Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MIAMI | Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met. 1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah menarik ramai pesara dari seluruh Amerika Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan yang mendapat publisiti besar-besaran, telah menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan Atlantik. | UMUM | |
TBILISI | Tbilisi (pend. 1 140 000) ialah ibu negara Georgia. Georgia ialah sebuah republik dalam Kesatuan Soviet sehingga tahun 1991, apabila Georgia mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada akhir tahun tersebut, Kesatuan Soviet telah runtuh. Nama Tbilisi bererti musim bunga yang panas dalam bahasa Georgia. Bandar ini dahulunya dikenal sebagai Tiflis , namanya dalam bahasa Rusia. Ia terletak di Sungai Kura di bahagian timur Georgia (lihat Georgia [peta]). Sebahagian bandar Tbilisi sudah moden dan sebahagian lagi kelihatan seperti kota Timur purba. Hasil keluaran Tbilisi meliputi bahan kapas, sakhlat, barangan kulit, jentera, hasil logam, dan minyak. Tbilisi ialah persimpangan rangkaian jalan raya dan landasan kereta api. | UMUM | |
SAPPORO | Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]). Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo meliputi Hokkaido University dan taman bunganya yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo. | UMUM | |
PARTI BUMIPUTERA SARAWAK | 1.0pt 0cm" class=MsoNormal>PARTI BUMIPUTERA SARAWAK, parti politik. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1966. Kewujudan parti ini secara langsung memperlihatkan kebangkitan peribumi Islam dalam politik Sarawak. Dua buah parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA). Kedua-dua parti ini turut dianggotai oIeh golongan bumiputera bukan Islam. Kegagalan membawa masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sarawak memaksa parti Melayu yang sedia ada mencari cara yang lain bagi menyatukan orang Melayu dalam politik Sarawak. Kegagalan menubuhkan cawangan UMNO di Sarawak berpunca daripada perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan keahliannya daripada kaum bumiputera bukan Islam. Selain itu, timbul juga kekhuatiran bahawa kemasukan UMNO akan menyebabkan parti politik itu akan mendominasi politik Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |
|
Tesaurus |
---|
| panas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku, Berantonim dengan sejuk
2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak, Berantonim dengan kebah
3. Dalam konteks matahari bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang, Berantonim dengan redup
4. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,
5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,
6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,
| Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas, |
|
|