Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
lexical syllabus | silibus leksikal | Silibus pengajaran bahasa yang dibina berasaskan leksikal yang tinggi kekerapan penggunaannya melalui janaan korpus. |
collocate | kolokat | Perkataan yang berganding secara lazim atau mempunyai gandingan kekerapan yang tinggi dan bukan secara rawak. |
keyword | kata kunci | Kata yang mencirikan sesuatu korpus berbanding dengan korpus lain seperti korpus rujukan. Kata kunci dikenal pasti berdasarkan kekerapan yang lebih tinggi dan signifikan dalam korpus sasaran berbanding korpus yang dibandingkan. |
morphological richness | kekayaan morfologi | Sifat bahasa yang merujuk kepada kepelbagaian perubahan dalam bentuk kata. Bahasa seperti bahasa Arab atau Latin mempunyai kekayaan morfologi yang tinggi kerana terdapat banyak bentuk infleksi bagi pelbagai kategori nahu bahasa. |
|
Tesaurus |
---|
| tinggi (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai, Berantonim dengan pendek
2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung, Berantonim dengan hina
3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras, Berantonim dengan rendah
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik, Berantonim dengan rendah
| Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |
|
Puisi |
---|
|
Rumput tinggi tepi hutan, Bintang timur tinggi melambung; Minta rezeki besar lautan, Minta umur tinggi gunung.
Lihat selanjutnya... |
|