Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus SainsKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Sains Untuk SekolahBahasa Sukuan Bajau
Kata Takrif Sumber
mengalir1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik).Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengalirmenangkap buaya dgn tali alir.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengalir1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepala­nya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengalir1. bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik).Kamus Pelajar
deras1 cepat atau laju sekali (bkn aliran air, sesuatu gerakan dll); lekas: Bukan main ~ dia berlari dlm perlumbaan itu. Air sungai itu mengalir begitu ~. 2 lebat (bkn hujan): ~ sungguh hujan petang semalam. menderas bergerak (berjalan, mengalir) dgn derasnya. menderaskan membuat supaya deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); mencepatkan; melajukan: Dia ~ perjalanan air dgn membuang sampah sarap yg ada di dlm tali air itu. memperderas membuat supaya lebih deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); menjadikan lebih deras; mempercepat; memperlaju: Dia ~ keretanya kerana dia telah terlambat. kederasan 1 keadaan deras; kelajuan; kecepatan: ~ air sungai itu menyebabkan sampan yg dinaiki mereka terbalik. 2 kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu); kelajuan; kecepatan: Ali dpt membaca 4 halaman dlm masa 10 minit, berapa lamakah ia dpt membaca 50 halaman dgn ~ yg sama? penderasan perbuatan atau hal menderaskan; pencepatan; pelajuan. penderas alat (perkakas) utk mencepatkan gerakan dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tebat II, = penebat 1 salut (biasanya drpd getah) pd wayar elektrik supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain. 2 sesuatu yg digunakan utk menyekat panas atau sejuknya supaya tidak mengalir ke tempat lain. menebat 1 menyalut wayar elektrik supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain. 2 melapisi dgn tebat; berfungsi sbg tebat: Lemak di lapisan bawah kulit membantu ~ badan utk menahan kesejukan. penebatan perihal atau perbuatan menebat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
alir; mengalir 1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik). mengalirkan 1 membuat supaya mengalir; menyalurkan sesuatu: Apakah ikhtiar kita hendak ~ air sungai ini ke sawah? 2 menggerakkan (tenaga elektrik) melalui kawat. aliran 1 gerakan sesuatu yg cair; gerakan mengalir. 2 gerakan tenaga elektrik melalui kawat: Kerana sesuatu kerosakan, ~ elektrik telah terputus. 3 ki haluan pendapat (pandangan hidup dll) yg timbul drpd sesuatu faham. pengaliran proses (hal dsb) mengalir atau mengalirkan sesuatu. pengalir benda-benda yg digunakan utk mengalirkan sesuatu: ~ elektrik yg baik ialah besi, perak dan tembaga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menahan1 tidak membiarkan lepas (mengalir, lalu dll); menyekat: Batas ini gunanya utk ~ air drpd mengalir keluar. 2 tidak membenarkan masuk, pergi dll: Kerana kami tidak mempunyai surat kebenaran masuk, pengawal itu telah ~ kami di pintu pagar istana. 3 memberi bersokong supaya tidak roboh (run­tuh); menopang. 4 memasukkan ke dlm penjara; memenjarakan: Dia telah ditahan oleh polis selama seminggu. 5 melambai-lambaikan tangan supaya bas (kereta dll) berhenti. ~ jerat a. memasang jerat. b. ki mengenakan atau melakukan tipu muslihat; men­celakakan dgn tipu muslihat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergenangtidak mengalir (ttg air dll); bertakung; berlinang (ttg air mata): Apabila mendengar cerita itu, air matanya ~ dan kemudian mengalir membasahi pipinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
genang; bergenang tidak mengalir (ttg air dll); bertakung; berlinang (ttg air mata): Apabila mendengar cerita itu, air matanya ~ dan kemudian mengalir membasahi pipinya. menggenangi menjadikan penuh berisi air; menjadikan tergenang; mengairi: Air mata ~ kelopak matanya. tergenang dlm keadaan bergenang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalir

Puisi
 

Sungai Apu air mengalir,
     Tempat orang menuba ikan;
Adik ke hulu abang ke hilir,
     Sama-sama tolak belakang.



Lihat selanjutnya...