| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Pilih satu ayat yang betul a) Berapakah pergolakan antara kedua-dua negara itu akan berakhir? b)Dia kelihatan tampan lebih-lebih lagi mempunyai hidung yang tinggi. c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. | Tatabahasa | 30.09.2021 |
| Salam sejahtera. Minta pencerahan tuan: adakah perkataan "Anggun" Hanya digunakan utk perempuan shj? Sebab setelah merujuki kamus Dewan, saya mdpti "Anggun" membawa maksud elok, tampan. Jadi, blhkah ayat berikut diterima? Cth: Abang saya kelihatan anggun apabila memakai pakaian seragam bomba. Betul @ salah? Mengapa? Terima kasih. | Betul, seperti yang dimaklumi penggunaan kata anggun tidak dikhususkan jantinanya, hanya perkataan ini sering dikaitkan dengan wanita. | Tatabahasa | 10.08.2016 |
| Selamat sejahtera. Saya difahamkan bahawa kata ganti nama ia tidak boleh digunakan untuk binatang. Bagaimana pula dengan penulisan buku cerita kanak-kanak yang menampilkan haiwan yang diberikan ciri manusia (personifikasi)? Adakah penggunaan kata ganti nama ia dibenarkan, atau lebih sesuai menggunakan dia? Contoh: Hatan ialah seekor burung enggang yang sangat tampan. Dia/Ia tinggal di Hutan Rumba. (Tanpa menggunakan ayat: Hatan tinggal di Hutan Rumba) | Kata ganti nama “ia” dan “dia” digunakan untuk merujuk manusia. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), “ia” merupakan kata ganti nama diri ketiga dan “ia” juga merujuk kata ganti nama bukan manusia. Walau bagaimanapun, penggunaan “ia” dibenarkan dalam cerita haiwan disebabkan binatang boleh berkata-kata seperti manusia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 796, buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 87 dan buku Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu: Golongan Kata (DBP, 2017).
| Tatabahasa | 11.02.2026 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | tampan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan segak: cantik, lawa, jelita, rupawan, juita, kacak, molek, ranggi, anggun, manis, menarik, indah, elok, ayu, bergaya, berupa, mongel, gambang, kirana, laksemi, jambu, jombang, apas, Berantonim dengan hodoh
2. Bersinonim dengan layak: cocok, sesuai, padan, patut, kena, pantas, cekap,
| | Kata Terbitan : tampannya, tampan-tampannya, ketampanan, |
|
|