PeribahasaMemancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah.TakrifHukuman diminta yang setinggi-tingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi terbawa oleh ruasnya.TakrifOrang yang tubuhnya saja besar, tetapi masih bodoh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki.TakrifMelakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi kerana ada yang rendah.TakrifTiap-tiap suatu mesti ada yang berlawanan untuk dapat dibezakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi duduk daripada tegak.TakrifSesuatu yang tiada menurut aturan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi duduk daripada cangkung.TakrifBesar belanja daripada hasil pencarian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi disusupi, rendah dilangkahi.TakrifDiselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi disigai, besar ditebang.TakrifMenyesuaikan diri dengan keadaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi banir tempat berlindung.TakrifTabiat yang aneh atau keganjilan seseorang itu ada faedahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDigantungkan tinggi, digalikan dalam.TakrifPerjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tinggi (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai, Berantonim dengan pendek
2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung, Berantonim dengan hina
3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras, Berantonim dengan rendah
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik, Berantonim dengan rendah
| Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |
|
Puisi |
---|
|
Rumput tinggi tepi hutan, Bintang timur tinggi melambung; Minta rezeki besar lautan, Minta umur tinggi gunung.
Lihat selanjutnya... |
|