Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Khidmat Nasihat ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisBahasa Sukuan v2.0Daftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
jerih perihsusah payah dlm melakukan se­suatu usaha: tamat sudah segala penat lelah dan ~ belajar hingga larut dinihari; berjerih perih berusaha dgn jerih perih, berusaha bersungguh-sungguh: setiap orang harus berusaha dan ~ bagi mengejar im­piannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
perihJw 1. pedih: masing-masing berasa ~ perut kerana belum makan lagi; 2. ki payah, susah, tidak senang: kalau engkau lama di kampung engkau akan mengetahui baga-mana ~nya kehidupan petani-petani di kampung ini; jerih ~ susah payah; memerihkan menyusahkan, tidak menyenangkan; keperihan 1. kepedihan, kesakitan: setitik air sabun yg masuk ke matanya menyebabkan ~; 2. ki perasaan tidak senang (tidak gembira dll), kepahitan, kepedihan (perasa­an): dia sendiri dapat berasa ~ yg mencengkam hatinya itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berjerih perihberusaha dgn jerih perih, berusaha bersungguh-sungguh: setiap orang harus berusaha dan ~ bagi mengejar im­piannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
jerih perihpelbagai kesulitan dan kesukaran yg dialami dlm melakukan sesuatu: Semua ~ yg dilaluinya terasa berbalas dgn kejayaan anak sulungnya. berjerih perih berusaha dgn susah payah: Mereka sanggup ~ demi mengejar impian mereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjerih perihberusaha dgn susah payah: Mereka sanggup ~ demi mengejar impian mereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jerih perihsusah payah;Kamus Dewan Edisi Keempat
perit I1. rasa sakit (spt luka kena ubat dll), pedih, perih: luka di mukanya masih pedih dan ~; 2. ki sangat dukacita (kecewa dll), sakit hati, pilu: ia berasa amat pahit dituduh demikian, ~ dan sayu; 3. susah payah, sukar: penulis cuba menggambarkan bagaimana ~nya hidup seorang pengemis; memeritkan menyebabkan (sesuatu) perit: cahaya matahari yg ~ kulit badan; keperitan perihal perit, kepedihan, kesusah­an, kesukaran: ia menghadapi segala ~ hidup dgn sabar.Kamus Dewan Edisi Keempat
sedih hatiberasa pilu (susah, hiba) dlm hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih;Kamus Dewan Edisi Keempat
sedih II1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dlm hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; 2. menyebabkan rasa pilu (susah, hiba): Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya; berita ~; cerita ~; bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita: dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh; menyedihkan 1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, men­dukacita-kan: apa yg ~ hati adik? 2. berasa sedih kerana sesuatu: tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu; kesedihan perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~; penyedih orang yg mudah berasa sedih (selalu berasa sedih).Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
 
perih (adjektif)
1. Bersinonim dengan pedih: lapar

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan payah, susah, sukar, sulit, rumit, leceh, ruwet,

Kata Terbitan : memerihkan, keperihan,