Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ARAK PAHIT

Arak pahit ialah istilah bagi cecair yang

diekstrak daripada herba, daun, kulit kayu, akar,

atau putik buah yang pahit. Banyak orang yang

meminum arak pahit sebagai ubat untuk

menambahkan selera dan mengaktifkan

pencernaan. Manusia juga menggunakan arak

pahit sebagai perisa dalam minuman alkohol

tertentu. Sesetengah arak pahit jenis tertentu

termasuklah Angostura, cinchona, limau oren,

gentian, dan camomile.

UMUM
PAHIT MANIS

Pahit manis ialah nama dua tumbuhan bak

tumbuhan menjalar yang tidak berkaitan. Satu jenis

ialah pahit manis Eropah yang juga dinamakan

woody nightshade, dan jenis satu lagi ialah pahit

manis Amerika, atau pahit manis palsu. Kedua-dua

tumbuhan ini ialah tumbuhan memanjat yang

tumbuh di kawasan yang lembap, berhutan, dan di

sepanjang pagar dan di tepi jalan.

UMUM
AKAR PAHITAkar pahit ialah sejenis pokok saka kecil dengan

daun berair, batang berisi, dan mempunyai

sekuntum bunga yang berwarna merah jambu atau

putih.

UMUMUmum
BUNGA PAHIT

BUNGA PAHIT,  kumpulan puisi karya Masuri S.N. Kumpulan ini mengandungi 80 buah puisi yang ditulis dari tahun 1957 hingga tahun 1960, diterbitkan pertama kali oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur pada tahun 1967.  Dengan terbitnya kumpulan ini bererti lebih daripada 250 buah puisi Masuri S.N. telah diterbitkan dalam bentuk buku, temasuk menerusi dua buah kumpulan puisinya yang terdahulu, iaitu Awan Putih (1958) dan Warna Suasana (1962).

SASTERAKarya
ASID PIKRIK

Asid pikrik ialah sejenis bahan kimia industri.

Namanya berasal daripada perkataan Yunani

yang bermaksud pahit ; satu larutan asid di dalam

air mempunyai rasa pahit.

UMUM
STRIKNINA

Striknina ialah ubat yang pahit dan beracun,

diperoleh daripada biji tumbuhan seperti pokok

nux vomica yang terdapat di India dan Indonesia.

Striknina terdapat dalam bentuk kristal tanpa

warna. Pengambilan striknina dalam dos yang

banyak boleh menyebabkan kes keracunan yang

teruk, mengakibatkan seseorang itu menggeletar

dan boleh mengancam nyawa. Sesetengah orang

mendapat keracunan dengan tidak sengaja apabila

mereka mengambil dadah yang mengandungi

striknina. Tanda-tanda yang biasa ialah menyentak,

susah menelan, dan opistotonos (badan tiba-tiba

melentik ke belakang).

UMUM
MINYAK PETITGRAIN

Minyak petitgrain ialah minyak kuning yang

dibuat daripada daun, ranting dan buah daripada

pokok oren pahit. Ia digunakan untuk membuat

minyak wangi. Paraguay membekalkan kira-kira

tujuh per sepuluh daripada minyak petitgrain di

dunia. Petitgrain bigarade, iaitu minyak yang lebih

berharga daripada minyak petitgrain, dibuat

daripada sejenis lagi pokok oren pahit. Petitgrain

birgarade dikeluarkan di negara-negara

Mediterranean.

Lihat juga Oren.

UMUM
KUININ

Kuinin ialah bahan yang berasa pahit yang

diperoleh daripada kulit pokok cinchona. Ia

biasanya digunakan untuk merawat malaria

dan penyakit lain.

UMUM
KAFEINA

Kafeina ialah pepejal yang tidak berbau, berasa

pahit sedikit. Ia ialah bahan perangsang, dan

didapati sedikit dalam kopi, teh, dan sesetengah

minuman ringan lain.

UMUM
SAGEBRUSH

Sagebrush ialah pokok renek yang terkenal kerana

baunya yang harum dan rasanya yang pahit. Ia

tumbuh di dataran kering di bahagian barat Amerika

Syarikat. Tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi 0.5

hingga 4 meter dan mempunyai batang yang lurus

keras. Daunnya kecil dan tumbuh rapat-rapat.

Bunganya tumbuh di bahagian atas batang dan

berwarna kuning atau putih. Setiap bunga

mempunyai banyak bunga kecil yang dikenali

sebagai floret .

UMUM
Tesaurus
 
pahit (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan maung, pahit maung,
Berantonim dengan manis

2. Bersinonim dengan getir: jerih, perih, perit, pedih, serik, sukar, susah, payah, sulit,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sedih, pilu, luka, hiba, lara, duka, dura,

Kata Terbitan : berpahit-pahit, memahitkan, kepahitan,

Puisi
 

Minum kopi tidak bergula,
     Pahit-pahit diminum juak;
Kalau hati bersama cinta,
     Baiklah baik diikut juak.



Lihat selanjutnya...