Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya bermandi peluh kerana " matahari panas terik " atau " cuaca panas terik " ? terima kasih. | Yang betul ialah Saya bermandi peluh kerana cuaca panas terik. | Tatabahasa | 07.06.2010 |
Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan sampai ke bulan Ogos. Ayat ini mengandungi kesalahan. Apakah kesalahannya? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah: Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan hingga bulan Ogos. | Tatabahasa | 17.02.2012 |
Selepas berkawat pada tengah hari yang terik itu, kami diarahkan oleh jurulatih kami supaya berlari pula. tuan, berkawat atau berkawad sesuai digunakan? TQ | Perkataan yang betul ialah berkawad. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berkawad. | Tatabahasa | 01.02.2012 |
Apakah penjodoh bilangan untuk, 'bidai'? Encik Nazharul menggantungkan _______ bidai di hadapan kedainys bagi menahan pancaran terik matahari. A sehelai B sebidang C sekeping D sekajang | Saudara Shevir, Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sekeping bidai. Walau bagaimanapun penggunaan penjodoh bilangan bergantung pada bentuk sesuatu benda, iaitu sekiranya bergulung bolehlah menggunakan segulung bidai. | Tatabahasa | 03.08.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| terik (adjektif) | 1. Bersinonim dengan erat: teguh, kukuh, kuat, tegang, Berantonim dengan longgar
2. Bersinonim dengan sempit: ketat, sendat, mencerut, Berantonim dengan longgar
3. Bersinonim dengan panas: hangat, berapi, berbahang, berkuap, meruap, membara, menyala, meluap, membuak, mendidih, menggelegak, Berantonim dengan dingin
| Kata Terbitan : menerik, menerikkan, |
|
Puisi |
---|
|
Panas terik di bulan puasa, Menjemur padi di sudut laman; Tikar emas bantal suasa, Manakan sama berbantal lengan.
Lihat selanjutnya... |
|