Kata |
Takrif |
Sumber |
nakhoda | 1 ketua kapal atau ketua perahu. 2 kapten kapal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nakhoda | 1 ketua kapal atau ketua perahu. 2 kapten kapal. | Kamus Pelajar |
nakhoda | 1. pemimpin atau ketua perahu (kapal), juragan; 2. kapten kapal;bagai ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb membuat pekerjaan yg membawa kerugian (perbelanjaan yg berlebih-lebihan); belayar dgn ~, berjalan dgn yg tahu, berkata dgn yg pandai prb sebarang pekerjaan yg besar itu hendaklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yg ahli supaya selamat; menakhodai menjadikan nakhoda kpd, mengetuai: kapal yg dinakhodai oleh orang Arab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menakhodai | menjadikan nakhoda kpd, mengetuai: kapal yg dinakhodai oleh orang Arab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juragan | 1. nakhoda (kadang-kadang juga pemilik kapal); 2. (Sunda) tuan, puan; 3. Jw pengusaha (terutama batik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anakhoda | sl ® nakhoda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapten kapal | ketua atau pemimpin kapal; nakhoda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tekong I | (tékong) C 1. ark nakhoda jong, juragan, kapten; 2. ki ketua (sesuatu rancangan jahat dsb), kepala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlatih | memahirkan diri: ia sedang ~ menjadi nakhoda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlatih diri | memahirkan diri: ia sedang ~ menjadi nakhoda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
approaching | adj 1. coming nearer (in space), /menghampiri, mendekati, merapati/ + approp n; (of sound) kedengaran semakin dekat: the captain watched the ~ ship through his binoculars, nakhoda itu memperhatikan kapal yg menghampirinya dgn teropong; the townsfolk were warned of a rapidly ~ tornado, penduduk bandar itu diberikan amaran ttg puting beliung yg menghampiri bandar itu dgn begitu laju; ~ footsteps, bunyi tapak kaki yg kedengaran semakin dekat; 2. coming nearer (in time) hampir tiba: the regiment will take part in the ~ campaign, pasukan itu akan mengambil bahagian dlm kempen yg hampir tiba itu; his ~ death, saat-saat kematiannya yg hampir tiba. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
dabus | dabus | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis tarian rakyat yang terdapat di Perak, Dabus ditarikan oleh 15 18 orang penari. Tarian ini dipersembahkan semasa temasya perkahwinan, pesta pertabalan dan upacara keagamaan. Terdapat dua bahagian dalam tarian ini. Pertama, penari bergerak mengikut rentak gendang sambil menggoncang anak dabus. Kedua, penari berada dalam keadaan separa lupa sambil mencucuk lengan masing-masing dengan anak dabus dibiarkannya bergantung di lengan. Tarian ini dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa ke Sumatera pada kurun ke-18. Seterusnya, tarian ini dibawa ke Pasir panjang, Setiawan, perak oleh seorang nakhoda kapal bernama Nakhoda Lombong dari Batu Bara, Acheh. Dabus berasal daripada perkataan Bugis yang bererti Lembing tajam. Dabus dikenali juga sebagai anak dabus yang dipegang oleh penari semasa mereka menari. |
archetype | tipa induk | Kesusasteraan | Tiada | Perihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Tipa induk sering merentasi bidang kesusasteraan, bersifat sejagat dan dipercyai hasil koleksi bawah sedar manusia yang diwarisi turun-temurun. Contohnya, corak atau model sesuatu aksi (motif pencarian), atau sesuatu peristiwa (motif banjir), perwatakan (motif anak derhaka seperti Si Tenggang), tema (motif pembersihan jiwa), atau imej (motif anak syurga bagaikan taman indah), timbul berulang kali dalam kehidupan manusia dan kesusasteraan sehingga dianggap sebagai satu elemen yang sejagat dan abadi. Seorang ahli antropologi, James G. Frazer (1890-1915), membicarakan ciri persamaan antara tipa induk dengan mitos daripada pelbagai budaya yang berlainan dalam karyanya bertajuk The Golden Bough. Ahli Psikologi, Carl Yung dalam karyanya berjudul On the Relation of Analytical Psychology to Poetic Art (1922) berpendapat bahawa ketidaksedaran setiap individu merupakan suatu koleksi bawah sedar yang dipenuhi dengan imej azali yang dikongsi bersama. Ketidaksedaran itu mencetus kemunculan imej azali, atau yang dinamai tipa induk, dalam mitos, mimpi, elemen keagamaan, ritual perlakuan sosial, dan kesusasteraan. Apabila pembaca berhadapan dengan tipa induk, mereka mungkin akan tertarik dengannya. Pembaca akan memberikan tindak balas walaupun mereka tidak dapat menerangkan punca tindak balas tersebut. Dalam sastera Yunani purba, kisah mengenai manusia buta, pembunuhan bapa, sumbang muhrim, dan pembunuhan kejam merupakan contoh tipa induk yang digunakan oleh Sophocles dalam dramanya. Dalam sastera Barat, Hawthorne dan Melville menghasilkan karya yang mengaitkan tipa induk seperti imej dosa azali, pembalasan tuhan, dan kematian. Dalam sastera Nusantara pula, motif anak derhaka wujud dengan adanya watak seperti Malim Kundang (Sumatera), Nakhoda Manis (Brunei) dan Si Buto (Filipina). Sebuah lagi penulisan mengenai tipa induk ditemui dalam karya Anatomy of Criticism yang dihasilkan oleh pengkritik dari Kanada, iaitu Northrop Frye. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
nakhoda | jaragan [jragn] | Melanau Dalat | |
nakhoda | juagan. | kedayan | |
jeragan | juragan, nakhoda. | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb utan fruit newly ripened fruit Kamus Parsi.indb 139 5/18/11 9:02 AM 140 )nāb, khāleṣ( صلاخ ،بان )nābīnā, kūr( روک ،انيبان )nāchīz( زيچان )nākhon( ن ُ ـخان )nākhodā, mallāḥ( ح ّالم ،ادخان )nādān, jāhel( لهاج ،نادان )nādorost, dorūgh( غورد ،تسردان )nārāḥatī( ىتحاران )nārengī( ىگنران ضيرم ،راميب ،شوخان )nākhosh, bīmār, marīz̤ ( )nāder, kamyāb( بايمک ،ردان )nārgīl( ليگران )nāzok, lāghar
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
nakhoda | [na.kho.da] | نخودا |
anakhoda (nakhoda) | [a.na/.ho.da] | انقهودا |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
kelasi | sailor | ناخدا،محّال | nākhodā , mallāḥ |
|
Puisi |
---|
|
Kain kasa berbunga dedap, Dibawa nakhoda di negeri Keling; Hati berdebar rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling.
Lihat selanjutnya... |
|