Kata |
Takrif |
Sumber |
gambang II | ; balai ~; balai I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gambang keromong | gamelan khas Betawi untuk mengiringi drama rakyat Betawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gambang I | sj alat muzik (dibuat drpd bilah-bilah kayu atau gangsa yg panjangnya tidak serupa); ~ keromong gamelan khas Betawi untuk mengiringi drama rakyat Betawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balai gambang | ; balai I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balai gambang | balai yg di atas air utk berangin atau mandi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakit balai gambang | sj rumah di atas rakit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balai | 1 bangunan dlm lingkungan istana: ~ bendul; ~ gambang. 2 rumah atau bangunan yg dibuat khas utk sesuatu tujuan: ~ polis pejabat polis di sesuatu tempat. ~ raya rumah khas tempat orang-orang kampung mengadakan pertemuan dsb. ~ cerap bangunan yg dilengkapi peralatan tertentu utk membolehkan ahli sains dsb membuat pemerhatian dan ramalan terhadap fenomena cuaca, kedudukan atau keadaan bintang dsb. balai-balai sj tempat duduk atau tempat tidur yg dibuat drpd kayu atau buluh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
balai | 1. bangunan dlm lingkungan istana: ~ bendul; ~ gambang. 2. rumah atau bangunan yg dibuat khas utk sesuatu tujuan: ~ polis pejabat polis di sesuatu tempat. ~ raya rumah khas tempat orang-orang kampung mengadakan pertemuan dsb. balai-balai sj tempat duduk atau tempat tidur yg dibuat drpd kayu atau buluh. | Kamus Pelajar |
rakit I | beberapa batang buluh (kayu dll) yg diikat berangkai (digunakan utk mengangkut orang, barang, dsb menyeberangi sungai dsb); ~ balai gambang sj rumah di atas rakit; ~ pisang Mn sj penganan yg dibuat drpd pisang muda yg disayat dan diatur spt rakit; berakit bergerak di air di atas rakit, menggunakan rakit: perjalanan ~ hanya memakan masa kira-kira tiga jam; berakit-rakit bergerak ke sana sini di air dgn menggunakan rakit: biarlah kita semua ~ ke hulu sebelum berenang-renang ke tepian; ~ ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian prb bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang; merakit 1. membuat rakit; 2. ki mengatur atau menyusun rapi-rapi; 3. mereka-reka, mencari akal; perakit pengatur, penyusun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gamelan | (gamélan) seperangkat alat muzik yg berasal dr Jawa, yg terdiri drpd beberapa jenis alat yg dipalu spt saron, bonang, gambang, gong, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
tembang | tembang | Kesusasteraan | Tiada | Karangan berangkap yang dinyanyikan, biasanya berbentuk syair, pantun dan seloka. Kebanyakan puisi Jawa disampaikan dalam bentuk tembang, contohnya kidung yang dilagukan dengan iringan alat muzik gambang dan saron. Tembang berasal daripada bahasa Jawa bermaksud nyanyian atau puisi. Lihat juga kidung. |
likay | likay | Kesusasteraan | Tiada | Teater tradisi yang merupakan sejenis opera dari Thailand. Bentuk teater ini merupakan persembahan yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog. Kumpulan muzik iringan dikenali sebagai pi phat likay yang melibatkan alat-alat ranat ek (gambang kayu), Khong wong yai (bebeapa biji gong kecil yang disusun dalam bulatan), pi nai (serunai), Klong khaek (sepasang geduk) dan sebiji gendang. Cerita likay merangkumi cerita raja-raja, sejarah, peperangan, cerita klasik, cerita popular dan cerita rakyat. |
gamelan Jawa | gamelan Jawa | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di Surakarta dan Jogjakarta dari awal kurun Masihi. Ensembel ini dimainkan bagi upacara dan hiburan orang bangsawan di istana dan rakyat biasa di desa. Gamelan Jawa juga dipersembahkan untuk mengiringi tarian dan wayang. Alat muzik merangkumi alat yang menandakan masa seperti gong ageng, suwukan, siyem, kempul, kenong, ketuk dan kempyang; alat yang menghasilkan melodi asas seperti saron demung dan saron barung; alat yang membungai melodi asas seperti bonang, gambang, rebab, suling dan celempung serta alat dram seperti gendang, ciblong dan ketipung. Penyanyi pesindhen dan gerong juga membungai melodi asas. Dua jenis skel yang digunakan ialah skel lima ton, iaitu slendro dan tujuh ton, iaitu pelog. |
kidung | kidung | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Jawa asli yang dikarang dalam bentuk sukatan baris yang dikenali sebagai tengahan. Prinsip dasar baris kidung sama seperti sukatan baris dalam puisi Jawa moden yang dinamai macapat. Ciri-ciri umum kidung ialah jumlah baris dalam satu bait tetap sama selagi sukatan barisnya tidak diganti. Semua bait tengahan mempunyai lebih daripada empat baris. Setiap baris mempunyai suku kata yang tetap, iaitu antara 8-10 suku kata tetapi panjang baris boleh berubah mengikut kedudukannya dalam bait. Biasanya, baris kidung disusun dua atau empat dengan rima hujung yang sama. Di Kraton, Jawa Timur, puisi kidung dinyanyikan dalam bahasa Jawa untuk mengelakkan bencana dan petaka. Amalan ini merupakan sebahagian daripada budaya Jawa Kuno. Kidung dinyanyikan dengan iringan alat ensembel seperti gambang dan saron. Tema kidung biasanya bersifat sejarah, menceritakan perihal masa silam yang berkait dengan wira bangsa peribumi. Kidung juga menggunakan cerita panji sebagai temanya. Contohnya, Wangbang Widaya ialah cerita Panji yang disampaikan dalam bentuk kidung. Lihat juga macapat. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
gambang I Ky, MBr | sejenis tarian yang diiringi oleh alat muzik seperti xilofon. | Dahulu para penari yang terlibat untuk menarikan Tarian Gambang ini ialah terdiri dari kaum wanita sahaja dan kaum lelaki hanya sebagai penonton, tetapi sekarang ini, untuk lebih menyerikan dan dianggap sebagai tarian pergaulan keterlibatan kaum lelaki amat dikehendaki. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gambang II Kd KB | sejenis kain sarung. | Seorang bujang yang berkahwin dengan sepupunya (sudah jauh) maka gadis-gadis yang sepupu dengan sigadis tadi akan menerima adat selimut daripada sibujang tadi seperti berikut:- satu helai kain sarung (gambang). | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
gambang | [gam.bang] | ݢمبڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambang |
|
|