Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga.

Takrif

Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.

Takrif

Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Takrif

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Takrif

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melangkah kaki kanan.

Takrif

Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga.

Takrif

Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Makan upas berulam racun.

Takrif

Senantiasa hidup dalam kesusahan. upas = racun.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong.

Takrif

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Makan nasi kawah.

Takrif

Hidup memburuh; dalam peliharaan orang tua.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Makan masak mentah.

Takrif

Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Buah nanas makan berkupas,
     Makan berkupas dalam perahu;
Tuan panas siapa mengibas,
     Panaslah juak tuan badanmu.



Lihat selanjutnya...