Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pilih satu ayat yang betul a) Berapakah pergolakan antara kedua-dua negara itu akan berakhir? b)Dia kelihatan tampan lebih-lebih lagi mempunyai hidung yang tinggi. c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. | Tatabahasa | 30.09.2021 |
Salam sejahtera. Minta pencerahan tuan: adakah perkataan "Anggun" Hanya digunakan utk perempuan shj? Sebab setelah merujuki kamus Dewan, saya mdpti "Anggun" membawa maksud elok, tampan. Jadi, blhkah ayat berikut diterima? Cth: Abang saya kelihatan anggun apabila memakai pakaian seragam bomba. Betul @ salah? Mengapa? Terima kasih. | Betul, seperti yang dimaklumi penggunaan kata anggun tidak dikhususkan jantinanya, hanya perkataan ini sering dikaitkan dengan wanita. | Tatabahasa | 10.08.2016 |
|
Tesaurus |
---|
| tampan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan segak: cantik, lawa, jelita, rupawan, juita, kacak, molek, ranggi, anggun, manis, menarik, indah, elok, ayu, bergaya, berupa, mongel, gambang, kirana, laksemi, jambu, jombang, apas, Berantonim dengan hodoh
2. Bersinonim dengan layak: cocok, sesuai, padan, patut, kena, pantas, cekap,
| Kata Terbitan : tampannya, tampan-tampannya, ketampanan, |
|
|