Kata |
Takrif |
Sumber |
meradang | 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radang | 1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh, panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru; ~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; ~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg disebabkan oleh bengkak; meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris; meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan? keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat melepaskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; kemeradangan perihal meradang; peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati; peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~ benar orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radang paru-paru | (penyakit) bengkak pd paru-paru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
radang lidah | (penyakit) bengkak pd lidah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
radang tenggorok | bengkak pd tenggorok, bronkitis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radang paru-paru | sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radang lidah | penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan vitamin B2); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radang paru-paru | sj penyakit bengkak paru-paru, pneumonia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keradangan | 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat melepaskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pluerisi | (Ubat) radang pd membran yg melapisi paru-paru dan rongga toraks sehingga mengakibatkan rasa sakit pd dada semasa bernafas atau batuk, radang pd pleura. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
inflamed | adj radang: ~ eyes, mata yg radang; the childs tonsils are ~d, tonsil kanak-kanak itu radang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fury | n 1. rage, keberangan, keradangan; be in a ~, sedang /berang, radang/; fly into a ~, naik /berang, radang/; 2. violence, keganasan; (of battle) kemarakan: the ship was caught in the ~ of the storm, kapal itu terperangkap dlm keganasan ribut; like ~, (colloq) macam ribut: he ran like ~ to escape the fire, dia lari macam ribut hendak lepaskan diri drpd kebakaran itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
furious | adj 1. extremely angry, meradang, berang; give so. a ~ look, memandang sso dgn berang; /be, get/ ~ (with, at), naik /radang, berang/; make so. ~, /menjadikan, membuat/ [sso] naik /radang, berang/, /meradangkan, memberangkan /sso; 2. violent, a. (of attack, quarrel) hebat; b. (of blow, knocking) kuat; c. (of storm, sea) mengganas; d. (of temper) menggila; 3. unrestrained in vigour, speed, ligat, kencang: running at a ~ pace, berlari ligat; fast and ~, gegak-gempita: the fun was fast and ~, gegak-gempita seronoknya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inflammation | n radang; (med) keradangan: ~ of the appendix, keradangan apendiks. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
colitis | n kolitis, radang usus besar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
brain fever | n radang otak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
handle | fly off the ~, meradang, naik radang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bad-tempered | adj panas darah, /lekas, cepat/ naik /darah, radang, marah/: a ~ person, seorang yg panas darah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
anger | n kemarahan, keberangan, kegusaran, marah, meradang, berang, gusar; (of God, royalty) kemurkaan: his rudeness roused his teachers ~, sikapnya yg tdk sopan menimbulkan kemarahan gurunya; to be filled with ~, naik /marah, radang/; to provoke so. to ~, menyebabkan sso /marah, naik radang/; blind ~, gelap mata; in (a moment of) ~, /semasa, ketika/ sedang marah; in a fit of ~, semasa [sso] dlm keadaan terlalu marah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
disposition | a ~ to, a. natural inclination in so. to, mudah: a ~ to anger, mudah naik radang; b. inclination, kecenderungan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
epicondylitis | epikondilitis | Sains Sukan | Biomekanik | Radang tisu kolagen yang berlaku di bahagian distal humerus (lengan). Radang ini dipercayai diakibatkan oleh pergerakan lengan yang berulang-ulang dan penggunaan yang berlebihan. Contohnya, perbuatan menggenggam raket tenis dengan terlalu kuat dan memukul bola tenis berulang-ulang kali sepanjang permainan boleh memberikan tekanan berlebihan kepada otot lengan. |
arthritis | artritis | Herba | Fitoterapi | Radang yang dicirikan oleh bengkak dan kesakitan pada sendi. |
blepharitis | blefaritis | Herba | Fitoterapi | Radang di tepi kelopak mata, iaitu di bahagian yang ditumbuhi bulu mata akibat jangkitan bakteria atau alahan. |
bubo | bubo | Herba | Fitoterapi | Radang dan bengkak pada nodus limfa terutamanya pada ketiak atau celah kelengkang akibat jangkitan penyakit seperti plag, sifilis, gonorea dan tuberkulosis. |
encephalitis | ensefalitis | Herba | Fitoterapi | Radang pada otak akibat kecederaan atau jangkitan oleh bakteria, virus atau parasit. |
impetigo | impetigo | Herba | Fitoterapi | Radang kulit yang teruk dan mudah berjangkit disebabkan oleh jangkitan bakteria. Impetigo dicirikan oleh nanah dan keruping. |
catarrh | katar | Herba | Fitoterapi | Radang pada membran mukosa, terutamanya di dalam hidung dan kerongkong yang mengakibatkan pengeluaran mukus secara berlebihan. |
colpitis | kolpitis | Herba | Fitoterapi | Radang pada vagina atau dikenali sebagai vaginitis. |
ophthalmitis | oftalmitis | Herba | Fitoterapi | Radang pada bebola mata. |
rheumatism | reumatisme | Herba | Fitoterapi | Radang dan rasa sakit serta bengkak pada sendi, otot dan tisu gentian. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
radang | merik [mrik] | Melanau Dalat | |
radang | adang, maah. | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
naik jabar MSr | perasaan terlalu marah, naik radang. | Tapi Pak Pait mati-mati menuduh ada urusan jual beli dalam hal itu, dan hasil haram itu digunakan oleh Pak Malun untuk berlagak di depan Kak Siti. Manalah tidaknya Pak Malun tak naik jabar. Nasib baik ada Pak Keri Ladun ketika itu; kalau tidak, tentu ada yang berkafan hari itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb tertinggal di tepi pileus cendawan setelah pileus cendawan terbuka. (BIO) appendix (apendiks) Unjuran yang terdapat pada sekum dan terletak di sebelah kanan abdomen. Fungsi apendiks manusia belum lagi diketahui, tetapi radang pada apendiks akan menyebabkan apendisitis. Apendiks merupakan tempat tinggal mikro- organisma yang menghasilkan enzim selulase yang dapat mencerna selulosa pada herbivor seperti arnab. (BIO, UBAT) appendix vermiformis (apendiks vermiformis) Divertikulum arthralgia (artralgia) Neuralgia atau rasa sakit pada sendi. Sinonim arthrodynia. (UBAT) arthralgia saturnina (artralgia saturnina) Artralgia akibat keracunan plumbum. (UBAT) arthrectomy (artrektomi) Perihal membuat eksisi pada sendi. (UBAT) arthritis (artritis) Radang pada sendi atau tisu sendi. (BIO, UBAT) arthroaleurium (artroaleurium) Spora daripada jenis aleurium yang dihasilkan secara artrik. (BIO) arteritis arthroaleurium Kamus Sains.indb 109 7/8/08 11:46:33
|
Kamus Thai 2.indb ้ ชายคนน ั ้ น ได ้ ฉุดคร ่ าหญิงสาวคนหนึ่ ง Lelaki itu telah melarikan seorang gadis. ฉุน [cun] ว 1 keras: บุหรี่ ฉุน rokok yang keras; ก 2 naik radang, naik berang ฉุนเฉียว [-ci aw] ว cepat marah ฉุย [cui] ว pantas, laju ฉุยฉาย [cuica:y] น tarian tradisional Thai, cuicai ฉู ่ ฉี ่ [cu:ci :] น ที่ เขาไม ่ รู ้ จัก Orang tua itu terbeliak apabila melihat cucu perempuannya pulang dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. ตาชั่ ง [-ca] น dacing ตาแดง [-dε:] น radang mata ตาตั้ ง [-ta] ดู ตาค ้ าง ตาตี่ [-ti:] น mata sepet ตาตุ ่ ม [-tum] น buku lali ตาน้ำ [-na:m] น mata air ตาบอด [-b:t] น
|
Kamus Thai 2.indb ansur. อะลูมิเนียม [alu:miniam] น alu- minium. อะไหล ่ [alai] น alat ganti อักษร [aks:n] น aksara, huruf อักษรศาสตร ์ [-sa:t] น ilmu persuratan อักเสบ [akse:p] ว radang: ลุงยูซุฟเจ็บ คอเพราะต ่ อมทอนซิลอักเสบ Pak Yusuf sakit tekak kerana tonsilnya radang. อัคคี [akki:] น api อัคคีภัย [-pay] น kebakaran อัง [a] ก mendiang: เด็ก ๆ กำลังเอามืออัง ไฟเพื่ อให ้ คลายหนาว Kanak-kanak sedang mendiang tangan mereka untuk me ngurangkan kesejukan. อังกฤษ |
Kamus Thai 2.indb ๆ ได ้ รับการเข ้ มงวด เพื่ อป ้ องกันการฉ ้ อราษฎร ์ บังหลวง Undang- undang diperketatkan untuk mence- gah rasuah. ปอด [p:t] น paru-paru ปอดบวม [-buam] น radang paru-paru ปอน [p:n] ว selekeh: เขาไปโรงเรียนในสภา พ ที่ ปอนมาก Dia datang ke sekolah dalam keadaan sangat selekeh = ปอน ๆ ปอน ๆ [-p:n] ดู ปอน ป ้ อน
|
Kamus Thai 2.indb าน Ba ngunan itu bergegar sewaktu lori sepu- luh roda lalu. กระแทก [kratε:k] ก 1 menumbuk, memukul: เขาโกรธมากเลยใช ้ หม ั ดกระแทก ฝาผน ั งอย ่ างแรง Dia naik radang lalu me numbuk dinding dengan kuat. 2 meng- hempaskan, menghentakkan: คนงานน ั ้ น กระแทกกล ่ องใส ่ โทรท ั ศน ์ ลงก ั บพื้ น Pekerja itu menghempaskan kotak |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
radang | [ra.dang] | رادڠ |
redang (radang) | [re.dang] | ردڠ ( رادڠ ) |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
radang | inflammation | Keadaan fizikal setempat yang memperlihatkan bahagian badan menjadi kemerah-merahan, bengkak, panas dan kesakitan yang lain, sebagai reaksi terhadap kecederaan atau jangkitan. | Menengah Atas |
bronkitis | bronchitis | Radang yang terjadi pada salur bronkus. Keadaan ini boleh berlaku akibat tersedut habuk atau wasap yang merengsakan atau akibat jangkitan mikroorganisma. | Menengah Rendah |
konjunktivitis | conjunctivitis | Radang pada mata yang mudah berjangkit. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pneumonia | pneumonia | Radang paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas kerana sebahagian daripada paru-paru berisi cecair. | Menengah Atas |
apendisitis | appendicitis | Radang atau gangguan pada apendiks yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. | Menengah Atas |
gout | gout | Penyakit radang sendi yang menyakitkan, disebabkan oleh gangguan metabolisme yang mengakibatkan pengumpulan asid urik dalam darah dan pemendapan natrium urat di sekeliling sendi. | Menengah Atas |
artritis reumatoid | rheumatoid arthritis | Penyakit radang pada sendi tulang seperti pergelangan tangan dan kaki. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| radang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan panas badan: gerah, meriang, palak,
2. Dalam konteks ransangan bersinonim dengan kemerah-merahan, bengkak, sakit,
| Kata Terbitan : meradang, meradangkan, kemeradangan, peradang, |
|
|