Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Makan sate makan rojak, Makan dengan air manis; Tuan pandai membawa segak, Di dalam segak membawa manis.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah nanas makan berkupas, Makan berkupas dalam perahu; Tuan panas siapa mengibas, Panaslah juak tuan badanmu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak kuda makan pagi, Makan mari daun nangka; Kalau sudah barang berkunci, Ibarat buah masak diranggah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Harap sungguh makan dijerat, Makan di upih kerabu jantung; Harap saya dunia dan akhirat, Ingatkan boleh tempat bergantung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sorong papan tarik papan, Singgah muat dalam perahu; Suruh makan kami makan, Suruh mengaji saya tidak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Makan sirih ujung-ujungan, Makan sekapur sambil berludah; Saya di sini untung-untungan, Hidup bersyukur di tangan Allah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Makan sirih secabik-cabik, Makan secabik campak ke laman; Bukan kupilih orang yang cantik, Tetapi rasa tidak berkenan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Makan sirih cabik-cabik, Makan secabik layang ke laman; Jangan dipilih rupa tak baik, Sahaja hati tidak berkenan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Makan sirih berpinang tidak, Makan saja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saya saja terulang-ulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Makan sirih bercabik-cabik, Makan secabik layang ke laman; Bukannya pilih cantik molek, Tetapi di hati sudah berkenan.
Puisi
 

Buah nanas makan berkupas,
     Makan berkupas dalam perahu;
Tuan panas siapa mengibas,
     Panaslah juak tuan badanmu.



Lihat selanjutnya...