Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BONANG | BONANG, sejenis alat muzik bergema (idiophone) yang digunakan dalam persembahan gamelan. Alat ini juga dikenal sebagai keromong, iaitu gong-gong kecil yang diletak secara mendatar (horizontal) di atas tali yang diregangkan merentasi bingkai atau kotak kayu segi empat panjang. Kotak ini berukuran lebih kurang 152 cm. Untuk menentukan yang tali regangan tidak kendur, kepingan kayu penyokong diletakkan di antara tiap-tiap biji bonang. | BUDAYA | Alat/Alatan |
|
Tesaurus |
---|
| kendur (adjektif) | 1. Dalam konteks tali, rantai, bersinonim dengan lentur, landung, landur, lendut, ruai, Berantonim dengan tegang
2. Dalam konteks kulit bersinonim dengan berkedut, kecut, Berantonim dengan tegang
3. Dalam konteks ikatan bersinonim dengan longgar, tidak ketat, tidak tegang, Berantonim dengan ketat, tegang
4. Dalam konteks krisis bersinonim dengan reda, tidak mencemaskan, tidak membahayakan, tidak tegang, Berantonim dengan tegang
5. Dalam konteks perniagaan bersinonim dengan lembap, meleset, jatuh, surut, tidak menguntungkan, Berantonim dengan untung
| Kata Terbitan : mengendur, terkendur, kekenduran, |
|
|