Kata |
Takrif |
Sumber |
menduduki | 1 duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2 bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3 memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian: Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4 mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5 menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menakluk: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menduduki | 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: beberapa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak diduduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penyerangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ peperiksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati seseorang: pemuda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menduduki | 1. duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2. bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3. memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian:Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4. mendapat; menempati:Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5. menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menaklukkan: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. | Kamus Pelajar |
mentakhtai | menduduki (memegang) takhta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeduduki | menduduki, mendiami; ®duduk I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meninggali | 1. menduduki, mendiami: rumah itu sekarang ditinggali oleh cucu-cicitnya; 2. membiarkan tinggal sesuatu (utk), memberi pusaka: Raja Umar ditinggali baginda belanja emas urai empat kati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengongsi | menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menempati | mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penduduk | orang yg menduduki sesuatu tempat (negeri dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keduduk I | ; mengeduduki menduduki, mendiami; ®duduk I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
Certificate of Occupation | Sijil Layak Menduduki | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
Certificate of Occupation | Sijil Layak Menduduki | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
limited monarchy | monarki terhad | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang masih meletakkan golongan diraja, menduduki jawatan ketua negara sebagai simbol dan tujuan rasmi tanpa memiliki kuasa eksekutif. Monarki terbatas ini disebut juga sebagai monarki berperlembagaan apabila kegiatan raja itu perlu berlandaskan perlembagaan. Kuasa raja bersifat tidak mutlak dan tugasnya lebih tertumpu kepada upacara rasmi seperti merasmikan persidangan parlimen, pembukaan masjid dan sekolah serta melakukan lawatan rasmi ke negara lain sebagai ketua negara. Antara negara yang mengamalkan monarki terhad ini ialah Malaysia, Thailand, Jepun, Sweden, Belanda dan Denmark. Sinonim monarki terbatas. |
administrative class | kelas pentadbiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelas sosial yang terbentuk daripada kalangan ahli pentadbir yang menduduki peringkat tinggi birokrasi pemerintahan. Ciri-ciri sosial kelas ini adalah dengan menonjolkan sifatnya tersendiri seperti peka kepada status, gaya kehidupan kebaratan, bertutur dalam bahasa lnggeris dan mengutamakan hierarki sosial. Contohnya, Elit Pentadbir Melayu (MAS) pada era kolonial lnggeris. |
the corridor of power | anjung kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan yang menghampiri jawatan kepimpinan tertinggi sesebuah negara seperti presiden atau perdana menteri. Bagi menduduki jawatan ini, seseorang pemimpin perlu melalui pelbagai peringkat persaingan atau pemilihan dan setelah berjaya mengharunginya barulah dianggap berada di anjung kuasa. Contohnya pada tahun 2002, Abdullah Ahmad Badawi dapat dianggap sebagai berada di anjung kuasa apabila Dr. Mahathir Mohamed mengisytiharkan mahu bersara. |
nation | bangsa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok masyarakat yang besar dan memiliki satu tamadun, budaya, bahasa, seni, sejarah, adat, tradisi serta identiti yang dikongsi bersama. Bangsa ini menduduki kawasan yang jelas sempadannya, mempunyai sentimen dan kepentingan bersama untuk hidup dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat seperti Jepun, Sweden, Norway dan Switzerland. Walaupun begitu, terdapat juga bangsa yang belum membentuk sebuah negara yang berdaulat seperti bangsa Kurdish. Bangsa ini terpisah dalam beberapa negara seperti yang terdapat di Iraq, Turki dan Mesir. |
competency-based learning | pembelajaran berasaskan kompetensi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya kemahiran asas yang konkrit. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kompetensi berasaskan kriteria yang ditetapkan. Pendekatan ini diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kompetensi yang perlu dikuasai. Lihat juga pengajaran berpandukan kriteria (CRI). |
socioeconomic class | kelas sosioekonomi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Strata dalam masyarakat yang berasaskan sosioekonomi. lndividu atau golongan yang memiliki kedudukan ekonomi dan sosial yang tinggi akan mendapat penghormatan dalam masyarakat. Seorang ahli politik, pentadbir dan pemimpin masyarakat dianggap boleh menduduki kelas sosioekonomi yang tinggi, manakala golongan seperti petani, nelayan, pekedai, buruh dan sebagainya tidak memiliki kelas sosioekonomi ini. Kelas sosioekonomi yang baik amat penting dalam mempengaruhi pembinaan demokrasi sesebuah negara. |
criterion referenced instruction (CRI) | pengajaran berpandukan kriteria (CRI) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pengajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya latihan. Pembelajaran atau latihan dalam talian berasaskan CRI biasanya mampu diri dan kaya sumber media. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kecekapan berasaskan kriteria yang ditetapkan bersesuaian dengan idea utama CRI, iaitu pembelajaran penguasaan dan pengajaran berorientasikan prestasi. Biasanya, CRI diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kecekapan yang perlu dikuasai. |
identity crisis | krisis identiti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang keliru atau tidak pasti sesebuah masyarakat akan arah perkembangan budaya dan identitinya. Subbudaya yang pelbagai telah menghalang pembentukan satu identiti sepadu dan perkembangan identiti kelihatan tidak menuju satu pertemuan yang menyatukan, sebaliknya terus bersifat perpecahan. Kekeliruan dan perpecahan ini melahirkan krisis identiti bagi masyarakat tersebut. Contohnya, pemiIihan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di India jelas menggambarkan krisis identiti negara tersebut apabila mereka gagal berkompromi untuk memilih salah satu bahasa tempatan untuk menduduki status tersebut. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
menduduki | mungu [muu] | Melanau Dalat | |
mapen tungok | menduduki | TETAW | |
agi | lagi (a) tambahan kpd yg ada: beri aku ~ berikan saya lagi; (b) masih lagi (melakukan, menduduki, berada): iya ~ makai dia masih makan; (c) lebih (besar, banyak dlm perbandingan): lama ~ manah ~ deh lebih lama lebih baik; (d) lebih-lebih lagi; apa lagi: j | Iban | |
Kamus Sains.indb alelokimia) Berkaitan dengan pengeluaran sebatian kimia seperti feromon oleh organisma untuk mempengaruhi spesies yang lain untuk tujuan pertahanan diri atau pe- mikatan. (BIO) allelomorph (alelomorf) Satu daripada pasangan gen yang menduduki lokus yang sama pada kromo- som homolog. Gen ini mengawal sifat yang sama, tetapi mempunyai kesan yang berbeza. Sinonim allelic gene. (BIO, UBAT) allelotype (alelotip) Kekerapan alel dalam populasi membiak antafosa) Fosa atau soket sesungut pada kepala serangga. (BIO) antagonist (antagonis) 1. Otot yang bertindak secara bertentangan dengan otot lawannya, seperti antara otot fleksor dengan otot ekstensor. 2. Bahan yang menduduki sesuatu reseptor dan menghalang pengikatan ago- nis pada reseptor tersebut. Kehadiran antagonis pada reseptor sel tidak menimbulkan sebarang gerak balas. (BIO, UBAT) antarctic circle (bulatan antartik) Garis lintang 66º32ʼ S
|
Kamus Thai 2.indb itu memerintah negeri Sukhothai dengan aman. 2 (อันดับ ตำแหน ่ ง) men- duduki: เขาครองตำแหน ่ งที่ หนึ่ งในการแข ่ งข ั น คร ั ้ งน ั ้ น Dia menduduki tempat pertama dalam perlumbaan itu. 3 (ใช ้ แก ่ นักบวช) memakai: พระสงฆ ์ ในพระพุทธศาสนา ครองผ ้ าเหลือง Sami Buddha memakai kain berwarna kuning. 4 memiliki: เขาครองที่ ดินผืนน ั ้นมาสามปีแล บิดา มารดาของเขาอวยพรให ้ คู ่ บ ่ าวสาวครองร ั กก ั น ช ั ่วกาลนาน Orang tuanya mendoakan agar pengantin baru hidup berkasih sayang selama-lamanya. ครองราชสมบัติ [-ra:tcasombat] ก menduduki takhta: พระบาทสมเด็จพระเจ ้ า อยู ่ ห ั วภูมิพลอดุลยเดชครองราชสมบ ั ติมากกว ่ า 60 ปี Raja Bhumiphol sudah menduduki takhta lebih daripada 60 tahun. ครองเสียงข ้ างมาก [-si aka
|
Kamus Thai 2.indb 4/15/2008 11:12:42 AM ส 367 วลา Polis sentiasa mengawasi gerak- geri para belia yang menganggur. สอน [s:n] ก mengajar สอบ [s:p] ก mengambil peperiksaan, menduduki peperiksaan สอบซ ้ อม [-s:m] ก mengambil ujian, menduduki ujian สอบถาม [-ta:m] ก bertanya: รัฐบาล สอบถามผู ้ ว ่ าราชการจังหวัดปัตตานีถึงความ ก ้ าวหน ้ าของโครงการนิคมอุตสาหกรรมอาหาร ฮาลาล Kerajaan bertanya kepada ga benor Pattani tentang kemajuan pro- jek perindustrian makanan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
menduduki | [men.du.du.ki]/[men.du.du/.ki] | مندودوقي |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
alel | allele | Satu daripada sepasang gen yang menduduki tempat tertentu pada pasangan kromosom. Contohnya, alel untuk warna mata. Lihat Rajah | Menengah Atas |
biojisim | biomass | 1. Jumlah jisim semua organisma yang membentuk populasi atau aras trofik yang menduduki sesuatu kawasan. 2. Bahan biologi yang digunakan sebagai bahan api atau sumber tenaga. | Menengah Atas |
Id |
Kata |
Takrif |
Bahasa Sukuan |
Audio |
591 | agi | lagi (a) tambahan kpd yg ada: beri aku ~ berikan saya lagi; (b) masih lagi (melakukan; menduduki; berada): iya ~ makai dia masih makan; (c) lebih (besar; banyak dlm perbandingan): lama ~ manah ~ deh lebih lama lebih baik; (d) lebih-lebih lagi; apa lagi: j | Iban | Tiada |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata menduduki |
|
|