Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Majalah ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Petang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Siti pergi ke hulu, Sampai di hulu mencuci kain; Cari ganti sabar dahulu, Ini belum mahu pada yang lain.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak ikan mudik ke hulu, Sampai ke hulu ditangkap ibu; Kalau mungkir janji dahulu, Hancurlah hati serta kalbu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Merak hulu merak hilir, Merak seekor hujung tanjung; Hendak ke hulu hendak ke hilir, Badan seorang tak tertanggung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gagak di hulu gagak di hilir, Mari hinggap di hujung tanjung; Hendak di hulu hendak di hilir, Badan mana hendak menanggung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang Daik belayar ke hulu, Singgah di darat Kuala Seberang; Apalah baik orang di hulu, Apalah jahat saya sekarang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari hulu turun ke pekan, Sampannya rosak di tengah hari; Kalau selalu ingatkan Tuhan, Apa dipinta pasti diberi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas.
Tesaurus
 
hulu (kata nama)
1. Rujuk tangkai

2. Bersinonim dengan pedalaman: udik, banat,
Berantonim dengan bandar

3. Bersinonim dengan mudik: udik, bahagian atas,
Berantonim dengan hilir

Kata Terbitan : menghulu, menghulukan,

Puisi
 

Petang-petang pergi ke hulu,
     Sampai ke hulu memetik buah;
Kalau tuan balik dahulu,
     Sudah petang hati tak puas.



Lihat selanjutnya...