Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apa yang betul polisim atau polisemi? bolehkah bagi contoh-contoh polisemi seberapa banyak yang boleh. | Polisemi - (Lin) sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Contoh: Kepala: - kepala (bhgn tubuh), kepala surat, kepala angin, kepala santan dsb. | Lain-lain | 26.06.2009 |
Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan. - ayat aktif Ayah telah dimasakkan oleh ibu kari kepala ikan. / Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh emak. - ayat pasif betul ke ayat pasif di atas? | Penggunaan ayat pasif yang betul ialah Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh ibu. | Tatabahasa | 08.05.2020 |
Apakah perbezaan antara "tengkolok" dan "tanjak"? | Salam sejahtera, TENGKOLOK 1. kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak 2. kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita TANJAK kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 12.08.2017 |
Kepala saya sedang sangat sakit. Ayat ini betul ke? Sangat sakit atau sakit sangat? | Ayat "Kepala saya sangat sakit" atau "Kepala saya sakit sangat", kedua-dua ayat ini betul kerana kata penguat "sangat" boleh berada di hadapan atau di belakang kata adjektif. | Tatabahasa | 28.10.2022 |
1. "Kepala" seluar itu telah koyak. Penggunaan "kepala" dalam ayat ini betul ? Atau ialah Bahagian atas seluar? 2. Hei , jangan bermain dengan mancis! Penggunaan kata seru " Hei " dalam ayat ini betul ? Terima kasih. | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan perkataan kepala pada pakaian selalunya merujuk kain (sarung), Oleh itu, dicadangkan penggunaan untuk seluar ialah bahagian atas seluar. 2. Hei bukan kata seru. Ayat ini merupakan ayat larangan yang menggunakan kata larangan jangan sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu . | Tatabahasa | 28.06.2010 |
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
Mohon untuk mendapatkan bantuan tulisan Jawuntuk kepala surat Pejabat YBM | Sila lampirkan visual kepala surat tersebut untuk pihak kami padankan dengan ejaan teks jawi yang bersesuaian atau adakah pihak tuan/puan bermaksud tulisan jawi untuk frasa 'kepala surat Pejabat YPM'? Jika ya, ejaannya seperti yang berikut . . | Lain-lain | 27.08.2019 |
Apakah terjemahan "abusive head trauma" dalam konteks perubatan? Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Abusive_head_trauma | Cadangan padanan kami ialah trauma penderaan kepala atau trauma kepala terdera. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.11.2020 |
Dia menghantukkan kepala dia pada dinding. Ayat di atas betul ke? Pada atau ke | Jawapan yang betul ialah "Dia menghantukkan kepalanya pada dinding." | Tatabahasa | 18.02.2022 |
GARIS PANDUAN KEPALA SURAT JABATAN KERAJAAN YANG TEPAT | Untuk makluman, DBP tidak menyediakan panduan kepala surat. Puan boleh merujuk Pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan mengenai format tersebut.
| Lain-lain | 04.09.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| kepala (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jemala: tendas, akal, otak, fikiran, minda,
2. Bersinonim dengan ketua: pemimpin, penghulu, pengurus, pengelola, kapten, batin, pengarah, penggawa,
mandur, penyelia, majikan, presiden, raja, imam, penasihat, guru, pemandu, khalifah,
lurah, gabenor, nakhoda, juragan, jurumudi, panglima, hulubalang, sintua, juara, tekong,
3. Dalam konteks surat bersinonim dengan tajuk, pendahuluan, permulaan,
4. Dalam konteks perkiraan bersinonim dengan orang, individu,
5. Bersinonim dengan tangkai: hulu, pemegang,
| Kata Terbitan : berkepala, berkepalakan, mengepalai, |
|
Puisi |
---|
|
Kain pelikat kepala dua, Jahit dengan benang masturi; Sudah berpakat kita berdua, Cakap orang jangan peduli.
Lihat selanjutnya... |
|