Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai.

Takrif

Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. hulu mujur = pangkat untung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hulu malang pangkal celaka.

Takrif

Permulaan segala bencana.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Salah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik.

Takrif

Kalau kurang hati-hati dalam sesuatu pekerjaan, mungkin mencelakakan diri. Tetapi kalau pandai dan hati-hati, biar sulit sekalipun akan diperoleh faedahnya. salah gelogok = kerja terburu-buru; bertenggang = mengira-ngira; memikirkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga.

Takrif

Kalau asalnya tidak baik maka kesudahannya pun tentu tidak baik juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke hulu kena bubu, ke hilir kena tengkalak.

Takrif

Tak dapat terhindar daripada bahaya. tengkalak = lukah yang panjang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ikan di hulu tuba di hilir.

Takrif

Perbuatan yang sia-sia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jelatang di hulu air.

Takrif

Perkara yang selalu menyusahkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang.

Takrif

Jangan menyerahkan kuasa kapada orang, nescaya kita dibinasakannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak mengetahui hulu hilirnya.

Takrif

Tidak mengetahui hujung pangkalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak tentu hilir mudiknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nampak gabak di hulu.

Takrif

Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
hulu (kata nama)
1. Rujuk tangkai

2. Bersinonim dengan pedalaman: udik, banat,
Berantonim dengan bandar

3. Bersinonim dengan mudik: udik, bahagian atas,
Berantonim dengan hilir

Kata Terbitan : menghulu, menghulukan,

Puisi
 

Petang-petang pergi ke hulu,
     Sampai ke hulu memetik buah;
Kalau tuan balik dahulu,
     Sudah petang hati tak puas.



Lihat selanjutnya...