Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TK | teguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll). Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan. | Tatabahasa | 01.09.2012 |
Sikap kawannya yang suka mengambil tahu hal orang lain menyebabkan dia berasa luntur untuk menegur kawannya itu. munsyi, luntur wajar digantikan dengan apa? TQ | Luntur bermaksud 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): keazaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah. Nyata, perkataan luntur tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain seperti enggan. Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak digunakan dan lihat adakah sesuai makna kata tersebut digunakan untuk ayat tersebut. | Makna | 07.02.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| teguh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, tegap, kejap, kejat, rapat, kerap, ketat, terik, tumpat, tetal, utuh, padu, padat, pudat, begap, Berantonim dengan longgar
2. Bersinonim dengan erat: rapat, karib, akrab, ikrab, mesra, intim, kuat, kukuh, lebat, tipak, singsat, santung, sentung, Berantonim dengan renggang
3. Bersinonim dengan tetap hati: cekal, tabah, betah, ulet, sabar, Berantonim dengan goyah
4. Bersinonim dengan kukuh: kuat, utuh, stabil, Berantonim dengan lemah
| Kata Terbitan : meneguhkan, keteguhan, peneguhan, |
|
|