Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya.

Takrif

Sesuatu hal atau perkara yang sudah tentu kesudahannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak tentu kalang tumpuan, tidak tentu kalang batang.

Takrif

Orang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya.

Takrif

Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sungai tak tentu gaungnya.

Takrif

Tak tentu asal usulnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belum tentu si upik si buyungnya.

Takrif

Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya, c. Belum tentu hitam putihnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belum tentu hilir mudiknya.

Takrif

Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak tentu kepala ekornya.

Takrif

Tak keruan hujung pangkalnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak tentu hilir mudiknya.

Takrif

Belum ada keputusannya; maksudnya tidak jelas. (Bandingkan dengan: Tidak mengetahui hulu hilirnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak tentu kepala ekor.

Takrif

Terlalu tambun.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Takrif

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,

Puisi
 

Dua negeri sedang berperang,
     Belum tentu saya berjaya;
Berapalah tajam pisau dan parang,
     Tajamlah lagi mulut manusia.



Lihat selanjutnya...