Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Ayam hutan keluar hutan, Ular lidi mati tersangkut; Emak bukan saudara bukan, Kerana kasih saya turut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila musang sudah keluar, Ayam pun lari masuk ke kandang; Apabila orang berkata ingkar, Karamlah diri dikutuk orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak tempua baru keluar, Disengat lebah meracau-racau; Awaklah tua nafsu berkobar, Melihat betina tergagau-gagau.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hisap sigup tembakau cina, Keluar asap berbunga-bunga; Jangan marah abang bertanya, Bunga di taman siapa punya?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalaulah luka terlalu besar, Darah keluar mata pun gelap; Kalau orang tua berlaku kasar, Dosanya besar mati pun azab.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau luka terlalu banyak, Darah keluar payah berhenti; Kalau derhaka ke ibu bapak, Dosanya besar Allah pun benci.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hisap rokok di atas batu, Keluar di hidung asap apinya; Jalak berkokok biring tak tahu, Tedung pula jaga dirinya.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Besarlah kapal di pulau itu, Keluar asap bertambun-tambun; Kembanglah bunga di taman datu, Bertangkai kaca berdaun embun.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hisap rokok tembakau Jawa, Asap keluar berbunga-bunga; Tumpang bertanya si baju kasa, Tumpang bertanya siapa nama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nyiur manis baru gugur, Dibawa nyonya keluar pagar; Jasad menangis di pintu kubur, Menyesal di dunia tidak belajar.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,

Puisi
 

Hisap sigup tembakau cina,
     Keluar asap berbunga-bunga;
Jangan marah abang bertanya,
     Bunga di taman siapa punya?



Lihat selanjutnya...