Kata |
Takrif |
Sumber |
beredar | 1 berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2 berpindah-pindah drpd seorang kpd seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3 berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4 berlalu (bkn masa): Hari terus ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beredar | ark 1. bergerak berkeliling hingga sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar: bumi kita ini ~ mengikut garis perjalanannya yg tertentu; bintang ~ bintang siarah, planet; 2. berpindah-pindah dr tangan ke tangan: surat pekeliling itu sudah ~ beberapa hari | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelilingi | 1 berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu: Bintang, bulan dan bumi beredar ~ matahari. Semuanya duduk ~ ketua pasukan. 2 menjelajahi: ~ dunia pergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkitar | berkisar, berpusing, berputar (bkn roda dll), beredar (spt bumi di keliling matahari); bintang ~ bintang beredar, bintang siarah, planet; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelilingi | 1. berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu: Bintang, bulan dan bumi beredar ~ matahari. Semuanya duduk ~ ketua pasukan. 2. menjelajahi:~ dunia pergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia. | Kamus Pelajar |
kitar | berkitar berputar atau berpusing spt roda; beredar spt bumi mengelilingi matahari. mengitari berada, beredar atau bergerak di keliling sesuatu; mengelilingi:Burung helang terbang ~ kawasan itu. Pagar duri ~ kem tahanan tsb. mengitarkan membawa atau menggerakkan supaya berkitar: ~ mesin. perkitaran perbuatan atau hal berkitar; peredaran. pengitaran perbuatan (hal dsb) mengitari atau mengitarkan. sekitar sekeliling sesuatu tempat dll:Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar:Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk. | Kamus Pelajar |
bentar | (béntar) Mn; berbentar berjalan berkeliling, berbegar, beredar; mengambil jalan ~ tidak mengikut jalan yg langsung (terus); membentari mengelilingi, mengedari: kuda itu lari ~ lapangan;memperbentarkan menyuruh berjalan (berlari) dlm lingkungan (kuda);perbentaran lingkungan tempat kuda berbentar (beredar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
edar | /édar/; beredar 1 berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2 berpindah-pindah drpd seorang kpd seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3 berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4 berlalu (bkn masa): Hari terus ~. mengedari 1 (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2 berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3 mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. mengedarkan 1 menyampaikan surat dll drpd seorang kpd seorang yg lain; membawa berkeliling (ke mana-mana): Pelayan kapal terbang ~ gula-gula kpd penumpang-penumpang. 2 mengeluarkan sesuatu utk dipakai oleh orang ramai (bkn wang): Tidak lama lagi, kerajaan akan ~ wang kertas baru ke seluruh negara. edaran 1 perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2 sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). peredaran 1 hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2 perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3 perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4 perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. pengedaran perbuatan atau hal mengedarkan: Orang-orang yg terlibat dlm ~ dadah itu telah ditangkap. pengedar 1 alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2 orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
edar | /édar/; beredar 1. berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2. berpindah-pindah drpd seorang ke seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3. berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4. berlalu (bkn masa): Hari terus ~. mengedari 1. (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2. berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3. mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. mengedarkan 1. menyampaikan surat dll drpd seorang ke seorang yg lain; membawa berkeliling (ke mana-mana): Pelayan kapal terbang ~ gula-gula kpd penumpang-penumpang. 2. mengeluarkan sesuatu utk dipakai oleh orang ramai (bkn wang): Tidak lama lagi, kerajaan akan ~ wang kertas baru ke seluruh negara. edaran 1. perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2. sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). peredaran 1. hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2. perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3. perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4. perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. pengedaran perbuatan atau hal mengedarkan: Orang-orang yg terlibat dlm ~ dadah itu telah ditangkap. pengedar 1. alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2. orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku. | Kamus Pelajar |
bintang beredar | bintang siarah, planet; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
circulate | vi 1. flow, move in a circle or circuit, beredar: blood ~s through the body, darah beredar dlm badan; 2. (econ) beredar, berpusing: money ~s quickly in prosperous times, wang beredar dgn cepat pd zaman mewah; 3. be disseminated, tersebar: the rumour ~d quickly, khabar angin itu tersebar dgn cepat; 4. be sold or distributed, diedarkan: this magazine ~s only among businessmen, majalah ini diedarkan hanya di kalangan ahli-ahli perniagaan; 5. mingle, berkeliling dan menegur sapa: our host and hostess ~d amongst the guests, tuan rumah berkeliling dan menegur sapa di kalangan para tamu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
withdraw | vi 1. move back or away, beredar: after dinner we withdrew to the living room, selepas makan malam, kami beredar ke bilik tamu; he bowed to the King and withdrew, dia tunduk kpd Raja itu lalu beredar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
revolve | vi 1. turn in a circular motion, beredar: the planets ~ round the sun, bumi beredar mengelilingi matahari; 2. rotate on an axis, berputar: the wheel ~s upon an axle, roda berputar pd gandar; 3. focus on, berkisar: all the questions ~ around this one issue, semua soalan berkisar pd satu isu ini; her life ~s round her family and home, hidupnya berkisar di sekitar keluarga dan rumah tangganya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
trail | ~ /away, off/, a. move away aimlessly, beredar pergi: the crowd ~ed off before the speaker had finished his talk, orang ramai beredar pergi sebelum penceramah itu mengakhiri ceramahnya; b. (of voice) lose strength gradually, beransur-ansur hilang: her voice ~ed off in fear, suaranya beransur-ansur hilang krn takut; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
motion | ~ so. /aside, away/, mengisyaratkan sso supaya beredar: we were ~ed away by the attendant so the official party could go up on the stage, kami telah diisyaratkan oleh atendan supaya beredar agar tetamu kehormat itu dapat naik ke pentas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
roll | ~ by, pass quickly, berlalu, beredar: as the years ~ed by, dgn berlalunya tahun demi tahun; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
move | ~ away, a. leave, meninggalkan tempat, beredar; (of vehicle) pergi: after the speeches were over, the crowd ~d away slowly, selepas ucapan itu selesai, orang ramai beransur-ansur meninggalkan tempat itu; b. leave town | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cyclic | adj 1. recurring in cycles, berkitar, berpusing; (of seasons) beredar: ~ changes, perubahan yg berkitar; 2. (bot) berkitar: ~ flowers, bunga berkitar; 3. (math) kitaran: ~ figure, rajah kitaran; 4. (chem) siklik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
earth | n 1. (planet) bumi: the ~ revolves round the sun, bumi beredar mengelilingi matahari; 2. material world, dunia, muka bumi: our life on this ~ is brief, hidup kita di dunia ini singkat sahaja; 3. ground, bumi: the plane nosedived and crashed to the ~, kapal terbang itu menjunam lalu terhempas ke bumi; 4. soil, tanah: to fill a pot with ~, mengisi pasu dgn tanah; 5. animal hole, lubang (tempat tinggal binatang); 6. (electr) litar bumi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ascending | adj 1. rising upwards, sedang naik: the ~ smoke drifted westward, asap yg sedang naik itu beredar ke barat; 2. sloping upwards, mendaki, memanjat, naik meninggi: an ~ footpath, jalan kecil yg mendaki; 3. (of plant) menaik, menjalar naik: an ~ stem,batang tumbuhan yg menaik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
currency in circulation | uang beredar | wang beredar | wang beredar | Ekonomi |
circulating oil (lubrication) system | sistem pelumasan minyak sirkulasi | sistem minyak beredar | sistem minyak beredar | Kejuruteraan |
circulating oil (lubrication) system | sistem pelumasan minyak sirkulasi | sistem minyak beredar | sistem minyak beredar | Kejuruteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
perigee velocity | halaju perigi | Mekanik | Gunaan | Halaju jasad yang beredar pada laluan berbentuk elips, mengelilingi suatu jasad penarik, apabila jasad yang beredar itu berada di perigi. |
water, dead see also water, stagnant | air mati lihat juga air pegun | Hidrologi | Tiada | Air yang beredar perlahan-lahan atau tidak beredar langsung, biasanya menyebabkan kekurangan oksigen. |
deferent | hormat (PEM.MAN) | Matematik | Tiada | 1. Deferen: Orbit besar dan bulat, dan bumi tetap di tengah-tengahnya, tempat planet khayalan beredar dan menjadi pusat epikitar membulat kecil tempat planet sebenar beredar dalam sistem. |
Ptolemic system | sistem Ptolemy | Matematik | Tiada | Sistem suria menurut Ptolemy, ahli falak Yunani yang tinggal di Iskandariah yang mengandaikan bahawa bumi ini terletak di tengah-tengah tidak bergerak, manakala matahari dan bulan beredar mengelilinginya dalam orbit yang berbentuk bulat, manakala planet yang lain-lain pula beredar dalam bulatan kecil yang diketahui sebagai epitikar, yang pusat masing-masing beredar mengelilingi bumi dalam bulatan besar yang diketahui sebagai deferen. |
return flow wind tunnel | terowong angin aliran kembali | Aeroangkasa | Tiada | Terowong angin yang tertutup. Udara yang dialirkan ke dalam terowong ini beredar secara berterusan dan disedut kembali oleh kipas setelah melalui bahagian ujian.,Terowong angin yang tertutup. Udara yang dialirkan ke dalam terowong ini beredar secara berterusan dan disedut kembali oleh kipas setelah melalui bahagian ujian. |
recirculate | beredar semula | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
rhythmic climate | iklim beredar | Geografi | Tiada | Tiada |
circuit teacher | guru beredar | Pendidikan | Tiada | Tiada |
recirculated water | air beredar semula | Perikanan | Tiada | Tiada |
circulated water | air beredar | Perikanan | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
berinut | beredar | - | - | - | - | - | Sifat dan Perbuatan | Bajau -> Bajau Tuaran |
berinut | beredar | - | - | - | - | - | - | Bajau |
raginut kami | beredar secara perlahan-lahan | - | - | - | - | - | Sistem Sapaan Kekeluargaan dan Idea Berasosiasi | Iranun |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
edar | beredar baida; | kedayan | |
Kamus Sains.indb daripada matahari. Keca - hayaan ini bukan kerana saiz jisimnya tetapi kerana ketumpatannya. (FIZ) gill book (buku insang) Organ pernafasan menyerupai kuras buku seperti yang terdapat pada belang- kas (Xiphosura). Air beredar di celah-celah helaian buku ini. (BIO) gill cavity (ruang insang) Ruang yang mengandungi insang pada jasad buah agarik. (BIO) Girdlestoneʼs arthroplasty (artroplasti Girdlestone) Eksisi kepala dan leher tulang femur 506 7/8/08 11:49:56 AM 507 perididymis (perididimis) Lihat tunica albuginea. (BIO) peripheral arteriosclerosis (arteriosklerosis periferi) Arteriosklerosis pada bahagian ekstremiti. (UBAT) peripheral blood (darah periferi) Darah yang beredar jauh dari jantung atau darah daripada bahagian tubuh se- lain daripada jantung. (BIO) peripheral resistance (rintangan periferi) Rintangan kepada aliran darah dalam pembuluh darah kecil, terutama kapilari. (UBAT) peritoneal dialysis
|
Kamus Thai 2.indb ายทอดการประชุมสภาทางสถานีโทรทัศน ์ ช ่ อง 11 Kerajaan akan menyiarkan persidangan parlimen melalui tele visyen saluran 11. ถ ่ ายทุกข ์ [-tuk] ดู ถ ่ ายอุจจาระ ถ ่ ายเท [-te:] ก beredar, mengalir: อากาศในห ้ องนี้ ถ ่ ายเทได ้ ดี Udara dalam bilik ini dapat beredar dengan lan car. ถ ่ ายป ั สสาวะ [-patsa:wa] ก membuang air kecil: คนไข ้ เบาหวานถ ่ ายป ั สสาวะบ ่ อย Pesakit kencing manis kerap mem buang air
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
beredar | [be.ré.dar]/[ber.é.dar] | برايدر |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
komet | comet | Jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya. | Menengah Rendah |
planet | planet | Sebarang jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari atau bintang. | Menengah Rendah |
planet | planet | Objek angkasa lepas yang beredar mengelilingi matahari pada orbitnya. Contohnya, Zuhal dan Musytari. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bulan | moon | Satelit semula jadi bumi yang beredar mengelilingi bumi dan kelihatan lebih jelas pada waktu malam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
orbit | orbit | Laluan yang diikuti oleh planet semasa beredar mengelilingi matahari. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
asteroid | asteroid | Batuan dan logam yang berterbangan di angkasa lepas dan beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya sendiri. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata beredar |
|
|