Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Yang manakah antara ayat yang berikut betul? 1. Pokok itu boleh mencapai ketinggian sehingga 30 m. 2. Pokok itu boleh mencapai ketinggian hingga 30 m.Ayat yang betul ialah nombor 2: Pokok itu boleh mencapai ketinggian hingga 30 m.Tatabahasa10.08.2016
Patuh pada/kepada ketinggian iman.Patuh pada ketinggian iman.Tatabahasa19.04.2012
Apakah predikat bagi ayat yang berikut? Tq Ketinggian Menara Berkembar Petronas 452meter.

Ketinggian[Subjek]+ Menara Berkembar Petronas 452 meter[predikat].

Tatabahasa25.01.2015
Adakah ayat ini betul? Seorang peserta lompat tinggi berjaya melepasi ketinggian lompatan yang ditetapkan.Perkataan 'acara' perlu ditambah sebelum 'lompat tinggi' untuk menunjukkan lompat tinggi merupakan salah satu acara dalam pertandingan sukan. Ayat yang lebih tepat ialah "Seorang peserta acara lompat tinggi berjaya melepasi ketinggian lompatan yang ditetapkan.Tatabahasa30.03.2012
Slm, Mohon pihak tuan/puan check ayat di bawah : a) Height measurement = pengukuran ketinggian b)Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi ketawakannya. c)Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul. d) Bahaya untuk kanak-kanak menunggang basikal pada waktu malam. e)Cola boleh diminum oleh manusia dan juga digunakan untuk menghapuskan kotoran. (cola boleh digunakan?) f) ice cube =ais batu tqa) Height measurement - pengukuran ketinggian
b) Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi mengetawakannya.
c) Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul.
d) ...membahayakan kanak-kanak yang menunggang basikal pada waktu malam.
e) Cola boleh diminum oleh manusia dan digunakan juga untuk menghapuskan kotoran.
f) ice cube - ais/air batu 
Tatabahasa18.09.2015
apakah maksud nilai dan ketentuanNilai bermaksud sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll) dan ketentuan bermaksud sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan/ keputusan yg muktamad/ketetapanMakna11.10.2007
Yang manakah adalah ayat yang betul? Jika terdapat kesalahan, bolehkah tuan menerangkan sebab kesalahan tersebut: 1) gerai ini menjual pelbagai barangan daripada makanan, pakaian hingga barangan perhiasan. 2) kita sedang berada pada/di ketinggian 10 000 kaki 3) tambang dikenakan untuk/ke atas setiap penumpang setiap hala (per passenger per way) 4) bayaran penyertaan yang dikenakan kepada/ke atas/untuk setiap peserta ialah sebanyak RMXXX 5) nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan program kesetiaan kami terima kasih

1. Gerai ini menjual pelbagai barangan seperti makanan, pakaian dan barangan perhiasan. (kata sendi nama 'daripada'  dan hingga tidak sesuai digunakan)
2. Kita sedang berada pada ketinggian 10,000 kaki (Sendi nama 'pada' dalam ayat ini  merujuk keterangan waktu atau masa manakala 'di' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap)
3. Tambang pergi balik dikenakan kepada setiap penumpang (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek dan ke atas pula menunjukkan arah)
4. Bayaran penyertaan yang dikenakan kepada setiap peserta ialah RMXXX. (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek)
5. Nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan proram kesetiaan kami (kedua-dua ayat ini betul)

Tatabahasa18.02.2018
Adakah 'nilai berhati-hati' betul dalam bahasa Melayu?Berhati-hati ialah sikap atau cara kita menangani sesuatu perkara. Nilai ialah sifat ketinggian dalam masyarakat seperti nilai murni.Tatabahasa06.03.2015
sila sahkan penggunaan ayat yang betul pada file yang saya sertakan. terima kasih

Lafazkan...

"aku Terima..."

pada ketinggian

421 meter,

di Menara

Kuala Lumpur

(Sila ambil perhatian titik elipsis selepas ungkapan "Lafazkan" berjumlah tiga sahaja "..." bukan enam seperti yang dikemukan pihak puan)

 

Ejaan18.12.2008
Ingin minta bantuan tuan / puan tentang terjemahan ayat berikut dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia: Ayat asal: High Clearance of 5.4m in the Front Entrance of Loading Bay Ayat terjemahan: 5.4m Pemuatan Depan Tinggi Ruang punggah hadapan dengan ketinggian 5.4m Ruang Hadapan yang berketinggian 5.4m Ingin mendapat cadangan tuan / puan, adalah ayat terjemahan di atas betul? Terima Kasih.1. Terjemahan yang sesuai bagi 'High Clearance of 5.4m in the Front Entrance of Loading Bay' ialah Ketinggian laluan masuk ruang punggah 5.4 mMakna26.06.2020
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,