Kata |
Takrif |
Sumber |
meruncing | 1 berbentuk runcing; menjadi runcing: Benua India ~ ke selatan. 2 menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang (bkn keadaan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meruncing | 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, perselisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meruncing | 1 berbentuk runcing; menjadi runcing: Benua India ~ ke selatan. 2 menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang (bkn keadaan dll). | Kamus Pelajar |
tanjak I | 1. sj destar, tengkolok: Anjang memakai ~ spt pahlawan Melayu; 2. tanjak tirus ke atas (destar, layar), meruncing (menganjur) ke atas; bertanjak = ~ kaki berdiri di atas hujung kaki, berjengket; ~ baru bertinjau prb berbuat sesuatu mengikut aturannya yg lazim; menanjak 1. menirus ke atas, meruncing; 2. memanjat (bukit dll), mendaki, menaiki: aku surut selangkah memberikan kesempatan kepadanya ~ tangga; 3. menjadi lebih tinggi (jalan dll), mendaki: dia berjalan menuju tangga yg ~ ke atas anjung; mereka mendaki jalan yg ~; menanjakkan menganjurkan ke atas, membawa naik, menaikkan: dia ~ layar perahunya; ~ ilmu mengembara ke tempat lain utk mengajarkan ilmu; ~ silat pergi ke tempat lain utk berlawan atau mengajar silat; tak lalu dandang di air, di gurun ditanjakkan prb menyampaikan maksud dgn pelbagai ikhtiar; tanjakan jalan yg mendaki, pendakian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluncungkan | melancipkan, meruncingkan: bila ditanya ibunya di mana, ia ~ mulutnya ke arah dapur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merencong | berbentuk rencong; meruncing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merencong | berbentuk rencong; meruncing. | Kamus Pelajar |
menirus | menjadi tirus, melancip, meruncing: di bahagian kiri terbentang sebidang sawah yg ~ hilang ke belakang tanjung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenjak | 1. menirus ke atas, meruncing (tentang destar, tengkolok, dll); 2. meningkat naik (jalan dll); ® tanjak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanjak | 1. menirus ke atas, meruncing; 2. memanjat (bukit dll), mendaki, menaiki: aku surut selangkah memberikan kesempatan kepadanya ~ tangga; 3. menjadi lebih tinggi (jalan dll), mendaki: dia berjalan menuju tangga yg ~ ke atas anjung; mereka mendaki jalan yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
head | come to a ~, a. sudah hampir meletus; b. (fig.) meruncing: the unrest in the country has come to a ~, keadaan gelisah di negara itu kini telah meruncing; cost so. his ~, mengorbankan nyawa sso; /cry, eat, talk/ os ~ off, /menangis, makan, bercakap/ semahu-mahunya; do a ~ count, kira berapa orang; fall ~ over heels, a. jatuh tunggang terbalik; b. esp fall ~ over heels in love, benar-benar jatuh cinta: he has fallen ~ over heels in love with the actress, dia telah benar-benar jatuh cinta pd seniwati itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
head | at the ~ of, a. in front, di hadapan sekali: at the ~ of the parade, di hadapan sekali dlm perarakan itu; b. at the top, di atas sekali; /bite, snap/ sos ~ off, /menengking, mengherdik/ sso; bring st to a ~, (act.) menyebabkan sst meruncing; (pass.) meruncing: the murder of a key member of the party brought matters to a ~, pembunuhan seorang ahli parti yg penting menyebabkan keadaan meruncing; cannot make ~ or tail (of), tdk faham langsung; /come into, enter/ os ~, terfikir, menyangka: it didnt enter my ~ that she would be upset, saya tdk terfikir bahawa dia akan tersinggung; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fall | 9. decrease in amount, value, etc, penurunan: a ~ in the level of water in the dam, penurunan paras air di empangan itu; a ~ in land prices is anticipated, penurunan harga tanah diduga; a sharp ~ in the number of tourists visiting the country, penurunan yg meruncing dlm bilangan pelancong yg melawat negara itu; 10. (of town, city) penawanan; 11. collapse, kejatuhan: the ~ of the Roman Empire, kejatuhan Empayar Rom; 12. number of animals at birth, sekali lahir: a good ~ of lambs, banyak biri-biri sekali lahir; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
distinct | adj 1. different, berbeza, berlainan, tdk sama: divided into two ~ categories, dibahagikan kpd dua kategori yg berbeza; as ~ from, berbeza drpd: modern drugs as ~ from traditional remedies, penggunaan ubat moden yg berbeza drpd ubat-ubatan tradisional; 2. sharp, clear, jelas: ~ pronunciation, sebutan yg jelas; a ~ outline, bentuk yg jelas; my recollection of the event is ~, ingatan saya ttg kejadian itu adalah jelas; 3. unmistakable, positive, nyata: theres a ~ possibility that the crisis will escalate into a war, ada kemungkinan yg nyata krisis itu akan meruncing menjadi satu peperangan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
rising action | aksi menaik | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian plot dalam drama atau naratif yang pergerakan ceritanya meningkat melalui konflik yang semakin meruncing atau menegang, sehingga tiba ke kemuncak plot atau klimaks. Bahagian ini terletak selepas eksposisi atau pengenalan dan diisi dengan keruwetan, konflik dan ketegangan. Lihat juga babak, eksposisi, ketegangan, konflik, plot, puncak, ruwetan. Banding aksi menurun. |
cabinet making | pembuatan kabinet | Kesenian | Hiasan Dalaman | Seni penghasilan perabot kayu yang berkualiti tinggi, contohnya kabinet, rak dan perlengkapan bilik tidur. Seni pembuatan perabot ini melibatkan pelbagai teknik antaranya kerja penyambungan, melereng, meruncing dan menggunakan alat kemasan untuk menghasilkan hiasan yang bermutu tinggi. |
social unrest | kekacauan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan huru-hara yang berlaku dalam masyarakat apabila undang-undang dan peraturan tidak dihiraukan. Kekacauan ini berlaku dalam bentuk perarakan besar-besaran, pembakaran kedai, kenderaan dan rumah. Dalam keadaan ini, orang ramai keluar ke bandar atau tempat tertentu untuk menunjuk perasaan membantah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Kekacauan boleh berlaku apabila tersebarnya khabar angin, keadaan ekonomi yang meruncing dan menyukarkan orang ramai, perbalahan etnik serta konflik politik. Contohnya, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang berlebihan di Indonesia pada tahun 1997- 1998 telah menyebabkan kekacauan sosial yang serius. Sinonim kegelisahan sosial. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
runcing | meruncing luncit. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
meruncing | [me.run.cing] | مرونچيڠ |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kon | cone | Objek yang meruncing ke hujung dari tapaknya yang rata dan bulat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
stalaktit | stalactite | Batu kapur yang meruncing ke bawah di dalam gua. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| runcing (adjektif) | Bersinonim dengan rancung, lancip, tirus, cerucup, gonjong, loncos, merunjung, mengerucut, luncung,
rancap;, | | Kata Terbitan : meruncing, meruncingkan, keruncingan, |
|
|