Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Kamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Kamus Parsi(Beta)
Kata Takrif Sumber
dingin-dingin panassekejap dingin sekejap panas;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendinginmenjadi dingin; terasa dingin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendinginmenjadi dingin; terasa dingin.Kamus Pelajar
dingin1 tidak panas; sejuk: Hawa di Bukit Fraser sangat ~ pd waktu pagi. 2 tidak meriah (bkn keramaian dll); tidak mengambil berat (peduli dll); basi (bkn berita, cerita); reda (bkn marah dl): Saya tidak seronok mengunjungi dia kerana sambutannya ~ saja. mendingin menjadi dingin; terasa dingin. mendinginkan 1 menjadikan (menyebabkan) dingin. 2 menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya. kedinginan 1 kena sejuk; kesejukan: Ia menggeletar ~. 2 keadaan dingin: Nyala unggun api itu dpt mengurangkan ~ malam. pendinginan perbuatan atau hal mendinginkan. pendingin alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mintakat dingindaerah berhawa dingin.Kamus Dewan Edisi Keempat
iklim dingin(kawasan) berhawa dingin;Kamus Dewan Edisi Keempat
dingin1. tidak panas; sejuk: Hawa di Bukit Fraser sangat ~ pd waktu pagi. 2. tidak meriah (bkn keramaian dll); tidak mengambil berat (peduli dll); basi (bkn berita, cerita); reda (bkn marah dll): Saya tidak seronok mengunjungi dia kerana sambutannya ~ saja. mendingin menjadi dingin; terasa dingin. mendinginkan 1. menjadikan (menyebabkan) dingin. 2. menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya. kedinginan 1. kena sejuk; kesejukan: Ia menggeletar ~. 2. keadaan dingin: Nyala unggun api itu dpt mengurangkan ~ malam. pendinginan perbuatan atau hal mendinginkan. pendingin alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. dingin beku beku kerana terlalu sejuk (bkn air dll). mendingin beku menjadi beku (bkn air dll) kerana disejukkan dgn berlebih-lebihan. mendinginbekukan menjadikan cecair (spt air dll) beku dgn menyejukkannya berlebih-lebihan. terdingin beku telah menjadi beku kerana terlampau sejuk.Kamus Pelajar
mintakatId bahagian atau daerah, kawasan; ~ dingin daerah berhawa dingin.Kamus Dewan Edisi Keempat
iklim1. keadaan cuaca (suhu, hujan) dlm jangka panjang di sesuatu tempat: Asia Tenggara boleh dibahagikan kpd tiga kawasan ~; ~ dingin (kawasan) berhawa dingin; ~ panas = ~ tropika (kawasan) berhawa panas; ~ sederhana (kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); 2. ki suasana, keadaan: ~ politik negeri itu sudah mulai panas; pertama, bagaimana negara-negara selatan boleh mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi utk pembangunan mereka dlm ~ antarabangsa yg semakin memusuhi mereka; ketidakpastian terhadap ~ pelaburan; beriklim mempunyai iklim: ~ panas (sejuk, dingin); keikliman perihal iklim.Kamus Dewan Edisi Keempat
berhawa1. mempunyai hawa (iklim), ber­iklim: negeri-negeri ~ sederhana; 2. mem­punyai keadaan udara (sejuk, panas, dingin, dsb): bilik ~ dingin;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dingin

Puisi
 

Nasi dingin digonggong semut,
     Dibawa belayar ke Singapura;
Badan dingin tarik selimut,
     Bantal peluk ganti adinda.



Lihat selanjutnya...