Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
mencurigaimenaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik;Kamus Dewan Edisi Keempat
sungaitali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
udik1. kawasan (daerah) hulu sungai, bahagian hulu sungai; 2. kampung, desa, dusun, lwn kota: kampung kami di ~ sekali, jauh dr kota; 3. ki tidak tahu adat, tidak sopan santun, tolol; orang ~ a) orang dr hulu (kampung, dusun); b) orang yg tidak tahu adat, orang bodoh; keudikan ki perihal udik, kebodohan, kedusun-an, kekampungan: puterinya cepat mengerti ~ pandangan sang bapak.Kamus Dewan Edisi Keempat
pedalamandaerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpe­ngaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
daerah pedalamandaerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu;Kamus Dewan Edisi Keempat
hulu hilira) hulu dan hilir; b) hujung pangkal;Kamus Dewan Edisi Keempat
curiga II1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu); mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik; curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; mencurigakan membangkitkan curiga (ku­rang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? kecurigaan 1. perihal curiga; 2. syak wa­sangka: yg menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yg banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelogok IIMn ancaman, ugutan; salah ~ membuat sesuatu dgn terburu-buru; salah ~ hulu malang, pandai bertenggang hulu baik prb hati-hatilah membuat pekerjaan kalau menginginkan keuntungan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mudik1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik: marilah kita ~ ke hulu sungai ini; 2. Jk pulang ke kampung (dusun dll); sehilir se~ setuju, sepakat; belum tentu hilir ~nya prb belum tentu ke­putusan atau kesudahan sesuatu perkara; di ~ sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg kukuh; ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu maksud atau niat hen­daklah tentu tujuannya; tiada dibawa orang sehilir se~ prb dipulaukan drpd masyarakat; bermudik belayar ke hulu sungai: di sungai Sarawak inilah tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke; memudiki belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo; memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg deras, ia tidak dapat ~ perahunya; termudikkan dapat dimudiki: jikalau tidak ~ oleh sahaya, bukanlah sahaya putera mar-hum yg mangkat di Buantan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hulu sungaibahagian atas sungai, udik;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
hulu (kata nama)
1. Rujuk tangkai

2. Bersinonim dengan pedalaman: udik, banat,
Berantonim dengan bandar

3. Bersinonim dengan mudik: udik, bahagian atas,
Berantonim dengan hilir

Kata Terbitan : menghulu, menghulukan,

Puisi
 

Petang-petang pergi ke hulu,
     Sampai ke hulu memetik buah;
Kalau tuan balik dahulu,
     Sudah petang hati tak puas.



Lihat selanjutnya...