Pantun |
Sumber |
Tema |
Adat resam kata orang, Kendur berdenting tegang berjela; Adat faham lembaga terang, Umur sebanding dengan lakunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam ada orang, Ada kendur ada tegangnya; Ada faham lembaga terang, Setara ukur dengan timbangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pacu kuda di tepi kolam, Rasa kendur baik direnggang; Sungguh ada senjata tajam, Tidak kupotong sebarang bawang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Awas-awas memasang taji, Salah pasang pasti kendur; Awas-awas berhutang budi, Salah hutang pasti hancur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang telur menetas. Yang pinang bulat; Yang kendur melepas, Yang tegang mendapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tahi ayam sangkut berbelit, Sangkut ke pagar kendur talinya; Hari malam perut melilit, Takut mendengar dengkur lakinya. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gantunglah tali sepanjang lutut, Tali bertali direntang kendur; Untung sekali orang nan untut, Kaki seperti batang nyiur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kerana kainnya sudah koyak, Hendak diikat pastilah kendur; Kerana pemimpin laba dan tamak, Banyaklah umat mati kebulur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Andainya tegak di bawah tiang, Baikkan juga mana yang kendur; Andainya awak dituakan orang, Banyakkan jaga daripada tidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ubat tidur serasa sabun, Sekali cuba terasa anyir; Urat kendur mata pun rabun, Berbini muda kerja membazir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| kendur (adjektif) | 1. Dalam konteks tali, rantai, bersinonim dengan lentur, landung, landur, lendut, ruai, Berantonim dengan tegang
2. Dalam konteks kulit bersinonim dengan berkedut, kecut, Berantonim dengan tegang
3. Dalam konteks ikatan bersinonim dengan longgar, tidak ketat, tidak tegang, Berantonim dengan ketat, tegang
4. Dalam konteks krisis bersinonim dengan reda, tidak mencemaskan, tidak membahayakan, tidak tegang, Berantonim dengan tegang
5. Dalam konteks perniagaan bersinonim dengan lembap, meleset, jatuh, surut, tidak menguntungkan, Berantonim dengan untung
| Kata Terbitan : mengendur, terkendur, kekenduran, |
|
|