Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
bersopan santun mempunyai sengkang di antara atau tidak? perlu tulis berspan santun atau bersopan-santun?? Terima kasih.... | Perkataan bersopan santun dieja tanpa tanda sengkang. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
Apa itu Santun Bahasa dalam Sastera Melayu | Sila rujuk buku “Santun Bahasa”, Anton M. Moeliono, 1985, Dewan Bahasa dan Pustaka dan buku “Santun Berbahasa”, Awang Sariyan, 2007, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 26.03.2008 |
Apakah perbezaan antara bersopan santun dan berbudi bahasa? | Bersopan santun dan berbudi bahasa sama maksudnya, iaitu beradab atau berakhlak. | Tatabahasa | 21.02.2012 |
tidak gelojoh ketika makan. apakah nilai murni yang sesuai bagi ayat berikut sama ada berbudi bahasa atau bersopan santun. terima kasih | Kedua-duanya boleh digunakan. Yang paling hampir ialah bersopan santun. | Tatabahasa | 20.01.2013 |
Persoalan tentang penggunaan "di dalam dan dalam". Yang manakah betul.? Antara nilai yang terdapat (di dalam / dalam) petikan ialah bersopan santun. | Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Ayat yang betul "Antara nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah bersopan santun". | Tatabahasa | 29.08.2011 |
Berikan jenis-jenis kesantunan secara luas dan juga definisi kesantunan secara am. | Assalamualaikum Encik Saipudin, Kesantunan ialah perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya; Dalam kalangan orang Melayu, kesantunan dapat dilihat melalui pelbagai perkara. Malahan sejak kita kecil lagi kita telah diajar bagaimana untuk bersopan santun apabila bercakap dengan orang yang lebiah tua, bagaimana hendak membahasakan diri dan juga bagaimana hendak menegur sapa mengikut peringkat umur seseorang. Encik juga boleh mendapatkan maklumat ini melalui laman web dan juga buku-buku yang banyak dijual di kedai-kedai buku. | Makna | 19.02.2010 |
Apa beza tatasusila dengan tatacara | Tatasusila bermaksud adat sopan santun dan budi pekerti yg baik manakala tatacara bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur. | Makna | 06.03.2007 |
Apakah langkah-langkah mengatasi masalah bahasa? (seperti bahasa rojak) | Penggunaan bahasa yang baik dan santun hanya dapat dibudayakan melalui pendidikan. Semua pihak perlu menjadikan pendidikan sbg wadah utk membina sahsiah generasi kita termasuk dalam soal penggunaan bahasa kecintaan kepada bahasa warisan bangsa. Kedua, penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib untuk memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pd papan tandam nama jaln, tempat banguna dsb. Dalam bidang penyiaran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mesti dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swaasta dan kerajaan. Untuk maklumat lanjut silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Makna | 09.10.2006 |
BAGAIMANA SAYA MAHU MENCARI MAKLUMAT BERKAITAN KESANTUNAN BAHASA LAMBANG BUDAYA MASYARAKAT MELAYU | Sila rujuk buku bertajuk Santun Berbahasa karya Awang Sariyan, dan Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Asmah Haji Omar, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 17.03.2008 |
apakah maksud berbasa-basi yang sebenarnya?Adakah perkataan itu termasuk dalam kata kerja dan apakah kata dasar perkataan ini? | Maksudnya, beradat -istiadat, bersopan-santun. (asal - bahasa Minang ) | Makna | 19.01.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| santun (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sopan: beradab, halus, berbudi pekerti, tahu adat, tertib, baik perangai, baik akhlak, simbai, adib, manis, baik laku, berbudi bahasa, alap, susila, lembut, baik, elok, takzim, bagus, Berantonim dengan kasar
2. Bersinonim dengan berbelas kasihan: murah hati, suka menolong, bersimpati, bertimbang rasa, welas, sayang, Berantonim dengan kejam
| Kata Terbitan : menyantuni, kesantunan, penyantun, |
|
|