Pantun |
Sumber |
Tema |
Layarkan biduk laju-laju, Berlabuh tentang ulak karang; Tinggalkan anak tentu-tentu, Jangan pengejut ayam orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Yang bermulut tentu berbunyi, Yang bermata tentu memandang; Orang pencarut perlu dijauhi, Orang pendusta perlu dibuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang bersampan tentu berdayung, Yang berbiduk tentu bergalah; Orang beriman perlu disanjung, Orang perajuk perlu disergah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang rokok tentu dihisap, Untuk melepas rasa tagihnya; Sedang seronok mahu mendekap, Kentut terlepas patah hatinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang lambat tentu terlambat, Hendak berlari kaki pengkar; Jambang lebat bulu pun lebat, Banyaklah isteri lari gementar | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang ayam tentu berparuh, Kaki bersisik jari bercakar; Siang malam aku mengeluh, Menanti adik memberi khabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang pinang tentu berkacip, Kacip bongok kepala emas; Abang datang mengadu nasib, Nasib elok cinta berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tentu batangnya tampak lurus, Kerana kayunya sudah dibuang; Tentu abang tak nampak kurus, Kita bertemu sakitku hilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalaulah tentu galak akarnya, Terbanglah lakum sependek-pendeknya; Kalaulah tentu salah benarnya, Timbanglah laku sebaik-baiknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Belum tentu padinya awak, Sudah direntang tali jemuran; Belum tentu lakinya awak, Sudah dipandang cemburuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| tentu (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,
2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak
ragu-ragu lagi,
3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,
| Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu, |
|
Puisi |
---|
|
Dua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 178 Like father, like son Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga. Bapa borek anaknya tentu rintik She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed. Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|