SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJaik hati mengail keli, Keli dikail di bawah batang; Jaik hati mengenang diri, Diri dikenang si anak dagang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTinggi-tinggi Bukit Seligi, Tempat orang memacu kuda; Satu hari sedarkan diri, Takut gunung menjadi paya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga melur setangkai diri, Anak udang dari Patani; Tidur malam seorang diri, Aku tak tahu selama ini. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGantung kelambu tinggi berdiri, Tempat gajah melonggok tulang; Adik takut undurlah diri, Biarlah saya mati seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRendah geroda menggaris awan, Turun ke laut menyelam diri; Seksa sangat hajat tuan, Macam kudaki gunung yang tinggi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLaksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHarap kami ke pasar sayur, Kelebihan diri apalah dia; Abang rindu saya tak tidur, Kasih rindu saya tak rela. |
|
Tesaurus |
---|
| tinggi (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai, Berantonim dengan pendek
2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung, Berantonim dengan hina
3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras, Berantonim dengan rendah
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik, Berantonim dengan rendah
| Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |
|
Puisi |
---|
|
Tinggi-tinggi Bukit Seligi, Tempat orang memacu kuda; Satu hari sedarkan diri, Takut gunung menjadi paya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 8 A bad workman always blames his tools Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula. Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah. She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools. Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|