Kata |
Takrif |
Sumber |
menyusahkan | 1 menyebabkan menjadi susah; menyukarkan; menyulitkan: Aku lebih suka hidup sendiri kerana aku tidak mahu ~ kedua-dua ibu bapaku lagi. 2 menyebabkan berasa susah hati; mendukacitakan; menyedihkan: Jika ada sesuatu yg ~ adinda, ceritakanlah kpd kakanda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyusahkan | 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. menjadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacitakan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusahkan | 2 menyebabkan berasa susah hati; mendukacitakan; menyedihkan: Jika ada sesuatu yg ~ adinda, ceritakanlah kpd kakanda. | Kamus Pelajar |
menyusahkan | 1 menyebabkan menjadi susah; menyukarkan; menyulitkan: Aku lebih suka hidup sendiri kerana aku tidak mahu ~ kedua-dua ibu bapaku lagi. | Kamus Pelajar |
seksa | (séksa) 1. kesengsaraan (kesusahan, ke-sakitan, dll) yg dideritai sbg hukuman, hukuman yg menyakitkan (menyusahkan dll), aniaya, azab: azab ~ Tuhan akan menimpa orang yg tidak jujur; 2. pedih, sakit, sengsara, susah: hidup pun ~ benar; menyeksa 1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dll), menganiaya: lain yg salah lain yg diseksa; 2. menyakitkan, menyusahkan: ~ diri sendiri; menyeksai menyeksa berkali-kali; terseksa (telah) mengalami seksa (kesengsaraan, kesakitan dsb), (telah diseksa): jiwa mana yg tidak ~; lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup ~ di bawah cengkaman musuh; seksaan 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan, kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak tertanggung lagi; penyeksaan perihal menyeksa, penganiayaan: sekarang dia berasa lapang kerana ter-lepas drpd ~ jiwa yg dihadapinya; penyeksa 1. orang yg menyeksa; 2. sesuatu yg menyeksa (peperangan, kebuluran, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memerihkan | menyusahkan, tidak menyenangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merajut badan | menyusahkan diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berona | Kl menyusahkan atau meragam (kereta, orang, dll), buat pasal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susah | menyusahkan | Kamus Pelajar |
menyukarkan | menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
inconvenience | vt trouble, menyusahkan: I didnt intend to ~ anyone, saya tdk bermaksud utk menyusahkan sesiapa pun. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impose | ~ /on, upon/, menyusahkan; (sos good nature, indness, generosity, etc) mengambil kesempatan: you allow yourself to be ~ed upon by the children, kamu membiarkan anak-anak menyusahkan kamu; I would not want to ~ upon your good nature, saya tdk mahu mengambil kesempatan krn puan baik budi; ~ /os, os company/ on, menyuakan diri; (by causing inconvenience) menyusahkan: we did not invite him to join our group; he ~d himself on us, kami tdk mengajaknya bersama-sama dlm kumpulan kami; dia yg menyuakan diri; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inconvenience | n 1. cause of discomfort, difficulty, etc, kesulitan, menyulitkan, menyusahkan: life in this town is full of ~s, kehidupan di bandar ini penuh dgn kesulitan; an old car can be an ~, kereta buruk boleh menyusahkan; 2. discomfort, annoyance, trouble, kesulitan: the ~ of living in a rented room, kesulitan tinggal di bilik sewa; cause so. ~, menyusahkan sso: I hope I am not causing you any ~, saya harap saya tdk menyusahkan saudara; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
incommode | vt (fml or pompous) menyusahkan: would it ~ you if I were to use your car for another day?, adakah saya menyusahkan saudara jika saya menggunakan ereta saudara sehari lagi?. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dance | lead so. a /merry, pretty/~, betul-betul menyusahkan sso: the organizers have been leading us a merry ~ and wont give us a definite answer, pihak penganjur betul-betul menyusahkan kami dan tdk memberi kami jawapan yg pasti; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inflict | ~ on; /~ os, os company/ on so., menyusahkan sso: I do not wish to ~ myself on you but then I have no one else to turn to, saya tdk mahu menyusahkan kamu tetapi tdk ada orang lain yg dapat menolong saya; ~ so. on so., see (sense 2.); ~ st on so., see (senses 1.a., b. & c.); ~ a blow on so., memukul sso; ~ defeat on so., mengalahkan sso; ~ pain on so., /menyakiti, menyakitkan/ sso; ~ torture on so., menyeksa sso. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
land | ~ so. with /so., st/, (colloq), /membebankan, menyusahkan/ sso dgn /sso, sst/: youre not going to ~ me with all your friends this weekend, are you?, kamu tak akan menyusahkan saya dgn kawan-kawan kamu pd hujung minggu ini, kan?; I was ~ed with all the arrangements for the trip, saya dibebankan dgn semua urusan rombongan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bother | be a ~, give ~, a. disturb, mengganggu; b. cause difficulty, fuss, menyusahkan, menyulitkan: she doesnt want to be a ~ to anyone, dia tdk mahu menyusahkan sesiapa pun; go to /some, a lot of/ ~, put os to /some, a lot of/ ~, bersusah payah, bersusah-susah: our friends put themselves to a lot of ~ finding a house for us, kawan-kawan kami bersusah payah mencari sebuah rumah utk kami; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bothersome | adj 1. annoying, disturbing, mengganggu; 2. that causes difficulty, fuss, menyusahkan: being without a car for the whole day was ~, tanpa kereta sepanjang hari adalah menyusahkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inconvenient | adj 1. not suitable, appropriate, tdk sesuai: they called at an ~ moment, mereka datang pd masa yg tdk sesuai; 2. troublesome, menyusahkan: an ~ arrangement, rancangan yg menyusahkan; 3. uncomfortable, tdk selesa: ~ lodgings, tempat penginapan yg tdk selesa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
spite house | rumah berona | Umum | Tiada | Bangunan berstruktur pelik yang dibina atau diubah suai dengan tujuan menyusahkan kejiranan atau mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tanah. |
pain point | titik keluhan | Umum | Tiada | Masalah yang berterusan atau berulang terhadap produk atau perkhidmatan yang kerap menyusahkan atau mengesalkan pelanggan. |
quiet firing | pemecatan senyap | Pentadbiran | Tiada | Situasi dalam pekerjaan apabila majikan mewujudkan keadaan persekitaran kerja yang tidak kondusif dan menyusahkan pekerja sehingga menyebabkan pekerja membuat keputusan untuk berhenti kerja atas kerelaan sendiri. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
Mepait, pait | pahit; 1 rasa spt rasa hempedu: ~ sama nyam buak biyik pahit spt rasa buah nyirih; 2 ki menyakitkan hati, menyusahkan hati; 3 ki tidak senang, susah, sukar, payah: ~ tudip musim peritah Jepun pahit kehidupan zaman pemerintahan Jepun; 4 sukar utk ditangg | Melanau Mukah | |
jahet I | jerat; 1 tali pencerut, tali yg disimpulkan utk menangkap binatang dll: ~ buduok jerat kaki; ~ tengok jerat leher; 2 ki tipu muslihat utk menyusahkan, merugikan orang, dll: niatsiyen bak ~ kaau niatnya hendak menjerat kamu; | Melanau Mukah | |
asel | asal; 1 mula, yg mula-mula: ngadan ~ nama asal; 2 tempat semula, pangkal, permulaan: kuman aan ~ aneak itou dr mana asal anak ini; 3 asal sahaja: ~ kak menyusah naseng a asal jangan menyusahkan hati orang; 4 tulen, asli: pulut ~ getah asli 5 bkn asal, buk | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
menyusahkan | [me.nyu.sah.kan] | مڽوسهکن |
|
Tesaurus |
---|
| susah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,
2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat
3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,
| Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan, |
|
|