Kata |
Takrif |
Sumber |
gerah | berasa panas badan (spt ketika hendak hujan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gerah II | Kl kemalangan, kecelakaan, nahas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerah I | Jw berasa panas badan (kerana hari hendak hujan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerah | berasa panas badan (spt ketika hendak hujan). | Kamus Pelajar |
geruh-gerah | berbagai-bagai kemalangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radang | 1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh, panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru; ~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; ~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg disebabkan oleh bengkak; meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris; meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan? keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat melepaskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; kemeradangan perihal meradang; peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati; peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~ benar orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palak I | Mn 1. panas (badan), gerah; 2. berasa panas, marah, radang (hati): dr mula-mulanya lagi, dia sudah ~ melihat lagak orang itu; 3. sangat berani, tidak takut (bimbang) barang sedikit; memalak mengacau, mengganggu, menyusahkan; pemalak 1. orang yg lekas marah, pemarah; 2. orang yg sangat berani (tidak takut akan apa sahaja apabila berbuat sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geruh I | malang, celaka, nasib buruk, sial; ~-gerah berbagai-bagai kemalangan; ~ tak mencium bau prb kemalangan tidak dapat diketahui lebih dahulu; kegeruhan kemalangan, kecelakaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Datu II | gelaran kehormatan di Sabah (sbg anugerah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panas | 1. lwn sejuk (dingin), hangat; air ~ air yg dimasak (dihangatkan); 2. demam, gerah, palak; demam ~ penyakit demam dgn suhu badan yg sangat panas (tinggi); sakit ~ demam; 3. sinar atau cahaya (matahari): apabila kena ~ matahari, bernyala rupanya; matanya itu selalu pula terkejip-kejip, terutama apabila menentang ~; hujan ~ hujan pd waktu matahari bersinar; 4. ki sangat marah, sangat sakit hati: dgn perasaan hati yg ~, ia bangun segera; bagaimana hendak menyudahkannya kerana hati terlampau ~; 5. ki hebat, genting, tegang: pertentangan semakin ~; 6. masih baharu (peristiwa dll): semalam ia mendapat berita ~ utk akhbarnya; 7. tidak kurang tetapi lebih pula sedikit (timbangan): timbang ~; 8. tidak memberi keuntungan, mendatangkan bala, sial; ilmu ~ ilmu yg membuat orang yg memakainya susah (mahal rezeki dll); ~ baran (bara, darah) cepat marah, sangat pemarah; ~ hati sangat marah (benci); ~ kering panas dan kering; ~ pedih tidak tetap (senang) duduk; ~ radang panas badan (kerana berpeluh dll), palak; ~ rezeki mahal rezeki; ~ sengangar sangat panas (hawa); ~ terik = ~ jantan Pr = ~ ngetek Kl sangat panas (matahari); ~ setahun hujan sehari, liput tanjung dgn pulau = ~ setahun dihapuskan oleh hujan sehari prb jasa atau kebaikan yg banyak boleh hilang oleh kesalahan yg sedikit; bagai ~ mengandungi hujan prb walaupun dibawa ketawa, nampak juga kesusahannya (orang dlm kesusahan); disangka ~ sampai petang, kiranya hujan tengah hari prb disangka senang (baik dll) selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan (bahaya dll); memegang besi ~ prb melakukan sesuatu dgn kebimbangan (kekhuatiran dll); menyeladang bagai ~ di padang prb sesuatu hal (perbuatan dll) yg mengenai semuanya; redup atau ~ keras prb hidup atau mati, untung atau rugi, beradu nasib sahaja; sudah ~ berbaju pula prb sudah susah ditambah lagi dgn kesusahan; tak ~ punggung Kl prb sebentar sahaja; tidak lekang dek (oleh) ~; tidak lapuk dek (oleh) hujan prb tiada berubah-ubah, tetap selamalamanya (bkn adat); panas-panas masih baharu, hangat-hangat; berpanas berada dlm panas matahari, berjemur: nelayan yg ~ dan berhujan di laut; berpanas-panasan berjemur dlm panas matahari utk bersuka-suka: mereka yg sedang ~ di pantai itu; memanasi 1. menghangatkan: periuk yg masih dipanasi bara; 2. menambah panas; memanaskan menyebabkan (menjadikan) panas, menghangatkan: makanan-makanan itu adalah utk ~ tubuh badan kita; ~ hati menimbulkan (membangkitkan) marah (benci); ~ kerusi memegang sesuatu jawatan (kedudukan dsb) tanpa melakukan atau mencapai sesuatu; memperpanas menjadikan lebih panas: matahari semakin ~ dirinya; kepanasan 1. perihal panas, kehangatan: ada alat penetap suhu yg mengawal ~; ~ hati kemarahan hati; 2. tersangat panas; 3. kena panas; pemanasan perihal memanasi (memanaskan): tindakan kimia bertambah cepat dgn ~; pemanas 1. yg memanasi (memanaskan): kuasa ~ ; alat ~ ; 2. alat utk memanaskan: ~ elektrik; 3. (orang yg) lekas panas atau marah, pemarah, tidak penyabar: bapanya ~ dan pembengis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
gerah | semua | TETAW | |
gerah | arah; | Melanau Mukah | |
ya gerah | segala | TETAW | |
nigen gerah | kawai | TETAW | |
lasuk I | panas; 1 hangat, suam: nyaem ~ air panas; besi ~ besi panas; 2 demam, gerah, palak; 3 sinar atau cahaya matahari: ~ pala panas matahari; 4 ki sangat marah, hebat, genting, tegang: makin tayi makin ~ tan gaya isak delouyen itou makin lama makin panas nampa | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
longgar mata udang, *gerah mata udang* Ib | peribahasa Iban yang bermakna sesuatu yang dilihat pada luarannya mudah, tetapi pada hakikatnya susah. | Itu rupanya jawapan Bunga Eni. Kenyataan begitulah yang boleh disebut longgar mata udang. Mata udang kelihatan tidak begitu tegap. Jika dipegang ia bergoyang-goyang tetapi jika hendak dicabut, tidak juga mudah, kata Keling menuding ke arah Laja. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
gerah | [ge.rah] | ݢره |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerah |
|
|