Kata |
Takrif |
Sumber |
kesantunan | perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
santun | 1. halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan: sungguh tidak diduganya perempuan yg lemah lembut, sopan dan ~ itu telah berubah sikap; pakaian yg ~ dan ranggi ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. berasa kasihan (akan orang lain), suka menolong; sudah merasa maka ~ prb setelah merasai sesuatu kesusahan barulah berasa belas kasihan akan penderitaan orang lain; menyantun, menyantuni menaruh belas kasihan, suka menolong (orang lain); kesantunan perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya; penyantunan 1. perihal menyantun(i); 2. pemberian pertolongan; penyantun 1. (orang yg) halus budi bahasa, sopan: dia gadis pemalu, pelajar dan ~; 2. menaruh belas kasihan (akan orang lain), suka menolong, baik hati: engkau akan beroleh kemanakan yg ~, yg tidak mengenal bosan dan jemu; 3. penolong, pembantu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
versed | adj; be ~ in, mahir: he is not well ~ in the manners of polite society, dia tdk cukup mahir dlm kesantunan masyarakat yg halus budi bahasanya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bound3 | n 1. (usu in pl) limit of territory, sempadan: buildings within the ~s of the university, bangunan-bangunan dlm sempadan universiti; 2. limit or restraint, batas, batasan: it goes beyond the ~s of probability, itu melampaui batasan kemungkinan; ~s of modesty, batasan kesantunan; 3. (math) batas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
genteelism | kesantunan/gentelisme | kesantunan | kesantunan/gentelisme | Kesusasteraan |
politeness | sopan santun | kesantunan | kesantunan | Linguistik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
genteelisme | kesantunan | Kesusasteraan | Tiada | Sifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud asuhan sempurna, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud anggun. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: ... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman. |
genteelism | kesantunan | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
intrudes upon the privacy of a woman | mengganggu kesantunan seseorang perempuan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
neo-classicism | neoklasisme | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan yang berasaskan ciri-ciri warisan Latin dan Yunani klasik yang dihidupkan semula di Eropah. Gaya penulisan menggunakan ciri-ciri keseimbangan, kesantunan, ketelitian dan kejituan dihidupkan semula di Eropah pada abad ke-17 dan 18. Mengikut peraturannya fungsi puisi adalah untuk pendidikan moral, manakala bentuk puisi perlu terhad kepada bentuk yang tetap seperti kuplet wiraan bagi mencerminkan keadaan manusia yang terhad dan serba kekurangan. Berbanding dengan romantisisme yang dianggap lebih bebas dan ghairah, neoklasisme mewakili sistem nilai yang lebih mengutamakan kewarasan, kejelahan, disiplin dan ketertiban sesuai dengan zaman yang dikenali sebagai Zaman Rasional. Oleh sebab nilai klasik dianggap sudah sempurna, tugas penulisan moden adalah untuk meniru gaya warisan ini. Antara penulis utama neoklasisme ialah Dryden, Pope, Addison, Johnson, goldsmith dan Swift. Lihat juga kuplet wiraan, romantisisme. |
ornament | hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Gaya prosa yang rumit, tertib dan ostentatious yang digunakan dalam pensejarahan sastera Russia. Dalam kesusasteraan Melayu, gaya tersebut mungkin boleh dilihat dalam sastea hikayat semasa memerikan babak upacara dan adat resam istana. Pemerian ini disebut oleh Bausani sebagai hiasan keupacaraan yang banyak dimuatkan dalam karya hikayat Melayu. Babak dalam upacara sering kali diperikan dengan bahasa yang stailistik, tersusun dan tertib untuk mencerminkan budaya yang halus dan sempurna. Lihat juga kesantunan. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kesantunan | [ke.san.tu.nan] | کسنتونن |
|
Tesaurus |
---|
| santun (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sopan: beradab, halus, berbudi pekerti, tahu adat, tertib, baik perangai, baik akhlak, simbai, adib, manis, baik laku, berbudi bahasa, alap, susila, lembut, baik, elok, takzim, bagus, Berantonim dengan kasar
2. Bersinonim dengan berbelas kasihan: murah hati, suka menolong, bersimpati, bertimbang rasa, welas, sayang, Berantonim dengan kejam
| Kata Terbitan : menyantuni, kesantunan, penyantun, |
|
|