Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan antara tiga yang berikut? tinggi-tinggi belaka tinggi belaka tinggi-tinggi | Frasa yang betul ialah tinggi-tinggi belaka dan tinggi-tinggi bergantung pada konteks ayat yang digunakan seperti Pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka dan Pejabat kami dikelilingi bangunan yang tinggi-tinggi. | Makna | 25.02.2012 |
Bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka. apakah kesalahan dalam ayat tersebut? | Ayat yang lebih gramtis ialah "Bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka." | Tatabahasa | 14.08.2014 |
Apakah yang salah dalam ayat "Pohon-pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka"? Adakah dua kata berganda dibenarkan dalam satu ayat? | Ayat yang gramatis ialah Pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka kerana belaka bermaksud semuanya (semua pokok). | Tatabahasa | 24.02.2012 |
1) Apakah yang salah dalam ayat "Pohon-pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka"? Adakah dua kata berganda dibenarkan dalam satu ayat? 2) Adakah penggunaan terdapat dalam ayat berikut betul? "Kawasan rumah itu terdapat jalinan jalan raya yang sistematik." Terima kasih banyak-banyak! | 1. Untuk membentuk ayat yang gramatis, hanya satu kata ganda wujud dalam ayat tersebut. Penggunaan dua kata ganda menjadikannya lewah dan penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan. Ayat yang gramatis ialah Pohon-pohon di taman itu tinggi belaka atau Pohon di taman itu tinggi-tinggi. 2. Penggunaan perkataan 'terdapat' dalam ayat tersebut betul, tetapi perlu ada kata sendi nama pada frasa 'Di kawasan rumah'. | Tatabahasa | 27.02.2012 |
Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan kesalahan tatabahasa: 1. Bangunan-bangunan pencakar langit di bandar raya itu tinggi-tinggi. 2. Penduduk di kawasan itu tidak patuh larangan membuang sampah di dalam sungai tersebut. Terima kasih atas menjawab soalan saya. | 1. Ayat yang betul ialah “Bangunan pencakar langit di bandar raya itu tinggi-tinggi belaka”. 2. Ayat yang betul ialah “Penduduk di kawasan itu tidak mematuhi larangan membuang sampah ke dalam sungai tersebut”. | Tatabahasa | 04.06.2024 |
Amalan/Nilai berhemah tinggi/hemah tinggi harus kita amalkan. Dlm ayat tersebut, frasa berhemah tinggi betul atau hemah tinggi betul? | Frasa yang betul untuk ayat yang dikemukakan ialah berhemah tinggi. | Tatabahasa | 01.01.2015 |
1.bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi belaka. ( adakah ayat ini mengandungi sebarang kesilapan ) sekian terima kasih. | Ayat yang lebih gramtis ialah "Bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka." | Tatabahasa | 12.09.2013 |
Sila pilih frasa yang betul dari aspek tatabahasa. Terima kasih. 1. sangat amat tinggi 2. sangat tinggi amat 3. sangat sungguh tinggi 4. sangat tinggi sungguh 5. sungguh tinggi sangat 6. terkenal sekali 7. paling popular sekali 8. amat indah nian 9. sungguh indah sekali | Frasa yang betul ialah "Terkenal sekali". | Lain-lain | 12.01.2022 |
peninju atau petinju? Konteks: sarikata | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju bermaksud 1. tinju, penumbuk: peninjunya diangkat ke atas tinggi-tinggi 2. orang yang meninju. Petinju pula bermaksud orang yang berlawan tinju, ahli tinju. | Makna | 31.10.2011 |
Sila pilih frasa yang betul dari aspek tatabahasa. Terima kasih. 1. tersangat indah sekali 2. teramat indah sekali 3. tersungguh indah sekali 4. tersangat sungguh tinggi 5. tersangat tinggi sungguh 6. sungguh tersangat tinggi 7. sungguh tinggi tersangat 8. teramat tersangat tinggi 9. teramat tinggi tersangat 10. terlalu sangat cepat 11. sangat terlalu cepat 12. terlalu sungguh lewat 13. sungguh terlalu lewat | Jawapan yang betul ialah "sangat terlalu cepat" dan "sungguh terlalu lewat" | Tatabahasa | 12.01.2022 |
|
Tesaurus |
---|
| tinggi (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai, Berantonim dengan pendek
2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung, Berantonim dengan hina
3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras, Berantonim dengan rendah
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik, Berantonim dengan rendah
| Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |
|
Puisi |
---|
|
Rumput tinggi tepi hutan, Bintang timur tinggi melambung; Minta rezeki besar lautan, Minta umur tinggi gunung.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 49 Don't bite off more than you can chew Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri. Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget. Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|