Kata |
Takrif |
Sumber |
penyulingan stim | (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk mengasingkannya drpd bahan yg tidak meruap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meruap | 1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan, spt marah); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. dan ~ yg berbeza. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meruap(volatile) | 1. Sifat maklumat di dalam peranti ingatan yang tidak kekal dan akan hilang apabila bekalan kuasa peranti ingatan diputuskan. 2. Sifat unsur yang cepat berubah dan tidak kekal. | Kamus Komputer |
meruap | 1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan spt marah dll); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. | Kamus Pelajar |
penyulingan | perbuatan menyuling; ~ berperingkat (Kim) penyulingan utk mengasingkan campuran cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn menggunakan turus pemeringkatan); ~ stim (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk mengasingkannya drpd bahan yg tidak meruap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
storan meruap(volatile storage) | Lihat ingatan meruap. | Kamus Komputer |
ingatan meruap(volatile memory) | 1. Jenis ingatan yang kandungan maklumatnya lenyap apabila bekalan kuasa ke peranti ingatan diputuskan. Bandingkan ingatan tak meruap. 2. Sifat ingatan baca-tulis biasa yang akan hilang maklumat kandungannya apabila bekalan kuasa peranti ingatan tersebut diputuskan. | Kamus Komputer |
meruap | 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap menjadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. menjadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, bercakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ingatan tak meruap(non-volatile memory) | Peranti ingatan yang terus memegang data yang dikandungnya selepas bekalan kuasa peranti ingatan terputus. Bandingkan ingatan meruap. | Kamus Komputer |
penyulingan stim | ist penyulingan utk mengasingkan campuran pepejal atau cecair mudah meruap drpd bahan yg tidak meruap, dgn cara melalukan stim menerusi campuran tsb (biasanya digunakan dlm pembuatan minyak wangi). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
boil2 | ~ over, a. overflow by boiling, meruap: the milk is ~ing over, susu itu sedang meruap; b. (colloq) become angry, marah meluap-luap, meluap-luap kemarahan, meruap-ruap darahnya: he ~ed over on hearing the news, dia marah meluap-luap apabila mendengar berita itu; c. (colloq) become out of control, meluap-luap: the argument ~ed over into a serious fight, perdebatan itu meluap-luap menjadi perkelahian yg sunggguh-sungguh; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
volatility | n 1. (of liquid, fuel etc) mudah meruap, kemeruapan: a fuel of high ~, bahan api yg sangat mudah meruap; 2. instability, turun naik, tdk stabil. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
volatile | adj 1. easily changing into a gas, mudah meruap: aviation fuel is highly ~, bahan api penerbangan sangat mudah meruap; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bubble | ~ over, membuak, meruap: the porridge is bubbling over, bubur itu membuak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
volatile salt | n garam mudah meruap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
volatile oil | n minyak mudah meruap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
upsurge | n rapid increase or rise, a. (of prices, wages, etc) kenaikan mendadak: an ~ in rubber production, kenaikan mendadak dlm pengeluaran getah; b. (of emotions) meruap-ruap, meluap-luap: he felt an ~ of rage, dia rasa kemarahannya meruap-ruap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
supercharge | vt 1. increase the power of an engine, mengecas lampau: a ~d police patrol boat, bot peronda polis yg telah dicas lampau; 2. fill with extreme sensation, emotion, meruap: the atmosphere was ~d with tension, suasana itu meruap dgn perasaan tegang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
burn | 7. be filled with strong feeling, a. (with anger) berapi-api, meruap-ruap, meluap-luap: to ~ with anger at st, marah berapi-api krn sst; b. (with shame) berasa /amat, sangat/ [malu]: she ~ed with shame, dia berasa amat malu; c. (with impatience, zeal) meluap-luap: ~ing with impatience, meluap-luap dgn perasaan tdk sabar; d. (with strong desire, revenge) membara: the desire for revenge ~ed inside him, keinginan utk membalas dendam membara dlm dirinya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
non- | pref 1. (with adj) a. not, tidak; (tech) tak: ~emotional, tidak emosional; ~taxable, tak kena cukai; ~volatile, tak mudah meruap; ~porous, tak poros; b. not included in specified category, bukan: ~skilled workers, pekerja bukan mahir; ~technical subjects, mata pelajaran bukan teknikal; 2. (with n of designation) bukan [n], [orang yg] tdk [ v]: >~- members, bukan ahli or orang yg tdk menjadi ahli; ~smoker, bukan perokok or orang yg tdk merokok; ~Muslims, bukan Muslim or orang yg tdk beragama Islam; 3. (with n derived from v or adj) ketak...an, ketidak...an, [various translations]: ~acceptance, ketakterimaan; ~existence, ketidakwujudan; ~ alignment, berkecuali, tdk memihak; ~-belligerency, tdk berperang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
volatile anaesthetic | anestetik meruap | anestetik meruap | anestetik meruap | Perubatan |
ester volatile oil(s) | ester minyak meruap | ester minyak meruap | ester minyak meruap | Farmasi |
volatile memory | memori sementara | ingatan meruap | ingatan meruap | Teknologi Maklumat |
nonvolatile memory | memori mantap | ingatan tak meruap | ingatan tak meruap | Teknologi Maklumat |
nonvolatile storage | penyimpan tak gabar | storan tak meruap | storan tak meruap | Teknologi Maklumat |
nonvolatile memory | ingatan tak mengwap | ingatan tak meruap | ingatan tak meruap | Kejuruteraan |
volatile fatty-acid | asam lemak asiri | asid lemak meruap | asid lemah meruap | Penternakan |
volatile organic compound | campuran organik teruap | sebatian organik meruap | sebatian organik meruap | Kejuruteraan |
essential oils | minyak atsiri | minyak petin, minyak meruap | minyak pati, minyak meruap | Farmasi |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
vapourizer outside circuit (VOC) | pengewap luar litar (VOC) | Perubatan | Tiada | Pengewap agen meruap yang terletak di luar litar anestesia dengan kepekatan inspirasi agen meruap ditentukan oleh tekanan wap tepu agen meruap, suhu dalam pengewap, nisbah pecahan, luas permukaan untuk pengewapan serta ciri aliran dan isi padu agen meruap di dalam ruang pengewap. Contohnya, pengewap Fluoetec. |
volatile oil | minyak meruap | Herba | Fitokimia | Minyak bukan lemak yang mempunyai bau dan rasa yang kuat, biasanya menyamankan. Minyak meruap boleh didapati daripada bunga, atau bahagian lain pokok melalui pengekstrakan pelarut atau penyulingan stim. Terpena merupakan komponen utama minyak meruap di samping campuran aldehid, asid atau alkohol. Terpena lebih mudah diruapkan berbanding minyak sayuran dan diperoleh daripada pelbagai jenis tumbuhan, sesetengahnya mempunyai nama eksotik seperti bois-de-rose, minyak neroli, minyak ylang-ylang, minyak ros otto dan patchouli. Minyak meruap juga digunakan dalam minyak wangi, bahan pewangi dan perasa makanan. Minyak turpentin pula digunakan sebagai pelarut dan penipis cat. Sinonim minyak pati. |
mixed liquor suspended volatile solid | likuor campuran pepejal terampai meruap | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian daripada likuor campuran pepejal terampai yang meruap apabila dipanaskan kepada 60°C.Bahagian meruap ini terdiri daripada bahan organik dan menunjukkan biojisim yang wujud dalam tangki pengudaraan. |
volatile suspended solids (VSS) | pepejal terampai meruap | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian pepejal terampai yang meruap dan boleh ditentukan dengan membakar pepejal tersebut pada suhu 550°C dalam relau redam. Kehilangan berat akibat pembakaran merupakan jumlah pepejal terampai meruap. |
agent specific vapourizer | pengewap agen spesifik | Perubatan | Tiada | Kategori alat tertentu yang digunakan untuk meruap agen tertentu. Contohnya, alat pengewap agen meruap halotana hanya digunakan untuk agen halotana, manakala alat pengewap agen meruap isoflurana hanya digunakan untuk agen isoflurana. |
volatile anaesthetic agent | agen anestetik meruap | Perubatan | Tiada | Agen anestetik berbentuk cecair mudah meruap yang digunakan untuk menginduksi pesakit secara inhalasi dan untuk penyelenggaraan anestesia umum. Contohnya, desflurana, sevoflurana, isoflurana dan halotana. |
volatile oil reservoir | reservoir minyak meruap | Kejuruteraan | Tiada | Reservoir minyak yang banyak mengandungi komponen mudah meruap. |
medium-volatile bituminous | batu arang bitumen meruap sederhana | Geologi | Tiada | Batu arang berbitumen yang terdiri daripada 23-31% bahan meruap. |
volatile fatty acids | asid lemak meruap | Kejuruteraan | Tiada | Asid lemak dengan berat molikul rendah seperti asid asetik dan asid propionik yang boleh meruap pada keadaan atmosfera dan dihasilkan semasa penguraian anaerobik enap cemar kumbahan dan sisa organik. |
high-volatile coal-bituminous | batu arang bitumen meruap tinggi | Geologi | Tiada | Batu arang bitumen yang terdiri daripada lebih 31% jirim mudah meruap. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ruap | meruap mauap. | kedayan | |
Kamus Sains.indb 2. Merujuk kepada bentuk seperti bentuk buah badam. (BIO) amyl nitrite (amil nitrit) Formula C 5 H 11 NO 2 . Cecair kuning yang mudah ternyala, berbau seperti buah- buahan, dan meruap pada suhu yang rendah. Bahan ini dapat merelaksasikan kekejangan otot polos pelbagai organ. (UBAT) amylobarbitone (Amylobarbitone) Nama kimia: asid 5-iso-amil-5-etil-barbiturat (C 11 H 18 N tekanan, iaitu dengan menurunkan atau menambah tekanan kepada gas atau cecair yang terlibat sedikit demi sedikit. (KEJ) bleeding (nenesan) 1. Pengeksudatan pengawet cecair daripada permukaan kayu yang diawet. Eksudatnya mungkin meruap dalam bentuk cecair atau mengeras menjadi separa pejal atau pepejal. 2. Pengeksudatan gam, minyak atau damar semula jadi daripada pokok atau papan gergaji yang luka. (HUT) blemish (cacat rupa) Cacat
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
meruap-ruap | [me.ruap.ruap] | مرواڤ-رواڤ |
meruap | [me.ruap] | مرواڤ |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
cecair meruap | volatile liquid | Cecair yang mudah tersejat. | Menengah Atas |
|
Puisi |
---|
|
Selasih meruap-ruap, Anak tempua terbang ke Jeddah; Kasih boleh dibuat-buat, Hendak mesra bukannya mudah.
Lihat selanjutnya... |
|