkataan hangat dan panas? Contoh ayat: Sudah berjam-jam dia berdiang namun badannya masih tidak menjadi hangat/panas? Terima KasihUntuk ayat ini perkataan yang sesuai ialah hangat.  Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.

panas 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik.

hangat 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedu­dukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau me­nyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai.
Makna21.06.2014
Slm. Bolehkah tuan semak ayat di bawah. 1. Dalam perjalanan/perjalanannya pulang 2. Setelah memeriksa sangkar Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodolah beruang yang terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannta yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3. Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memangkas bunga. 4.Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyer sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 5.Tiba-tiba, Si Buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala Si Monyet pula. 6. "Ha ... ha ... ha kamu telah ditipu wahai Si Buaya yang jahat. Hati saya tidak pernah tinggalkan badan saya," kata Si Monyet. 7. Kamu lebih memerlukannya. Nanti kamu tentu akan demam jika berpanas dia bawah matahari terik. 8.Askar patung kayu menyerang mereka dengan menggunakan air. Akibatnya, askar patung besi menjadi berkarat.Ayat yang betul ialah:
1. Dalam perjalanan pulang...
2. Setelah memeriksa sangkar beruang Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa beruang Dodo telah terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika beruang Dodo terlepas kemungkinan beruang Dodo akan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku.
3. Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memangkas bunga.
4. Sedang si buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain.
5. Tiba-tiba, si buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala si monyet.
6. "Ha ... ha ... ha kamu telah ditipu wahai si buaya yang jahat. Hati saya tidak pernah tinggalkan badan saya," kata si monyet.
7. Kamu lebih memerlukannya. Nanti kamu pasti akan demam jika berpanas dia bawah matahari yang terik.
8. Askar patung kayu menyerang mereka dengan menggunakan air. Akibatnya, askar patung besi menjadi berkarat.




Tatabahasa18.12.2018
1
Tesaurus
 
terik (adjektif)
1. Bersinonim dengan erat: teguh, kukuh, kuat, tegang,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan sempit: ketat, sendat, mencerut,
Berantonim dengan longgar

3. Bersinonim dengan panas: hangat, berapi, berbahang, berkuap, meruap, membara, menyala, meluap, membuak, mendidih, menggelegak,
Berantonim dengan dingin

Kata Terbitan : menerik, menerikkan,

Puisi
 

Panas terik di bulan puasa,
     Menjemur padi di sudut laman;
Tikar emas bantal suasa,
     Manakan sama berbantal lengan.



Lihat selanjutnya...