Kata |
Takrif |
Sumber |
makan | 1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu: jemputlah ~ kuih ini; ~ candu menghisap candu; ~ pil menelan pil; ~ sirih mengunyah sirih; 2. = ~ nasi memamah serta menelan nasi: engkau sudah ~ Sim? 3. rezeki: bagaimana hendak mencari ~ kalau ke-sihatanku selalu terganggu; 4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dll) masa, wang, dll: pekerjaan ini banyak ~ belanja; menggali parit ini sahaja ~ masa lebih kurang dua bulan; kereta saya banyak ~ minyak; 5. melukai atau menembusi (senjata, air soda, dll), lut: ditikamnya, tetapi tidak ~; 6. bekerja spt yg dijangkakan (brek dll): brek basikal ini tak ~; 7. dapat masuk (barang yg dimasukkan ke lubang dll), masuknya: paku itu hanya setengah inci ~ ke dlm papan itu; 8. mengikut (nasihat dll), menerima (pengaruh, pujukan, dll): inilah jadinya kalau orang tak ~ nasihat; sedikit pun tidak ~ dlm hatinya bahawa tunangnya tidak setia kepadanya; 9. ki menggelapi (wang dll), mengambil secara haram (wang): Pegawai Perumahan ini kuat ~ duit; ~ ampun sl minta ampun; ~ angin a) bersiarsiar utk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dll); b) mendapat angin (kapal, layar, dll); ~ angkat suka dipuji-puji; ~ arwah kenduri arwah (utk memperingati orang yg telah mati); ~ bawang ki marah; ~ benak menarik keuntungan yg besar; ~ ber-adap memakan nasi adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta dgn lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ berdamai makan bersama-sama pertama kali (bkn pengantin); ~ besar a) jamuan makan beramairamai dgn berbagai-bagai jenis hidangan makanan, minuman dsb; b) jamuan makan bersama-sama ahli keluarga pd petang atau malam menjelang Tahun Baru Cina; ~ budi menerima kebaikan (pertolongan dll) orang lain; ~ bunga mengambil keuntungan (faedah) drpd apa yg dipinjamkan; ~ butir Kl dlm keadaan motobot dsb tersangat sarat dgn muatan (hingga air mencecah papan teratas): duduk baik-baik kerana bot ini ~ butir. Nanti tenggelam; ~ cekak sanggup melawan (mengatasi dll); ~ dalam (orang yg) pendiam tetapi banyak berfikir atau pengalaman; ~ (meng-hisap) darah a) mengambil untung yg besar drpd orang lain (spt mengenakan bunga yg sangat tinggi sewaktu meminjamkan wang dll); b) sebal hati, bersedih; ~ dawai (kawat, kerawat, tali) sangat miskin; ~ di punca kain Kl hidup melarat; ~ diri kesihatan terganggu (kerana sedih dll); ~ duit (emas) a) menerima wang suap; b) membelanjakan wang kerajaan (majikan dll) utk keperluan sendiri; ~ gaji (upah) bekerja pd orang utk mendapat gaji (upah); ~ gambar fotogenik; (banyak, ke-nyang) ~ garam mempunyai banyak pengalaman dlm hidup; ~ hak melanggar hak orang; ~ hati (berulam jantung) dukacita yg amat sangat (akibat gagal dlm percintaan dll); ~ kawan (teman) sendiri menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dll) kawan sendiri; ~ kerawat sangat miskin; ~ keringat orang menikmati kesenangan hidup dgn memeras tenaga orang; ~ kuli bekerja sbg kuli; ~ luar a) makan di kedai, warung, restoran dsb (bukan di rumah); b) ki mengadakan hubungan seks bukan dgn suami atau isteri sendiri; ~ malam (pagi, siang) makan pd waktu malam (pagi, siang) hari; ~ nasi dgn garam sangat miskin; ~ nasi kawah makan beramai-ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dll); ~ nikmat sl makan makanan yg lazat-lazat; ~ pelewar dlm keadaan motobot dsb yg dipenuhi air hingga mencecah enjin: Ali menimba air dlm botnya kerana air sudah ~ pelewar; ~ pencen hidup dgn mendapat wang pencen drpd kerajaan (sesudah bersara); ~ puluk Id makan dgn tangan; ~ ransom makan beramai-ramai; ~ riba meminjamkan wang dgn bunga yg tinggi; ~ sahur makan sebelum masuk waktu imsak dlm bulan Ramadan; ~ suap (sogok) menerima suap (rasuah); ~ sumpah = dimakan sumpah mendapat kesusahan kerana ingkar akan sumpah, terkutuk; ~ tanah a) jatuh tersungkur di tanah; b) sangat miskin; ~ tangan a) kena penumbuk (tinju); b) mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-sangka; ~ tanggung hidup di bawah jagaan orang lain; ~ tidur hidup dgn tidak membuat apa-apa pekerjaan; ~ tuan mengenai tuannya sendiri (senjata dll); ~ tulang menyuruh orang supaya bekerja kuat; ~ hati berulam jantung prb menderita kerana perbuatan orang yg karib (spt sahabat, suami, dll); ~ upas berulam racun prb hidup dlm kesusahan; sudah ~ bismillah prb tidak menurut aturan, terbalik; telah habis maka di-makan prb berhemat cermatlah dlm semua perkara; tempat ~ jangan diberaki prb jangan membuat sesuatu yg tidak baik kpd orang yg pernah memberi perlindungan (pertolongan dll); tidak ~ siku-siku prb cakap seseorang yg berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya); memakan 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. memerlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, membinasakan, memusnahkan: rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. mematikan (dlm permainan catur dll): hampir dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (digunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua; memakani memakan dgn banyaknya, acapkali memakan: ia asyik ~ buah-buahan yg dibawanya sendiri dr rumah; memakankan 1. mengusahakan (memberi dll) supaya sesuatu dimakan; 2. memakan utk; termakan 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi; ~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran; makanan apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vitamin, protein, dll); ~ laut makanan atau hidangan yg bahan utamanya ialah hiduphidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; makan-makanan bermacam-macam jenis makanan; kemakanan habis dimakan: jagalah baik-baik pedang itu, supaya tidak ~ karat; pemakanan 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan vita-min masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2. perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman; pemakan 1. orang (binatang dll) yg memakan: binatang ini termasuk jenis binatang ~ daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh makanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya dgn orang makan sirih; 3. orang yg suka makan: Ali memang ~; ~ bawang ki orang yg pemarah; ~ gaji orang yg makan gaji; ~ upah orang yg mengambil upah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelan | 1 memasukkan sesuatu ke dlm perut melalui kerongkongan: Sebelum ~, kita hendaklah mengunyah makanan lumat-lumat. 2 memakan mangsanya dgn tidak dikunyah (ttg ular dll): Bagai cacing hendak ~ naga. 3 menggunakan banyak-banyak (ttg belanja dll): Pembinaan jambatan itu telah ~ belanja dua juta ringgit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menelan | 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah ditelannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapangan sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menyenangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapuskan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama dipelihara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telan; menelan | tertelan sudah ditelan; menelan dgn tidak sengaja: Budak itu ~ tulang ikan. | Kamus Pelajar |
telan | ; menelan 1 memasukkan sesuatu ke dlm perut melalui kerongkongan: Sebelum ~, kita hendaklah mengunyah makanan lumat-lumat. 2 memakan mangsanya dgn tidak dikunyah (ttg ular dll): Bagai cacing hendak ~ naga. 3 menggunakan banyak-banyak (ttg belanja dll): Pembinaan jambatan itu telah ~ belanja dua juta ringgit. tertelan sudah ditelan; menelan dgn tidak sengaja: Budak itu ~ tulang ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telan | ~ batu prb menyembunyikan rahsia; menelan 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah ditelannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapangan sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menyenangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapuskan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama dipelihara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman; hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar prb berhadapan dgn sesuatu masalah yg sangat sulit, berada dlm keadaan yg serba salah; tertelan 1. sudah ditelan, dgn tidak sengaja ditelan; 2. dapat ditelan: ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit; penelanan perbuatan (proses dsb) menelan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banyak menelan garam hidup | mempunyai banyak pengalaman hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telan; menelan | 3 menggunakan banyak-banyak (ttg belanja dll): Pembinaan jambatan itu telah ~ belanja dua juta ringgit. | Kamus Pelajar |
telan; menelan | 2 memakan mangsanya dgn tidak dikunyah (ttg ular dll): Bagai cacing hendak ~ naga. | Kamus Pelajar |
telan; menelan | 1 memasukkan sesuatu ke dlm perut melalui kerongkongan: Sebelum ~, kita hendaklah mengunyah makanan lumat-lumat. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
choke | ~ st down, menelan sst (dgn susah), terpaksa menelan: she hated escargots but somehow managed to ~ them down, dia sama sekali tdk suka akan siput tetapi dapat menelannya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cost | vi incur expenditure, menelan belanja: the highway project ~s too much, projek lebuh raya ini menelan belanja yg begitu banyak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
drink | ~ st down, menelan sst: he tipped the glass and quickly drank the medicine down, dia menunggangkan gelas lalu menelan ubat itu cepat-cepat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
engulf | vt 1. swallow up, menelan: huge waves ~ed the small boat, gelombang besar menelan bot kecil itu; 2. overwhelm, swamp, melanda; (by silence, grief, etc) menyelubungi: a wave of panic ~ed the people, panik melanda orang ramai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
devouring | adj 1. engulfing, sedang /menelan, memakan/ + approp n: ~ flame, api yg sedang menelan rumah itu; 2. (of look) lahap; 3. (of eyes) memandang dgn lahap; 4. engrossing, absorbing, menguasai sso: a ~ passion, perasaan ghairah yg menguasai sso. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
costly | adj (expensive) mahal; (involving considerable expenditure), /menelan, memakan/ belanja yg /besar, banyak/; (involving great loss) merugikan: she decorated her home with ~ furniture, dia menghias rumahnya dgn perabot yg mahal; the expedition proved to be ~, ekspedisi itu didapati menelan belanja yg banyak; it was a ~ mistake and one which should not be repeated, itu satu kesilapan yg merugikan dan tdk patut berlaku lagi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gobble 2 | ~ st up, a. eat st quickly or greedily, makan sst dgn gelojoh; b. (colloq) menelan sst: the unsuccessful business venture ~d up all our money, usaha perniagaan yg tdk berjaya itu telah menelan semua wang kami. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gulp | vi make sudden swallowing motion, termengkelan, menelan air liur: he ~ed with fear when he saw the snarling dog, dia termengkelan krn ketakutan apabila ternampak anjing yg sedang menggeram itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gulp | vt 1. often ~ down, swallow hastily, a. (liquid etc) menggogok: he was so thirsty that he ~ed down three glasses of water, dia begitu dahaga hingga dia menggogok tiga gelas air; b. (solid) menelan saja: he ~ed down his breakfast and ran off to play, dia menelan saja sarapannya lalu berlari keluar utk bermain; 2. also ~ in, breathe in (air) deeply and quickly, terngap-ngap mengambil [nafas]: I saw him come up to the surface a couple of times to ~ in air, saya nampak dia naik ke permukaan air beberapa kali terngap-ngap mengambil nafas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
devour | vt 1. eat greedily, voraciously, membaham, melahap: he ~ed his meal as though he hadnt eaten for days, dia membaham makanannya seolah-olah dia tdk makan berhari-hari; 2. engulf, menelan, memakan: hundreds of acres of forest were ~ed by fire, beratus-ratus ekar hutan telah ditelan api; 3. absorb greedily, dgn /rakus, lahap/ + approp v: his eyes ~ed the splendid scenery, matanya dgn lahap memandang pemandangan yg indah itu; the precocious child ~ed all the books in a week, kanak-kanak yg bijak itu dgn rakus membaca semua buku tersebut dlm masa seminggu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
phagocyte | fagosit | Kejururawatan | Tiada | Sel yang berupaya menelan dan mencerna bakteria, protozoa, sel-sel dan debris sel. Ia terdiri daripada sel darah putih dan memainkan peranan utama dalam mekanisme pertahanan tubuh. |
carnivore | karnivor | Perikanan | Akuakultur | Haiwan yang memakan daging dan memerlukan makanan yang hidup. Karnivor mempunyai gigi tajam yang membolehkannya menangkap dan mengoyakkan daging mangsanya. Kebiasaannya, karnivor menelan keseluruhan makanan tanpa dikunyah atau dihancurkan terlebih dahulu. Ikan karnivor mempunyai sistem usus yang pendek dan perut yang besar untuk menyimpan ke semua daging yang dimakan. Sistem penghadaman ikan karnivor kurang berupaya untuk menghadamkan sumber tumbuhan. Apabila ikan karnivor memakan sumber tumbuhan, nutrien daripada tumbuhan tersebut tidak dapat diserap seperti ikan jenis herbivor. Contoh ikan karnivor ialah ikan arowana. |
planktivorous | planktivorus | Sains Marin | Tiada | Organisma yang memakan plankton sama ada fitoplankton atau zooplankton. Planktivorus memperoleh makanan daripada pelbagai cara, sama ada yang memakan plankton secara selektif atau secara rambang. Contohnya, spesies ikan karang yang secara selektif mengutip zooplankton dari badan air. Organisma penuras ampaian seperti Bivalvia menapis sejumlah besar air dan menelan plankton secara pukal. Organisma besar seperti pari manta dan jerung paus berenang dengan mulut terbuka untuk menyaring air. Terdapat juga organisma yang mengepam air dan menapis menggunakan lembaran mukus. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
noron | telan, menelan | - | - | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
keman I | makan; 1 memamah serta menelan makanan, mengunyah, menelan, melulur, menghisap, dll sst: akou madak siyen ~ kuih yen saya menyuruh dia makan kuih itu; ~ nasek makan nasi; ~ pil makan pil; ~ sagok makan sagok; 2 rezeki: pinyeang ~ mencari makan; 3 mengguna | Melanau Mukah | |
seketap | berasa susah hendak menelan makanan krn kurang air. | Melanau Mukah | |
patip ; ~ tengok | berasa sakit pd kerongkong apabila menelan, kail-kail, kepancingan. | Melanau Mukah | |
Kamus Thai 2.indb p] น (ดอกไม ้ ) kelopak bunga กลีบ 2 [kli :p] น (เสื้ อผ ้ า) lisu กลึง [kl] ก melarik, membindu กลืน [kl:n] ก 1 (ของเหลว) meneguk 2 menelan กลุ ่ ม [klum] น kumpulan, kelompok กวดขัน [kuatkhan] ก mengetatkan: ตำรวจกวดข ั นการบ ั งค ั บใช ้ กฎหมายการสวมหมวก นิรภ ั ย Polis mengetatkan penguatkuasaan peraturan penggunaan topi keledar
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
menelan | [me.ne.lan] | منلن |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
lidah | tongue | Organ berotot pada lantai mulut yang berfungsi sebagai deria rasa, membantu menggerakkan makanan semasa mengunyah atau menelan dan membantu proses pertuturan. | Menengah Rendah |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
kendoor | | halkum | Pedih kendoor ni nelon buas. | Sakit halkumnya menelan nasi. | anggota tubuh badan | Bajau |
|
Puisi |
---|
|
Kalau hendak menangkap labi, Lehernya itu jangan dijerut; Ulat yang menelan babi, Cacing pula bengkak perut.
Lihat selanjutnya... |
|