Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Mangkuk berisi bunga pinang; Hendak masuk kuberi masuk, Hendak masuk belanja tunang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Hendak serunai kuberi serunai; Hendak masuk kuberi masuk, Aku bayar wang tunai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dua bertanduk bertiang tiga, Dari masuk berkunci tiada; Bulan masuk matahari gila, Abang diharap dipandang tiada.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukit Kaduk Ulu Telemu, Singgah menanak Batali; Saya tak masuk kerana ilmu, Saya masuk kerana janji.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Masuk ke hutan memotong gelam, Hendak membuat panggang para; Muatan sarat belayar belum, Baru bertiup angin utara.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Masuk ke hutan mencari rotan, Singgah berhenti keramat datuk; Begini garang jalak di medan, Dari mana datang berkokok.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Masuk ke hutan memotong gelam, Hendak membuat panggang para; Muatan sarat belayar belum, Baru bertiup angin utara.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Masuk menyembah jari bersusun, Raja di baruh baru menyembah; Kalau tak manis buah di dusun, Tidak kumahu makan buah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Air pasang matahari masuk, Banyak orang jual berangan; Jerat dipasang burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Empat puluh kapal Peringgi, Kapal nak masuk benua China; Teguh-teguh berpegang janji, Saya nak masuk bergadai nyawa.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Puisi
 

Hendak mangkuk kuberi mangkuk,
     Hendak serunai kuberi serunai;
Hendak masuk kuberi masuk,
     Aku bayar wang tunai.



Lihat selanjutnya...