Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Pahit dulu, manis kemudian.

Takrif

Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sedap dulu, pahit kemudian.

Takrif

Bersenang-senang dulu, dan akhirnya mendapat kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tebu takkan pahit rasanya.

Takrif

Orang yang sungguh-sungguh baik tidak akan berkelakuan jahat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).

Takrif

Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mendapat kopi keras (= pahit).

Takrif

Kena marah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah tahu peria pahit.

Takrif

Sudah tahu kurang baik diperbuat juga; penyesalan yang tak berfaedah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.

Takrif

Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan.

Takrif

Sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Di luar merah di dalam pahit.

Takrif

Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu, b. Di luar berkilat di dalam berongga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat.

Takrif

Pujuk rayu yang berisi tipu muslihat; perkataan yang keras tetapi mengandung nasihat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
pahit (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan maung, pahit maung,
Berantonim dengan manis

2. Bersinonim dengan getir: jerih, perih, perit, pedih, serik, sukar, susah, payah, sulit,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sedih, pilu, luka, hiba, lara, duka, dura,

Kata Terbitan : berpahit-pahit, memahitkan, kepahitan,

Puisi
 

Minum kopi tidak bergula,
     Pahit-pahit diminum juak;
Kalau hati bersama cinta,
     Baiklah baik diikut juak.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
590

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga ''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...