Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
bersopan santun mempunyai sengkang di antara atau tidak? perlu tulis berspan santun atau bersopan-santun?? Terima kasih....Perkataan bersopan santun dieja tanpa tanda sengkang.Tatabahasa03.07.2013
Apa itu Santun Bahasa dalam Sastera Melayu

Sila rujuk buku “Santun Bahasa”, Anton M. Moeliono, 1985, Dewan Bahasa dan Pustaka dan buku “Santun Berbahasa”, Awang Sariyan, 2007, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lain-lain26.03.2008
Apakah perbezaan antara bersopan santun dan berbudi bahasa?Bersopan santun dan berbudi bahasa sama maksudnya, iaitu beradab atau berakhlak.Tatabahasa21.02.2012
Adakah betul penggunaan ayat ' santun siswa' dalam logo untuk hebahan di laman sesawang/poster Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM? - Logo seperti di lampiranMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan 'santun' bermaksud halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan. Perkataan 'siswa' pula bermaksud  penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi (universiti). Jadi tiada masalah jika perktaan tersebut digunakan sebagai slogan dalam logo tersebut.Makna25.04.2019
tidak gelojoh ketika makan. apakah nilai murni yang sesuai bagi ayat berikut sama ada berbudi bahasa atau bersopan santun. terima kasihKedua-duanya boleh digunakan. Yang paling hampir ialah bersopan santun.Tatabahasa20.01.2013
Salam 1Malaysia Bagaimanakah caranya untuk menulis rujukan atau bibilografi untuk rujukan yang diperolehi dari: 1. Surat khabar 2. Laman sesawang 3. Majalah Terima kasihContoh penulisan bibliografi:
1. Samad Ahmad, "Santun Berbahasa". Berita Harian, 11 November 2013..
2. Samad Ahmad, 2013. "Santun Berbahasa". www.dbp.gov.my.
3. Samad Ahmad, "Santun Berbahasa". Dewan Budaya, Ogos 2013.
Lain-lain08.01.2014
Assalamualaikum.Saya nak tanya ayat berikut betul atau salah 1. Kita haruslah sopan santun terhadap orang tua. 2. Pasu-pasu bunga itu saya cat.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

(1)  Kita haruslah bersopan santun terhadap orang tua.

(2)  Pasu-pasu bunga itu saya cat. (ayat pasif kata ganti nama diri pertama).

Tatabahasa10.03.2014
Persoalan tentang penggunaan "di dalam dan dalam". Yang manakah betul.? Antara nilai yang terdapat (di dalam / dalam) petikan ialah bersopan santun.Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Ayat yang betul "Antara nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah bersopan santun".Tatabahasa29.08.2011
Berikan jenis-jenis kesantunan secara luas dan juga definisi kesantunan secara am.

Assalamualaikum Encik Saipudin,

Kesantunan ialah perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya;

Dalam kalangan orang Melayu, kesantunan dapat dilihat melalui pelbagai perkara. Malahan sejak kita kecil lagi kita telah diajar bagaimana untuk bersopan santun apabila bercakap dengan orang yang lebiah tua, bagaimana hendak membahasakan diri dan juga bagaimana hendak menegur sapa mengikut peringkat umur seseorang.

Encik juga boleh mendapatkan maklumat ini melalui laman web dan juga buku-buku yang banyak dijual di kedai-kedai buku.

Makna19.02.2010
Apa beza tatasusila dengan tatacaraTatasusila bermaksud adat sopan santun dan budi pekerti yg baik manakala tatacara bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur.Makna06.03.2007
Tesaurus
 
santun (adjektif)
1. Bersinonim dengan sopan: beradab, halus, berbudi pekerti, tahu adat, tertib, baik perangai, baik akhlak, simbai, adib, manis, baik laku, berbudi bahasa, alap, susila, lembut, baik, elok, takzim, bagus,
Berantonim dengan kasar

2. Bersinonim dengan berbelas kasihan: murah hati, suka menolong, bersimpati, bertimbang rasa, welas, sayang,
Berantonim dengan kejam

Kata Terbitan : menyantuni, kesantunan, penyantun,