Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera! Di dalam penggunaan dialog, perkataan/frasa tidak rasmi sering digunakan. Sebagai contoh "Jom kita pergi makan-makan." Sememangnya, perkataan "makan-makan" tidak wujud sebagai kata ganda dan ianya tidak didapati di dalam kamus. Oleh itu, di dalam penulisan dialog, haruskah saya mengekalkan makan-makan sebagai kata ganda, atau sekali gus mengeluarkan tanda sempang agar ianya menjadi "makan makan"? Sekian terima kasih!Kata makan tidak perlu digandakan. Dalam dialog, penggunaan kata makan sudah memadai, tidak perlu digandakan. 

Jom, kita pergi makan
Tatabahasa03.11.2020
Sultan Selangor akan berangkat untuk menghadiri majlis makan-makan diraja yang diadakan di sebuah hotel terkenal. Tuan, makan-makan adalah salah dan apakah perkataan yang sesuai digantikan?Perkataan yang sesuai digunakan ialah santapan.Istilah03.08.2011
Assalamualaikum. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat 'Saya makan nasi', 'Nasi saya makan', 'Makan nasi saya' dan 'Makan saya nasi'. Adakah semua ayat ini gramatis dan betul? Mengapa?Menurut data kami, ayat tersebut betul.
  i.   Saya makan nasi (ayat biasa)
 ii.   Nasi saya makan   (ayat pasif)
 iii.  Makan nasi saya  (ayat songsang)
Tatabahasa16.11.2018
"makan" ialah kata kerja transitif. Bagaimanakah jika ayatnya seperti begini" Ali sudah makan." "Datuk belum makan." "Kamu sudah makan?" Adakah "makan" itu masih kata kerja transitif walaupun tidak ada objek di belakang kata kerja "makan" itu?
Perkataan 'makan' ialah kata kerja transitif. 

Penggunaan kata makan yang tidak mempunyai penyambut dalam ayat adalah  kurang gramatis kerana ayat tersebut tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek. 
Tatabahasa12.03.2021
Nanti, Saya akan makan makan malam. Mengapakah ayat di atas salah?

Ayat tersebut tidak gramatis dalam konteks penyusunan semula pada ayat songsang yang mengandungi keterangan masa. Selain itu, terdapat kesalahan penggunaan huruf besar selepas tanda koma dan penggunaan kata “makan” yang tidak perlu digandakan. Contoh ayat yang betul ialah “Nanti saya makan malam”.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 568.

Tatabahasa20.10.2023
Nanti, Saya akan makan makan malam. Ayat ini betul ke?Ayat tersebut tidak gramatis.Tatabahasa15.10.2023
Tuan, Soalan saya: (1)Perkatan 'makan' dalam ayat ` Ali makan nasi' dikatakan KKT . Bagaimanakah jika ayat hanya ditulis ' Ali makan". Adakah ' makan' untuk ayat tersebut masih KKT. Jika KKT, bagaimanakah melakukan proses pasif? Adakah ayat' Ali makan' dianggap tidak gramatis dalam penulisan ?'Ali makan nasi' memang ayat aktif transitif kerana menggunakan kata transitif iaitu 'makan'. tetapi jika ditulis ayat 'Ali makan' , ayat ini bukan ayat aktif transitif kerana ayat aktif wajib ada objek selepas kata transitif. Oleh sebab itu, ayat 'Ali makan' tidak gramatis dan menyalahi hukum tatabahasa, tiada bentuk pasif daripada ayat tidak gramatis.Tatabahasa21.02.2011
Saya belum makan. Saya masih tidak makan Saya masih belum makan Saya belum makan lagi. Ayat yang manakah betul? dan Apakah perbezaan di antara ayat-ayat di atas?Ayat yang lebih tepat ialah "Saya masih belum makan."
Ayat ini gramatis dan mempunyai makna yang jelas.
Lain-lain09.11.2022
Apa yang kamu telah makan untuk makan tengah hari in? Ayat di atas salah ke?"Apa yang kamu telah makan untuk makan tengah hari ini?" Ayat ini betul.Tatabahasa04.07.2023
Encik makan apa untuk makan tengahari ini? Encik makan apa pada makan tengahari ini? Adakah kedua-dua ayat betul?Tidak, kedua-dua ayat tersebut mempunyai kesalahan dalam pembentukan ayat tanya dan kesalahan  penggunaan kata sendi nama 'untuk' dan 'pada'. Selain itu, ejaan kata majmuk 'tengahari' yang merupakan rangkai kata bebas perlu dieja secara terpisah.

Penerangan ringkas:

Ayat tanya dengan kata tanya menggunakan kata tanya seperti apa, kenapa, bila, berapa, mengapa, siapa, mana, bagaimana, dan bila. kata tanya digunakan di pangkal ayat. Tanda tanya (?) diletakkan pada akhir ayat.

Contoh: 

Kata tanya apa digunakan bagi menanyakan sesuatu benda atau hal.


Pembetulan ayat:

Apa yang encik hendak makan pada tengah hari ini?



 
Tatabahasa01.07.2023
Puisi
 

Buah nanas makan berkupas,
     Makan berkupas dalam perahu;
Tuan panas siapa mengibas,
     Panaslah juak tuan badanmu.



Lihat selanjutnya...