Menganyam Kedukaan tahun 1991. Tujuan utama projek mi ialah untuk menggalakkan penulis- penulis Sarawak (dan mereka yang bermastautin di Sarawak) lebih giat dan aktif menghasilkankarya kreatif seperti cerpen dan puisi (yang bermutu tinggi). Untuk tujuan itu, karya-karya penulis yang tersiar dalam pelbagai media cetak - majalah, surat khabar, risalah jabatan dan penerbitan dalaman (in-house publication) - sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan mengemukakan pensoalan biasa, iaitu tentang kenangan, penghargaan serta sanjungan terhadap budi dan bakti guru. Namun pernyataan pemikiran dan perasaan Adi yang berkembang di atas landasan kebenaran dan kejujuran telah menyentuh hati nurani pembaca dengan kesan yang mendalam. Penggunaan ungkapan-ungkapan bersifat metafora seperti ‘gunung duka’, ‘lembah kedaifan’, ‘layar khidmat’, ‘payung amanah’ dan ‘hujan alpa’ terasa begitu puitis serta berhasil menimbulkan citra
|
|
Tesaurus |
---|
| tinggi (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai, Berantonim dengan pendek
2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung, Berantonim dengan hina
3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras, Berantonim dengan rendah
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik, Berantonim dengan rendah
| Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |
|
Puisi |
---|
|
Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit.
Lihat selanjutnya... |
|