Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jelatik burung jeladan, Burung terkukur terbang tinggi; Sama patut samanya padan, Mari diukur samanya tinggi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisang awak jatuh berlerai, Jatuh sebiji ke sarung kain; Patut tuan hendak bercerai, Sudah berjanji dengan yang lain.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dua puluh enam jerat kutahan, Kena seekor rusa jantan; Sudah patut terima balasan, Kerana kita derhaka Tuhan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terung catur tepi sempadan, Tanam gelugur di tebing tinggi; Sudah patut sudah padan, Sudah ukur sama tinggi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sirandah daunnya hijau, Ambil sepenggal akan pelacut; Tinggi rendah mata meninjau, Akan mencari lawanan patut.
1
Tesaurus
 
patut (kata tugas)
1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,

2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya, perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,

3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,

Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan,

Puisi
 

Pisang awak jatuh berlerai,
     Jatuh sebiji ke sarung kain;
Patut tuan hendak bercerai,
     Sudah berjanji dengan yang lain.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
302

Don't let the fox guard the hen-house

Jangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai.

Jangan menyuruh kapak menyelam beliung

The people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to let the fox guard the hen-house. We feared that he might exploit his position for his own interests.

Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...