Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi sedikit penjelasa mengenai - Perjelas dan Menjelaskan dengan beberapa contoh. Terima Kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “perjelas” merupakan kata pasif bagi perkataan memperjelas yang bermaksud 1. menjadikan sesuatu lebih jelas 2. menyelesaikan atau membereskan (kerja, hutang dan sebagainya). Contoh ayat: 1. Gambar, ilustrasi dan rajah dapat memperjelas sesuatu keterangan dalam wacana. 2. Apa yang hendak diperjelas ialah tembakau yang ditanam di negara kita bukan penyebab utama kegiatan merokok. Perkataan “menjelaskan” pula bermaksud 1. menerangkan atau menghuraikan sesuatu dengan terang dan dapat difahami 2. menyelesaikan atau membereskan (kerja, hutang dan sebagainya. Contoh ayat: 1. Kertas kerja ini cuba menjelaskan bahawa reka bentuk busana Melayu menepati konsep dan selaras dengan nilai-nilai Islam. 2. Dia sekarang berjimat-cermat kerana hendak menjelaskan harga motokar itu.
| Makna | 26.09.2022 |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan mengenai perkataan pernyataan, penyataan dan kenyataan dengan contoh-contoh tertentu. Peter Johnson | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, “Pernyataan” ialah kata-kata dan sebagainya yang menyatakan sesuatu, pemberitahuan pemakluman. Selain itu, pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Contoh ayat, “Pernyataan ini tentunya agak berlawanan dgn pernyataan klasik ahli linguistik tempatan”. “Penyataan” pula bermaksud perbuatan menyatakan. Sebagai contoh, “Kesusasteraan bukanlah lahir daripada kekosongan, tetapi adalah penyataan daripada pergolakan dan perkembangan masyarakat”. “Kenyataan” pula bermaksud perihal nyata, kejelasan atau keterangan. Contoh ayat, “Perdana Menteri membuat satu kenyataan penting melalui radio malam ini”. Sekiranya saudara mempunyai persoalan yang lain, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".
| Lain-lain | 24.01.2022 |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara-perkara berikut: 1. Mengikut Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) (halaman 217), "dipersetujui" merupakan lewah dan seharusnya "disetujui." Saya perhatikan dalam PRPM (DBP) 'dipersetujui' dan 'setujui' di gunakan sering kali. Yang mana harus dipakai? 2. Bertanggungjawab di ikuti dengan untuk/bagi dan bertanggungjawab terhadap sesuatu. Yang mana betul? 3. Terima kasih di atas bantuan tuan/ terima kasih keana membantu saya. Yang mana betul? 4. Harga terbaru atau terbaharu? 5. Tahun baru atau tahun baharu (seperti jawatan baharu)? terima kasih. Peter Johnson | 1. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. 2. Untuk ayat kedua, kedua-duanya boleh digunakan. Sungguhpun demikian, perlu dilihat pada kontek ayat. 3. Terima kasih kerana membantu saya atau Terima kasih atas bantuan tuan. 4. Harga terbaru dan terbaharu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. 5. Tahun baru dan tahun baharu juga boleh digunakan kerana membawa maksud serupa. | Tatabahasa | 29.11.2017 |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat menjelaskan perkara-parkara berikut: Sila beritahu sama ada atau tidak ayat-ayat yang berikut betul: 1. Kabus itu menghadkan / mengehadkan darjah penglihatan. (Saya mendapati Kamus Oxford Fajar (Prof Asmah Haji Omar), Kamus Utusan dan Kamus Lengkap (Drs. Awang Sudjai) menggunakan perkataan 'menghadkan' (restrict/limit) manakala Kamus Dewan menggunakan 'mengehadkan'. Ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar dan orang awam. Peerkara ini perlu diperjelaskan dari segi tatabahasa Melayu). 2. Berita hangat /menarik itu adalah daripada BBC/CNN/Radio Malaysia. 3. Isu /perkara mengenai /tentang rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. 4. Makalah yang berguna/bermanfaat/berfaedah itu adalah daripada majalah 'Dewan Masyarakat', terbitan DBP. 5. Apakah perbezaan antara perkataan-perkataan berikut: kesahihan; keesahan; sah dan sahih 6. Maklumat ini telah diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai. 7. Saya telah memperoleh maklumat ini daripada Kementrian Kewangan. 8. Untuk menambahbaikkan khidmat nasihat yang berkesan dan jitu mengenai tatabahasa (nahu) Melayu, respons pihak DBP perlu tepat pada masa. Sekian , terima kasih. Peter Johnson Durairaj | Soalan 1: Perkataan yang betul ialah mengehadkan, bukan menghadkan. Peng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contoh lain: cat - pengecat, bom - pengebom, pam - pengepam. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 111. Soalan 2: Kedua-dua perkataan iaitu, hangat atau menarik boleh digunakan dalam ayat yang tuan kemukakan bergantung pada maksud yang ingin disampaikan. Soalan 3: Ayat yang betul ialah (i) Isu rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. Soalan 4: Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 4(i) Makalah yang berguna itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(ii) Makalah yang bermanfaat itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(i) Makalah yang berfaedah itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. Soalan 5: Bagi mengetahui maksud dan mengenal pasti perbezaan maksud perkataan, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dan Dewan Pelajar. Perkataan sahih bermaksud pasti, benar, sah, dapat diakui maka kata nama yang diterbitkan daripada sahih ialah kesahihan perihal sahih (benar, pasti sah). Perkataan sah membawa dua maksud iaitu, 1. lulus pd sisi undang-undang 2. benar, pasti, nyata, manakala kesahan pula bermaksud perihal sah, sah tidaknya sesuatu. Soalan 6: Ayat yang betul ialah 6(i) Maklumat ini diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai. Soalan 7: Ayat yang betul ialah 7(i) Saya memperoleh maklumat ini daripada Kementerian Kewangan.
| Tatabahasa | 15.11.2017 |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi sedikit penjelasan mengenai perkara-perkara berikut: 1.Bagaimana perkataan "terhadap" perlu digunakan: Jabatannya telah mengambil tindakan tatatertib terhadapnya. (Adakah ayat ini betul)? Sikapnya terhadap pembelajran bahasa adalah terlalu negatif. (adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa?). 2. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menambahbaikkan sitem pendidikan negara. (adakah ayat ini betul?) 3. Baru-baru ini adik saya telah menerima tawaran yang menarik daripada syarikat itu. (betul?) Sekian, terima kasih. Peter Johnson peterj@streamyx.com | Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda. Penggunaan kata sendi terhadap dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Ayat (2) dan (3) betul. | Tatabahasa | 15.05.2008 |
Sukacita mendapat penjelasan tentang pengunaan "antara dan "di antara". T.kasih. | Kata sendi nama "antara" perlu hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaannya Mereka berbincang antara adik-beradik. Sementara penggunaan kata 'antara' sebagai kata arah yang mengikuti kata sendi nama di-. Contohnya ialah Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi. | Tatabahasa | 16.04.2007 |
Pohon penjelasan yang mana penggunaan yang tepat: 1) Sukacita memaklumkan bahawa... atau 2) Sukacita dimaklumkan bahawa... Sekian, terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah Sukacita dimaklumkan bahawa ... | Tatabahasa | 18.01.2008 |
Harap dapat penjelasan mengenai penggunaan 'sukacita' atau 'dukacita' di dalam penulisan surat. Yang mana betul "Sukacita dimaklumkan bahawa ...." atau "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ...." | Encik Yahaya, sukacita - senang hati, suka hati, kegembiraan, kegirangan: kanak-kanak yg pandai akan berasa ~; mereka dgn ~ mengambil peluang ini; duka, susah (sedih) hati: pd wajah baginda kelihatan tanda-tanda yg menunjukkan baginda sedang dilamun ~; 2. = berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~ atas kematian tunangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih; Dengan sukacitanya / dukacitanya dimaklumkan bahawa ...." | Tatabahasa | 04.03.2010 |
1. Sukacita dimaklumkan BAHAWA Mesyuarat xxx pada xxx telah bersetuju ... atau Sukacita dimaklumkan Mesyuarat xxx pada xxx... 2. ADALAH dimaklumkan...atau ...Untuk makluman tuan/puan.. | Salam sejahtera, Puan, Frasa yang betul: 1. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat xxx 2. Untuk makluman tuan/puan... Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.07.2019 |
Yang mana satu betul: 'Sukacita dimaklumkan bahawa ...' atau 'Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ...' atau 'Dimaklumkan bahawa ...' | Penanda makluman yang betul ialah "Sukacita dimaklumkan bahawa..." dan "Dimaklumkan bahawa...". "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa..." sepatutnya "Sukacita dimaklumkan bahawa...". | Tatabahasa | 16.06.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| suka | 1. Bersinonim dengan gembira ( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, ) (adjektif:) Berantonim dengan duka
2. Bersinonim dengan mudah ( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, ) (adverba:) Berantonim dengan jarang
3. Bersinonim dengan gemar ( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, ) (kata kerja:) Berantonim dengan benci
4. Bersinonim dengan sayang akan ( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, ) (kata kerja:) Berantonim dengan benci
| Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan, |
|
|