Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Adat resam kata orang, Kendur berdenting tegang berjela; Adat faham lembaga terang, Umur sebanding dengan lakunya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam ada orang, Ada kendur ada tegangnya; Ada faham lembaga terang, Setara ukur dengan timbangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pacu kuda di tepi kolam, Rasa kendur baik direnggang; Sungguh ada senjata tajam, Tidak kupotong sebarang bawang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Awas-awas memasang taji, Salah pasang pasti kendur; Awas-awas berhutang budi, Salah hutang pasti hancur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yang telur menetas. Yang pinang bulat; Yang kendur melepas, Yang tegang mendapat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tahi ayam sangkut berbelit, Sangkut ke pagar kendur talinya; Hari malam perut melilit, Takut mendengar dengkur lakinya. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gantunglah tali sepanjang lutut, Tali bertali direntang kendur; Untung sekali orang nan untut, Kaki seperti batang nyiur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kerana kainnya sudah koyak, Hendak diikat pastilah kendur; Kerana pemimpin laba dan tamak, Banyaklah umat mati kebulur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Andainya tegak di bawah tiang, Baikkan juga mana yang kendur; Andainya awak dituakan orang, Banyakkan jaga daripada tidur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ubat tidur serasa sabun, Sekali cuba terasa anyir; Urat kendur mata pun rabun, Berbini muda kerja membazir.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
1
Tesaurus
 
kendur (adjektif)
1. Dalam konteks tali, rantai,
bersinonim dengan lentur, landung, landur, lendut, ruai,
Berantonim dengan tegang

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan berkedut, kecut,
Berantonim dengan tegang

3. Dalam konteks ikatan
bersinonim dengan longgar, tidak ketat, tidak tegang,
Berantonim dengan ketat, tegang

4. Dalam konteks krisis
bersinonim dengan reda, tidak mencemaskan, tidak membahayakan, tidak tegang,
Berantonim dengan tegang

5. Dalam konteks perniagaan
bersinonim dengan lembap, meleset, jatuh, surut, tidak menguntungkan,
Berantonim dengan untung

Kata Terbitan : mengendur, terkendur, kekenduran,