Kata |
Takrif |
Sumber |
santap | bd, = bersantap makan atau minum (digunakan oleh raja-raja): Baginda telah ~ bersama-sama gabenor itu. menyantap memakan atau meminum: Baginda sedang ~ makanan yg disajikan. santapan makanan atau minuman; apa-apa yg disantap. persantapan hidangan makanan atau minuman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
santap | = bersantap bd makan, minum: ~ ia ~ beradat, dua suap ketiga sudah; Seri Paduka kemudiannya telah bersantap tengah hari bersama pegawai-pegawai tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
santap bd, = bersantap | persantapan hidangan makanan atau minuman. | Kamus Pelajar |
santap bd, = bersantap | menyantap memakan atau meminum: Baginda sedang ~ makanan yg disajikan. santapan makanan atau minuman; apa-apa yg disantap. | Kamus Pelajar |
santap bd, = bersantap | makan atau minum (digunakan oleh raja-raja): Baginda telah ~ bersama-sama gabenor itu. | Kamus Pelajar |
mendahar | 1. (Sunda) makan; 2. Jk santap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dahar | ; mendahar 1. (Sunda) makan; 2. Jk santap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dalung | dulang besar yg berkaki (dibuat drpd logam): sama santap di atas ~ perak, pinggan emas, mangkuk suasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kain (selendang) pelangi | kain (selendang) yg bermacam-macam warnanya: setelah santap lalu memakai pula tengkolok kampuh ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayap | sl makan atau minum (digunakan berkaitan dgn orang biasa), lwn santap (digunakan bagi raja); ayapan makanan (diberi oleh raja kpd orang biasa); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
genteelisme | kesantunan | Kesusasteraan | Tiada | Sifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud asuhan sempurna, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud anggun. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: ... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
santap | makan. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
santap | [san.tap] | سانتڤ |
|
|