Kata |
Takrif |
Sumber |
penggal | 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg sudah dipotong atau dikerat; kerat; potong: Saya memberikan dua ~ tebu kpdnya. 2 sebahagian drpd sesuatu buku: Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear telah diterbitkan dlm empat ~. 3 bahagian masa pengajian sekolah dlm satu-satu tahun: Temasya olahraga itu akan diadakan pd penghujung ~ kedua nanti. memenggal 1 memotong atau mengerat; menetak (kepala): Mereka ~ kepala musuh lalu menggantungnya di pintu rumah. 2 membahagikan kpd beberapa bahagian. penggalan bahagian yg dipenggal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penggal(chop) | Tindakan membuang data yang tidak diperlukan daripada data yang berguna. | Kamus Komputer |
penggal | 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg sudah dipotong atau dikerat; kerat; potong: Saya memberikan dua ~ tebu kpdnya. 2 sebahagian drpd sesuatu buku: Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear telah diterbitkan dlm empat ~. 3 bahagian masa pengajian sekolah dlm satu-satu tahun: Temasya olahraga itu akan diadakan pd penghujung ~ kedua nanti. memenggal 1 memotong atau mengerat; menetak (kepala): Mereka ~ kepala musuh lalu menggantungkannya di pintu rumah. 2 membahagikan kpd beberapa bahagian. penggalan bahagian yg dipenggal. | Kamus Pelajar |
penggal | 1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa pengajian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama adalah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa; berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, berpotong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong-potong (kepalanya); memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll); terpenggal sudah dipenggal, terpancung; penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagian (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; pemenggalan perbuatan memenggal; pemenggal 1. orang yg memenggal (kepala); 2. alat utk memenggal (kepala). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potong | 1. kerat, penggal, hiris: beberapa ~ roti; 2. bp penjodoh bilangan utk baju (kain, seluar, bungkusan barang, dll): biasanya aku mendapat se~ baju drpd ibuku; 3. = memotong memenggal, mengerat; rumah ~ rumah (tempat) menyembelih lembu dll; tukang ~ a) orang yg memotong (menyembelih); b) tukang gunting rambut; c) tukang sunat, mudin; ~ ayam a) memotong (menyembelih) ayam; b) sj sumpah pd orang Cina; ~ leher a) memenggal leher; b) bp meletakkan harga yg terlalu tinggi (memeras); c) ki dgn sengaja mencari kesusahan (menghilangkan mata pencarian sendiri); ~ rambut menggunting rambut; ~ ramus sj guntingan rambut (lakilaki); ~ trip bp memotong giliran (peluang) orang; ~ wajik bentuk wajik yg dipotong menyerong; ~ hidung rosak muka prb membuat sesuatu yg tidak baik kpd keluarga sendiri akhirnya dia juga yg mendapat malu (kesusahan); berpotong dipotong: kain yg di dlm kotak itu masih belum ~; berpotong-potong berkerat-kerat, berpenggal-penggal; memotong 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, perjalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); potong-memotong 1. saling memotong (melintasi); 2. pekerjaan menggunting (pakaian); memotongkan 1. memotong utk orang, menyuruh memotong; 2. menggunakan pisau dll utk memotong, memotong dgn; 3. = memperpotongkan mengira-ngira dgn cara memotong gaji (pendapatan dll) yg akan diperoleh; memperpotongkan hutang piutang mengurangkan hutang piutang; terpotong dapat dipotong: sebatang kayu pun tidak ~ pd petang itu kerana mereka terlupa membawa gergaji; potongan 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); pemotongan 1. perbuatan memotong (mengerat, menggunting, memenggal dsb), pengeratan, pemenggalan: jenayah curi yg membawa kpd hukuman ~ tangan; 2. penyembelihan; 3. pemintasan (jalan dll); 4. pengurangan (gaji, harga, dsb); pemotong 1. orang yg memotong; 2. alat utk memotong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpenggal-penggal | 1. berkerat-kerat, berpotong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahagi | penggal atau belahan drpd sesuatu benda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campung I | penggal (hujung sesuatu), kudung; mencampung memenggal atau memancung hujung sesuatu, mengudungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panggal I | potong, penggal; panggalan Mn galah (utk mengait buahbuahan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahagi | belahan drpd sesuatu: penggal: Kayu yg panjang itu dikerat menjadi empat ~. kira-kira ~ hitungan memecahkan sesuatu (nombor dsb) kpd beberapa kumpulan tertentu (spt 10÷2 atau atau 2 10 = 5). membahagi 1 memecah kpd beberapa belahan. 2 membuat kira-kira bahagi. membahagikan 1 membelah sesuatu menjadi beberapa kumpulan: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ Semenanjung Tanah Melayu kpd dua kawasan. 2 memberikan sesuatu kpd beberapa orang atau berapa kumpulan: Saya telah ~ wang itu kpd adik-adik saya. 3 menjadikan sesuatu angka lebih kecil drpd yg mula-mula; mengecilkan sesuatu angka dgn sesuatu angka yg lain: Guru menyuruh saya ~ 6981 dgn 3. bahagian 1 hasil drpd membahagi; pecahan drpd sesuatu yg dibahagikan: Pedagang-pedagang itu telah membahagikan hasil jualan mereka kpd tiga ~. 2 hak milik atau sesautu yg dibahagikan: Yg ini ~ awak, sementara yg itu, ~ saya. 3 cabang atau cawangan drpd sesuatu yg lebih besar: Ayah saya bekerja di ~ Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. terbahagi sudah dibahagikan. pembahagian 1 hal (cara, perbuatan dsb) membahagi atau membahagikan: Dasar Ekonomi Baru mementingkan ~ pendapatan dan peluang yg sama antara kaum. 2 hitungan membahagi. pembahagi angka yg digunakan utk membahagikan sesuatu angka yg lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
term | 2. school, college etc session, penggal: the summer ~ holidays, cuti penggal sekolah musim panas; the first week of ~, minggu pertama penggal sekolah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
terminal | adj 1. of, in a term, penggal: ~ examinations, peperiksaan penggal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dismembered | adj telah /dipotong-potong, dikerat-kerat, dipenggal-penggal/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
half-term | n also half-term holiday, cuti separuh penggal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
term | 4. period of time during which a court, parliament meets, penggal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
whacked | adj (colloq) penat betul: by the end of term, most teachers feel ~, menjelang akhir penggal, kebanyakan guru berasa penat betul. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
satisfactory | adj memuaskan: his work has not been ~ during the past term, kerjanya tdk begitu memuaskan dlm penggal yg lepas; the results of the talks have been ~, hasil perundingan itu memuaskan; we have found the accomodation quite ~, kami mendapati tempat penginapan itu memuaskan; he could give no ~ reason for the delay, dia tdk dapat memberikan alasan yg memuaskan mengapa kelambatan berlaku. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
session | drinking ~, minum-minum; 3. (US & Scotland), (academic year) sesi; (one of the terms of the academic year) penggal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ending | n 1. act of bringing to an end, berakhirnya, tamatnya: the concert marked the ~ of the school term, konsert itu menandakan berakhirnya penggal sekolah; 2. last part of book, film, etc, penghabisan; have a /happy, sad, etc/ ~, berakhir dgn /kegembiraan, kesedihan, dsb/: the story has a happy ~, cerita itu berakhir dgn kegembiraan; 3. (gram.) akhiran. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
with | 19. (in exclamatory phrases), [various translations]: Down ~ all dictators!, Jahanam semua diktator!; To hell ~ you, Pergi jahanam kamu; Off ~ his head!, Penggal kepalanya; Come on! Out ~ it!, Cepat! Cakaplah!; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
pollarding | pangkas polard | pangkas penggal | pangkas penggal | Pertanian |
mid-term evaluation | evaluasi tengah waktu | penilaian separuh penggal | penilaian separuh penggal | Sains Politik |
mid term review | review tengah waktu | tinjau semula pertengahan penggal | kajian separuh penggal | Sains Politik |
line segment | ruas garis | Tiada | penggal/tembereng garis | Matematik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
prorogue | memprorog | Undang-undang | Tiada | Perbuatan menghentikan sesuatu penggal Parlimen bagi memidahkan penggal tersebut dengan penggal yang berikutnya. |
mid term review | penyemakan semula pertengahan penggal | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penilaian yang dilakukan terhadap sesuatu program, projek atau dasar pada peringkat pertengahan tempoh ia dilaksanakan. Penyemakan semula pertengahan penggal dibuat ke atas program ekonomi, pembangunan, belanjawan pemerintah atau syarikat serta sebarang bentuk dasar yang telah dilaksanakan. Semakan ini dibuat bagi mengetahui peringkat kejayaan yang telah dicapai atau meneliti sebarang kelemahan untuk penambahbaikan. Ia dilakukan pada masa separuh penggal, dengan harapan kerajaan dapat mengemaskini sebarang kelemahan bagi mengelak risiko yang lebih besar. |
session | penggal | Undang-undang | Tiada | Persidangan Majlis yang bermula dari permulaan Majlis bermesyuarat selepas ditubuhkan Majlis atau selepas dihentikan atau dibubarkan Parlimen pada bila-bila masa dan yang berakhir apabila Parlimen dihentikan atau dibubarkan dengan tidak dihentikan terlebih dahulu. |
cutoff | potong; penggal | Fizik | Tiada | Tiada |
crystal cut | penggal hablur | Fizik | Tiada | Tiada |
cutoff | potong; penggal | Geografi | Tiada | Tiada |
binary chop | penggal perduaan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
cutoff | potong; penggal | Kejuruteraan | Tiada | 2. Binaan di bawah tanah untuk mengurangkan resipan air.,3. Penyaliran air hujan ke dalam tanah.,4. Saluran yang dibina untuk meluruskan sungai atau sebagai pintasan di liku yang besar.,5. Dinding, relang atau struktur-struktur lain di bawah dasar empangan atau di dalam tembok landas empangan, untuk menghalang atau mengurangkan resipan.,6. Garis pada objek plastik yang terbentuk disebabkan oleh pertemuan dua bahagian acuan mampatan.,7. Pemotongan bekalan bendalir kerja ke silinder enjin.,8. Peratusan minimum galian dan bijih yang membolehkan pelombongan yang menguntungkan. |
binary chop | penggal perduaan | Komputer | Tiada | Tiada |
cutoff | potong; penggal | Matematik | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
putun | penggal; 1 kerat, potong: pat ~ tebou empat penggal tebu; 2 sebahagian drpd buku, kutipan cerita dll: ~ lawei serita itou diak penggal hujung cerita ini elok; 3 bahagian drpd masa pengajian setahun di sekolah dll: permisi ~ petama cuti penggal pertama; | Melanau Mukah | |
penggal | titak (bkn kepala) [titak]; musim (bkn waktu) [musim] | Melanau Dalat | |
penggal | panggal. | kedayan | |
guleng (memenggal kayu) | penggal | TETAW | |
hed | bh potong; 1 kerat, penggal: ~ nou tebou itou kamu potong tebu ini; 2 hiris: piseng yen ~ pebak ujik potong nanas itu dgn pisau; 3 sembelih: ~ siyau potong ayam; | Melanau Mukah | |
tek | kerat; 1 bahagian drpd sst, potong, penggal: tuleang buta badan tenawan bei telou pulok telou ~ semuasiyen tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga kerat semuanya; tuleang pat ~ tulang empat kerat; tuleang lapan ~ tulang delapan kerat; 2 digunaka | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb ke kawasan pengumpulan balak untuk pengangkutan yang seterusnya. (HUT) y-axis (paksi-y) Paksi yang serenjang dengan paksi-x dalam sistem koordinat Cartesan dua matra. (MAT) y-cut crystal (hablur penggal-y) Hablur kuartza yang dipenggal sedemikian rupa supaya paksi-y serenjang de- ngan permukaan papak yang terhasil daripada pemenggalan tersebut. (FIZ) yellow cell (sel kuning) 1. Lapisan sel pada gastrousus granules granul zimogen zymogen granule granuloma ameba amebic granuloma graviti sifar zero gravity gulung-gulung kekuda trussed purlin H hablur cecair termotropi thermotropic liquid crystal hablur ekapaksi uniaxial crystal hablur penggal-y y-cut crystal hablur tetrahedron tetrahedral crystal HACCP HACCP had membunuh killing point halaju angin wind velocity halaju berkesan effective velocity halaju isi padu volume velocity halaju medan field
|
Kamus Thai 2.indb darah เลื่อน [lan] น 1 kereta luncur: กวาง เรนเดียร ์ ลากเลื่ อน Rusa kutub biasanya menarik kereta luncur. ก 2 meminda: ทางมหาวิทยาลัยเลื่ อนกำหนดวันสอบปลายภาค Pihak universiti meminda tarikh pepe riksaan akhir penggal. 3 mengalih- kan: คุณครูสั่ งให ้ นักเรียนเลื่ อนโต ๊ ะไปไว ้ ข ้ างหลัง Cikgu menyuruh murid-murid menga- lihkan meja ke belakang. เลื ่ อนชั ้ น [-can] ก ว ่ ายน้ำ ว ่ ายน ้ ำ [-na:m] ก berenang: เด็ก ๆ ชอบ ว ่ ายน้ำในลำคลอง Budak-budak suka be renang dalam sungai. วาระ [wa:ra] น penggal: คุณสุนทรเคย เป็นคณบดีมาสองวาระ Sunthorn pernah menjadi dekan selama dua penggal. วารสาร [wa:rasa:n] น majalah วารสารศาสตร ์ [-sa:t] น ilmu kewar- tawanan วารี [wa:ri:] ดู น้ำ วาล ์
|
Kamus Thai 2.indb มีคุณภาพสูงมีอยู ่ ที่ ภาคเหนือ Teh yang bermutu tinggi terdapat di kawasan utara. ภาคทฤษฎี [-tritsadi:] น bahagian teori ภาคทัณฑ ์ [-tan] ก memberi amaran kepada ภาคนิพนธ ์ [-nip on] น tugasan penggal ภาคปฏิบัติ [-patibat] น bahagian amali ภาคผนวก [-panu:ak] น lampiran: หนั งสือเล่ มนี ้ มีภาคผนวกจำนวน 20 หน ้ า Buku ini mempunyai lampiran seba- nyak 20 halaman. ภาคพื้ น [-p:n] น rantau ภาคเรียน [-ri:an] น penggal, semester ภาคภูมิใจ [pa:kpu:mcai] ดู ภูมิใจ ภาคี [pa:ki:] น ahli, anggota: ประเทศไทยเป ็ นภาคีอาเซียน Negara Thai merupakan ahli pertubuhan ASEAN. ภาชนะ [pa:ca na] น bekas: โอ่ งเป |
Kamus Thai 2.indb ดู เทพ เทวี [te:wi:] น dewi เทศกาล [te:tsaka:n] น pesta, perayaan เทศบาล [te:tsaba:n] น perbandaran เทศนา [te:tsana:] น ceramah agama เทอม [t:m] น penggal เทอร ์ โมมิเตอร ์ [t:mo:mi t:] น termometer เทา [tau] ว kelabu: เสื ้ อของเขาสีเทา Ba junya berwarna kelabu. เท ่ า [tau] น 1 ganda: เงินเดือนของเขามาก
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
penggal | [peng.gal] | ڤڠݢل |
berpenggal-penggal | [ber.peng.gal.peng.gal] | بر ڤڠݢل-ڤڠݢل |
|
Tesaurus |
---|
| penggal (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kerat: potong, belah, joreng,
2. Bersinonim dengan bahagian: jilid, bab, edisi, keluaran, fasal, perkara, surah, juz, juzuk, perenggan, halaman,
muka surat, helaian, seksyen,
3. Bersinonim dengan semester: sesi, tempoh, jangka masa, jangka waktu, tahun,
| Kata Terbitan : berpenggal-penggal, memenggal, terpenggal, penggalan, pemenggalan, |
|
Puisi |
---|
|
Penggal puan penggal selasih, Penggal keduduk kait-kait; Tinggal tuan tinggallah kasih, Tinggal duduk baik-baik.
Lihat selanjutnya... |
|